Mengenai YPPM

(Sedang dikemaskini)

Pondok Lati, PASIR MAS

Pondok Lati yang terletak di Kampung Lati, Pasir Mas ditubuhkan pada tahun 1960-an sebagai pondok tradisional.

Jasa yang ditaburkan oleh pengasas pondok ini telah menarik perhatian Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Tuanku Sultan Yahya Petra yang berkenan menganugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (JP) kepada Allahyarham Hj. Abdullah Mat Saman atau Haji Loh.

Allahyarham Haji Loh pernah belajar agama dengan beberapa guru di Mekah. Segala ilmu dan pengetahuan mengenai hukum hakam Islam yang ditimbanya dibawa balik untuk berkongsi di tanah air dalam usahanya menyebarkan syiar Islam.

Selepas Haji Loh meninggal dunia, pengurusan pondok diambil alih oleh Ustaz Mohd Anuar Ab. Ghani dari tahun 1960 hingga 1980. Kemudian Ustaz Hj. Yaakob Ab. Rahman mengambil alih bermula dari tahun 1980.

Ketika mula beroperasi, pondok ini menerima lebih 200 pelajar yang terdiri daripada golongan warga emas dan remaja. Kini pondok ini hanya mempunyai 50 orang pelajar.

Untuk dihubungi:

Tel: 012-960 0752

No comments:

Post a Comment