Monday, 4 March 2019

Sejarah Ahli Sunnah Wal Jamaah


Ahli Sunnah Wal Jamaah (Ahli Sunnah) ialah golongan yang memahami dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad menerusi para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in yang setia bersama mereka dalam prinsip- prinsip akidah, syariah dan akhlak.
Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik umatku adalah pada masaku. Kemudian orang-orang yang setelah mereka (generasi berikutnya), lalu orang-orang yang setelah mereka.” (HR AL-BUKHARI)
Salafussoleh dari sudut bahasa bermakna para pendahulu yang soleh. Yang dimaksudkan dengan istilah Salafussoleh adalah para pendahulu kaum muslimin dari kalangan sahabat Nabi, tabi’in (para murid sahabat) dan tabi’ tabi’in (para murid tabi’in). Dengan demikian Salafussoleh adalah tiga generasi terawal dari kaum muslimin.
Ahli Sunnah memakai manhaj Salafussoleh sebenar yang wujud dalam tiga kurun terbaik. Diamalkan sejak zaman Salafussoleh sehinggalah sekarang. Keabsahan sanad ilmu dan thaqafah yang dipegang aqidah ini bersambung daripada seorang ulama’ kepada ulama’ yang lain sampailah kepada Rasulullah. Ianya adalah sebuah manhaj yang diperakui keasliannya. Bukannya sebuah mazhab yang dibuat-buat.
Syekh Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buthi menyatakan, “Al-Salafiyyah ialah satu tempoh masa yang diberkati dan bukanlah sebuah mazhab Islam.”
Ahli Sunnah diperakui kebenarannya oleh jumhur ulama’ dan diterima majoriti kaum Muslimin, menjadikannya Sawād al-A’zam yang dijamin Nabi.
Rasulullah bersabda, “Allah tidak menghimpunkan umatku dalam perkara kesesatan selama-lamanya. Hendaklah kamu mengikuti al-Sawad al-A’zam, yang bermaksud sekumpulan majoriti orang yang berhimpun mentaati pemerintah dan menurut jalan yang lurus.”
Sufyan Ats-Tsouri berkata, “Melalui al-Sawad al-A’zam, mereka dinisbahkan sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.”
Kaedah Ahli Sunnah selari dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah dan para Sahabat. Tidak terlalu ekstrem kepada kekerasan sehingga sentiasa mahu mengkafirkan golongan yang bercanggah pendapat dengan mereka dan mereka juga tidak terlalu ekstrem kepada kelembutan sehingga memberi laluan kepada golongan yang menyeleweng dari al-Quran dan Sunah. Mereka mampu mengawal perbezaan pandangan ijtihad mereka untuk menjaga kesatuan umat.
Sejarah menjelaskan siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jasanya tidak dapat dinafikan. Kita dapat lebih menyedari kepentingan akidah ini apabila memahami kecelaruan dan fitnah yang melanda kaum muslimin sebelum manhaj Salafussoleh disusun menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

bersambung di bahagian 2

Sumber & Rujukan :
2. Sirajuddin Abbas. 2017. I’tiqad Ahlussunnah Wal-Jama’ah. Pustaka Aman Press Sdn Bhd.
3. Ratib Alami. Dari Siapa Ilmu Diambil. Pelima Media.
4. Manar al-Fathoni
5. Sejarah Aqidah Asy’ariyah dan Maturidiyah.
6. ALIRAN AL-ASY‘ARI DAN AL-ASYA‘IRAH: PERKEMBANGAN, PENGARUH DAN                KESANNYA DALAM DUNIA ISLAM KHUSUSNYA DI ALAM MELAYU. 
7. AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PEMAKAIANNYA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN. 
     

Wednesday, 17 February 2016

Membaca Al-Quran Semasa Ziarah Kubur


Ziarah ke tanah perkuburan adalah suatu yang digalakan oleh syarak amalan ini kebiasaannya dilakukan selepas solat sunat hari raya, kebiasaannya kita akan menziarahi kubur saudara mara khususnya kubur kedua ibubapa.. Apakah amalan ini perlu dihapuskan? selagi ia bukan tegahan Allah dan Rasulnya teruskanlah bila-bila saja , tidak semesti pada hari raya sahaja. Cumanya pada hari itu kita ada kelapangan , hari tu saja dapat balik kampung , maka silakan ziarah kubur orang tersayang. Dibimbangi kalau tidak ziarah pada hari raya, langsung tidak berkesempatan untuk ziarah.

Teladan Pengasas Sekolah Pondok


Buku tulisan sekumpulan ahli akademik dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) adalah himpunan biografi sembilan pengasas sekolah pondok di negeri berkenaan.

Tujuan utama penulisan buku tersebut adalah bagi mengenang dan sebagai penyataan terima kasih di atas segala jasa ulama terbabit yang semakin dilupakan apabila zaman silih berganti.

Antara yang diketengahkan ialah pengasas Madrasah Al-Najah, Kubang Lembu, Jitra; Omar Salleh yang meninggal dunia pada 1965.

Friday, 5 February 2016

Ajaran Sesat Membentuk Pemikiran Radikal


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Saya menyeru diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita memperkasakan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Justeru, menjadi pemangkin dan kekuatan untuk kita membangunkan syariat Islam. Dalam kesempatan pada hari yang mulia ini, mimbar ingin mengajak hadirin sekalian untuk menghayati khutbah yang bertajuk: “AJARAN SESAT MEMBENTUK PEMIKIRAN RADIKAL”.

Wednesday, 3 February 2016

"Dah Biasa Pakai Baju Lama, Asalkan Boleh Belajar"


“Baju sekolah baru atau lama tak jadi masalah, asalkan boleh belajar sebab nak tolong keluarga, lagi pun dah biasa pakai baju lama.”

Itu luahan pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Islah, Sungai Lampam, Muhammad Rusydi Mohd Fazli, ketika ditanya wartawan Sinar Harian.

Pondok Di Kedah Nafi Lahirkan Pengganas Militan


Kemunculan beberapa gerakan kumpulan pengganas di kebanyakan negara sejak kebelakangan ini ternyata memberi imej negatif kepada umat Islam di seluruh dunia.

Gerakan yang kononnya berjuang di atas prinsip dan landasan yang benar itu mendakwa negara-negara bersistem sekular halal untuk diserang.

Apakah itu sanad?


Sanad adalah silsilah atau rantai yang menyambungkan kita dengan yang sebelum kita, hubungan, sanad adalah hubungan kalau secara bahasa sanad adalah sesuatu yang terkait kepada sesuatu yang lain atau sesuatu yang bertumpu pada sesuatu yang lain, tapi didalam maknanya ini secara istilahi adalah bersambungnya ikatan bathin kita, bersambungnya ikatan perkenalan kita dengan orang lain, sebahagian besar adalah guru-guru kita yaitu orang yang dijadikan guru sanadnya atau hadits, sanad hadits misalnya mengambil dari fulan, dari fulan, dari fulan itu salah satu contoh sanad dan sanad kita sanad keguruan dari guru saya, guru saya dari gurunya, dari gurunya, dari gurunya, sampai Rasul sollallahu ‘alaihi wasallam atau dari saya bermazhabkan Syafi’i kerana guru saya bermazhab Syafi’i, saya ikut guru saya, guru saya ikut guru nya mahzabnya Syafi’i terus sampai ke imam Syafi’i itu sanad namanya.