Menunaikan solat lima waktu dengan penuh rasa insaf dan ketakwaan menandakan kita ingat kepada Allah Yang Maha Pencipta dan solat penuh ikhlas serta khusyuk mampu menghalang daripada perbuatan keji atau mungkar.
Menurut Muhammad Abdul Malik az-Zaghabi dalam bukunya Malang Kita Tidak Solat telah menjelaskan mengenai lima golongan yang menunaikan solat. Pertama, mu'aqab bermaksud golongan yang diazab iaitu yang menunaikan solat, tetapi tidak melaksanakannya dengan sempurna.






