Monday, 16 November 2015

Pertahan akidah jangan ikut musim


Isu yang melibatkan akidah umat Islam di Malaysia hendaklah sentiasa diutamakan dan tidak menjadikan ia mengikut musim semata-mata.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulama Kedah, Ustaz Abdullah Din berkata, musuh sebaliknya menyerang Islam setiap masa tanpa mengikut musim-musim tertentu.

"Ini soal ancaman akidah. Musum Islam sentiasa mengerumuni umat Islam. Orang (ekstremis) Yahudi dan Krsitian tidak pernah redha dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W sehinggalah kita (umat Islam) mengikut jejak dengan menganuti ajaran mereka.

"Kita sekarang ini disibukkan dengan hal-hal dunia sehingga terlupa pada tanggungjawab sebagai pembela akidah ummah."

Baitul Ibadah Nurussaadah mohon sumbangan orang ramai


Baitul Ibadah Nurussaadah di Kampung Teluk Kemang Sungai Mati, Ledang, Johor ketika ini masih lagi memerlukan sumbangan dana orang ramai bagi tujuan pembinaan infrastruktur.

Pembangunan infrastruktur itu merangkumi cadangan pembinaan pondok, tahfiz dan rumah untuk warga emas.

Friday, 13 November 2015

Bongkar : Perisik Evangelis Kristian di Malaysia


Dimulakan dengan satu tayangan video yang memaparkan rakaman majlis Wisuda Perdana (Majlis Konvokesyen) Institut Teologi Kalimatullah (ITK) Konsentrasi Studi Islam Jakarta pada 29 Mac 2004. Ia bukan majlis konvokesyen biasa. Tetapi video dengan durasi hampir 3 minit itu menghidangkan bacaan bersama alunan bagai seorang hafazan Al-Quran. Malah, pembaca di dalam video ini memulakan bacaannya dengan 'bismillahirrahmanirrahim' dan diakhiri 'sadaqallahul 'Azim'. Untuk makluman, pembaca itu sedang membaca kitab Bible!

Thursday, 12 November 2015

'Hayati' kejadian tanah runtuh KL - Karak


Tidak seperti di negara-negara lain yang kerap berlakunya kejadian gempa bumi, letupan gunung berapi dan lain-lain. Malaysia juga tidak terkecuali dengan kejadian bencana alam sekalipun jarang berlaku dan tidak melibatkan angka yang besar kehilangan nyawa.

Menyentuh tentang bencana alam, sebagai umat Islam kita yakin dan percaya bahawa ia menunjukkan bukti kekuasaan Allah S.W.T sebagai Yang Maha Berkuasa. Disebalik musibah yang berlaku, pasti terdapat hikmah-Nya.

Wednesday, 11 November 2015

Usah tangguh lagi, pungut amalan untuk negeri akhirat



"Nak, bangun solat Subuh," kata si ibu.

Si anak membalas, "sekejap lagi lah," sambil menarik selimut meneruskan lena.

Kesudahannya, Subuh gagal dilaksanakan akibat terlajak tidur.

'Sekejap' yang dinyatakan itu sebenarnya tindakan untuk menangguhkan sesuatu perbuatan. 'Nantilah', 'kemudianlah', 'esok-esoklah' dan banyak lagi kata-kata yang sering diungkapkan oleh orang yang suka bertangguh.

Monday, 9 November 2015

Bilik wudhu VVIP : Ummah semakin kronik dengan media sosial



Sekeping gambar dimuatnaik dan disebarkan sambil membawa mesej berunsur persepsi negatif. Menggambarkan bagaimana rumah ibadah dijadikan sasaran untuk meraih populariti dan sokongan sesetengah pihak. Lebih hebat, ia mengajak rakyat untuk berprasangka sesama ummah.

Senario mengheret agama ke kancah politik sebegini sememangnya sesuatu yang amat menyedihkan.

Kumpulan tarekat perlu lebih dinamik dan progesif - TPM

Foto Ihsan NSTP
Kumpulan tarekat di Malaysia perlu disusun atur agar menjadi lebih dinamik dan progresif dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara - selain menepati hak ilmu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut berharap agar Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) dapat bekerjasama dalam berdepan dengan pelbagai fahaman sesat dan negatif dalam negara.