Thursday, 30 May 2019

Keunikan Negara Islam Menyambut Ramadhan (Bahagian 2)

1. Liberia

Masyarakat muslim Liberia menyambut bulan suci Ramadan dengan memainkan alat muzik yang dibuat dari kayu. Alat muzik ini dimainkan selama beberapa jam sebelum memasuki bulan suci Ramadan. Selama bulan Ramadan, Liberia memiliki petugas untuk membangunkan umat muslim saat waktu sahur yang disebut PapallPapall ini bertugas mulai jam tiga pagi dengan cara menyanyikan lagu-lagu keagamaan setiap rumah yang disinggahi.


2. Sweden
Umat muslim di Sweden, mengadakan suatu kegiatan yang disebut Feeding Fasting Palestin untuk menyambut Ramadan. Kegiatan ini merupakan kegiatan amal untuk mengumpulkan sumbangan yang akan diberikan kepada warga Palestin yang memerlukan. Tidak dapat dipastikan bila tradisi ini bermula, yang pasti kegiatan ini masih dilakukan sehingga kini.

3. Qatar

Di Qatar selepas berbuka puasa dan solat Maghrib setiap tanggal 13, 14, dan 15 bulan Ramadan, berlangsung sebuah festival khusus anak yang bernama Garangaou. Di festival ini anak lelaki akan tampil dengan baju arab hitam berkopiah merah bersulam emas. Sementara, anak perempuan akan berbalut pakaian tradisional disdaashas berwarna cerah lengkap dengan ikat kepala bukhnig atau hijab hitam  berhias benang emas. Mereka kemudian akan menari dan menyanyi di sepanjang jalan sekaligus berkunjung ke rumah-rumah penduduk untuk meminta juadah dan kuih muih.


4. Jepun

Saat Ramadan, umat Islam di Jepun akan saling berkongsi kebahagiaan dengan sesama Muslim. Tempat yang cukup ramai dan popular untuk melihat suasana itu adalah Japan Islamic Centre . Umat Islam di Jepun akan membentuk sekumpulan kecil jawatankuasa bulan puasa yang bertugas menyusun kegiatan yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan, mulai dari dialog keagamaan, majlis taklim, solat terawih berjemaah, hingga penerbitan buku-buku keislaman, dan masih banyak lagi. Jawatankuasa juga membuat jadual puasa dan diedarkan ke masjid, rumah keluarga Muslim, dan restoran halal yang ada di seluruh Jepun.


5. Singapura
Pusat kemeriahan Ramadan di Singapura berada di kawasan Masjid Sultan yang sejak tahun 1960-an selalu menyediakan Ramadan Bazaar Masjid Sultan. Masjid ini selalu ramai dikunjungi oleh penduduk muslim di Singapura mahupun pelancong dari berbagai belahan dunia. Di Bazaar ini, pengunjung boleh membeli aneka makanan dari pelbagai negara untuk berbuka puasa. Ada makanan ala Timur Tengah, India, hingga Malaysia. Peniaga bazar memulakan jualan dari pukul 3.00 petang - 8.00 malam waktu Singapura. Puncak kemeriahan adalah menjelang berbuka puasa, iaitu sekitar pukul 7.00 petang waktu setempat. Harga makanannya pun berpatutan.
Singapura menyambut datangnya bulan suci Ramadhan dengan keadaan bercahaya. Caranya, negara ini telah memasang lebih dari 50  lampu hias yang menerangi Jalan Sims Avenue, Jalan Geylang dan Jalan Changi di Singapura. Lampu hias ini dipasang sepanjang 2.25 km.


6. Russia

Umat Muslim di Rusia umumnya berpuasa selama 17 jam penuh dan ini merupakan salah satu durasi puasa terlama di dunia. Di Rusia kini terdapat sekitar 8000 masjid dan 20 juta umat Muslim serta dua juta diantaranya tinggal di Kota Moscow. Selain berbuka puasa dengan kurma dan buah-buahan lain, umat Muslim di Rusia juga berbuka puasa dengan makanan berupa roti yang diperbuat dari tepung yang diisi berbagai aneka masakan. Jika isinya labu atau keju, maka disebut khingalsh dan jika diperbuat dari gandum, maka disebut galnash. Sementara untuk penghilang dahaga, biasanya orang memberikan kvass, iaitu sebuah minuman tradisional Rusia tanpa alkohol yang dihasilkan dari proses fermentasi yang dicampur dengan perasa buah.
MOSKOW memiliki tradisi Ramadhan yang unik. Setiap tahun Dewan Mufti Rusia dan Pemerintah Kota Moskow mendirikan "Tenda Ramadhan" di kawasan taman Poklonnaya Hill, dekat Memorial Mosque, selama sebulan penuh hingga aidilfitri. Tenda dibuka setiap petang menjelang waktu berbuka puasa tiba. Makanan-makanan khas setempat disajikan secara besar-besaran dan siapa saja dapat menikmatinya, termasuk warga bukan muslim.



7. Perancis
Di Couronne, Perancis, yang merupakan daerah yang banyak didiami oleh penduduk asal Arab terdapat tradisi berbelanja berbagai macam kuih manisan untuk menyambut kehadiran bulan Ramadan. Anda dapat menemui banyak penjual pkuih manisan ini di Jalan Pierre Tumbot.
Masyarakat Muslim di Prancis juga banyak menghabiskan waktu 10 hari terakhir mereka dengan beriktikaf untuk meraih malam penuh kemuliaan atau lailatul qadar. Banyak masjid membuat jadual untuk membantu kumpulan jemaah berdoa dengan khusyuk sehingga terbebas dari godaan duniawi pada perburuan malam seribu bulan itu.
Iktikaf adalah ibadah sunah dengan cara berdiam diri di masjid. Kegiatan ini selalu dilakukan Nabi Muhammad SAW pada 10 hari terakhir Ramadhan


8. Bangladesh

Ramadan adalah perayaan penting bagi warga Bangladesh kerana ini kesempatan mereka saling mengunjungi sanak saudara dan makan bersama. Makanan khas buka puasa di negara ini adalah jilapi (sejenis manisan). Sering juga masyarakat menyediakan bazar menjelang buka puasa untuk menjual pelbagai jenis makanan.Di Dhaka, bazar bertempat di Old Dhaka atau di Chakbazar. Sebahagian besar makanan yang dijual adalah makanan tradisional seperti kebab, domba panggang, chicken bhunna curry, dan menu lain yang umumnya terbuat dari daging domba dan kambing dicampur nasi dan kacang.


9. Jerman

Sebahagian besar dari umat Islam di Jerman berasal Turki. Oleh kerana itu, tanah air Turki akan sangat terasa saat Ramadan. Tradisi unik saat Ramadan di Jerman berupa hadirnya suus (minuman berbahan gula hitam), dschellab (gula dan sirap kurma), qamruddin(jus aprikot), qata’ef (kuih kering yang direndam sirap gula), dan kalladsch (adunan isi kekacang).
Selain itu, di Jerman juga terdapat kebiasaan bagi wanita dan anak-anak yang akan melaksanakan ibadah puasa pertamanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatannya sebelum memulakan puasa.



Sumber:















Wednesday, 29 May 2019

Nasihat Syaikh Shalih Al Fauzan Dalam Menyambut Ramadhan

   Satu masa, Syaikh Shalih Al Fauzan hafizhahullah mendapat pertanyaan, “kami mengharapkan dari anda suatu bimbingan dan arahan yang berkaitan dengan kedatangan bulan Ramadhan? Apa yang wajib dilakukan oleh seorang muslim dalam menghadapi hal itu?”

Beliau menjawab :

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

   Segala puji bagi Allah Rabb menyeru sekelian alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan pengikutnya, dan segenap para sahabatnya. Amma ba’du.
Tidak lama lagi, hilal bulan Ramadhan yang diberkati akan muncul dengan membawa berbagai kebaikan dan keutamaan bagi umat Islam. Inilah bulan yang Allah jadikan penuh dengan keberkatan, dimana pada bulan ini [dahulu] diturunkan al-Qur’an.

   Allah menetapkan pada bulan itu ada Lailatul Qadar/malam kemuliaan. Allah mewajibkan puasa pada bulan ini kepada segenap kaum muslimin. Dan Allah mensyari’atkan puasa Ramadhan ini bagi seluruh umat Islam.

   Siang harinya diwarnai dengan puasa. Malam harinya diisi dengan solat malam. Dan apa-apa yang ada diantara waktu-waktu itu dihiasi dengan zikir kepada Allah ‘azza wa jalla serta mendekatkan diri kepada-Nya dengan pelbagai jenis ketaatan.

   Oleh sebab itu, semua waktu yang ada pada bulan itu penuh dengan keberkatan, semuanya mengandungi kebaikan. Dan semuanya merupakan nikmat dan harta yang sangat berharga bagi seorang muslim.

   Maka sudah semestinya bagi setiap muslim untuk bergembira dengan datangnya bulan ini, kerana pada bulan ini dia akan mendapatkan jalan keselamatan dari pelbagai kebinasaan dan kehancuran.

   Hal itu disebabkan bulan ini menyajikan untuknya terlalu banyak kebaikan dan sebab-sebab keselamatan, iaitu apabila dia benar-benar memahami agungnya kedudukan bulan ini dan memetik faedah darinya dengan sebaik-baiknya.

Adapun orang yang tenggelam dalam kelalaian atau diliputi kebodohan terhadap keagungan bulan ini, maka sesungguhnya orang seperti itu tidak akan ‘mampu’ membezakan antara bulan ini dengan bulan-bulan yang lain.

   Bahkan, boleh jadi dia akan menganggap bulan Ramadhan adalah bulan untuk bermalas-malasan. Bulan untuk menyantap pelbagai makanan dan minuman.

   Bulan untuk tidur di siang hari dan berpesta di malam hari tanpa faedah sehingga dia tidak mendapatkan manfaat apa-apa darinya. Bahkan terjatuh dalam dosa.

   Kerana keburukan/dosa pada bulan itu akan dilipatgandakan dosanya daripada di bulan-bulan yang lainnya dan diberikan ganjaran hukuman yang lebih berat, sebagaimana pula pada bulan itu kebaikan akan diperbesar pahalanya.
Amal kebaikan pada bulan itu akan diperbesarkan pahalanya di sisi Allah jauh lebih banyak daripada amal kebaikan serupa yang dilakukan pada waktu-waktu selainnya. Demikian pula perbuatan-perbuatan maksiat maka dosanya jauh lebih berat, dan itu semuanya adalah disebabkan kemuliaan waktu yang ada pada bulan ini.

Penterjemah: Abu Mushlih Ari Wahyudi

Sumber:



Thursday, 23 May 2019

Fatwa Ramadhan: Hukum Menentukan Ramadhan Dengan Kaedah Pengiraan

Tidak boleh memulakan ibadah puasa bulan Ramadhan kecuali dengan melihat bulan, hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,
صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته، فإن غم عليكم؛ فاقدروا له‏
“Berpuasalah kalian kerana melihatnya (bulan) dan berbukalah (laksanakanlah Aidilfitri) kerana melihatnya.” (HR. Bukhari pada kitab shahihnya, 2/229)

Dan juga tidak boleh bersandar pada pengiraan kerana pengiraan bertentangan dengan hukum syariat dan sering keliru. Akan tetapi orang yang tinggal di negara bukan Islam dan di sana tidak ada sekelompok kaum muslimin yang arif terhadap ru’yah hilal maka ia mengikuti negara Islam yang terdekat dengannya dan yang lebih dipercayai dalam penyelidikan bulan. Namun jika ia tidak mendapatkan berita yang dapat ia gunakan sebagai sandaran tentang hal itu maka tidak mengapa jika ia bersandar pada kalendar, hal ini berdasarkan firman Allah Taala:

‏فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ‏
“Maka bertakwalah kalian kepada Allah sekuat kemampuan kalian.” (QS. At-Taghabun: 16)
Alhamdulillah sekarang ini teknologi komunikasi sangat lengkap dan kedutaan negara-negara islam telah tersebar di seluruh dunia, demikian juga pusat-pusat kegiatan keislaman dapat dijumpai di sebagian besar negara-negara di dunia. Sehingga wajib atas setiap muslim untuk mengenali hal ini serta perkara-perkara agama yang lain. [Fatwa Syaikh Shalih Al-Fauzan dari kitab Al Muntaqa Min Fatawa Asy Syaikh al Fauzan]



Penterjemah: Sigit Hariyanto



Rujukan:

Monday, 13 May 2019

Fadhilat Puasa Dan Bulan Ramadan

PUASA bulan Ramadan adalah salah satu rukun islam. Setiap detik sepanjang bulan ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Rasulullah SAW, bersabda:


Ertinya: “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Berhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah SWT dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadan.” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibdu Majah)

Hadith ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang Mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadan.
Kelebihan bulan Ramadan juga ialah difardhukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah telah bersabda:

Ertinya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan denga penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa juga, Allah SWT akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah SWT. Rasulullah SAW telah bersabda:


Ertinya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kalit ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berfirman: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan akegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT daripada bau Musk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah SAW bersabda:


Ertinya: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, makan apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara manfaat yang boleh diperolehi dari ibadat puasa:
Sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir denga makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsian antara hamba dan Tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanya diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah SWT yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah SWT, dia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah SWT dan tidak membuahkan hasil.
Mujahadah dan kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadan. Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat diluar bulan Ramadan.
Sabar
Puasa melatih kita bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.
Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memeliharan perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitran pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolah kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.
Membuka hijab antara diri dangan Allah SWT
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadan berupaya membersihkan rohani dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannnya.
Mengenali erti kejayaan sebenar
Puasa mengajar Mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harga atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah SWT adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui Tuhannya.
Rasa belas dan lemah lembut
Rasulullah SAW mengajar umatnya, apabila seseorang mencari atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah dia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang Mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.
Memperkukuh kesatuan ummah
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat kebaikan bulan Ramadan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampau batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap Mukmin.
Merapatkan hubungan dengan alam
Penentuan Ramadan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.
Menjaga masa
Puasa mengajar seorang Muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu terbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang Mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.
Kesihatan tubuh badan
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.

Sumber:
Penulis:Admin Yayasan Kepimpinan Strategi Malaysia





Friday, 10 May 2019

Menelusuri Pensyariatan Puasa Ramadan


Penulis: Hassanal Haris


PUASA di bulan Ramadan diwajibkan bagi umat Islam di seluruh pelosok dunia untuk melaksanakannya. Puasa Ramadan dalam perjalanan se jarahnya sangat menarik jika di kaji secara mendalam.
    Berbagai-bagai pertanyaan mung kin saja terlintas di benak dan fikiran anda tentang bilakah ibadah puasa Ramadan mulai disyariatkan? Bagaimana model puasa yang dilakukan umat Islam pertama kali? Apa yang membezakan puasa Islam dengan ahli kitab? Atau mungkin pertanyaan lain yang berkisar tentang puasa di bulan Ramadan.

    Puasa Ramadan mula disyariatkan pada 10 Syaaban tahun kedua Hijriah atau satu setengah tahun setelah umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, atau setelah umat Islam diperintahkan untuk memindahkan kiblatnya dari Masjid Al-Aqsa ke Masjidil Haram.
Perintah puasa Ramadan ini didasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang beriman telah disyariatkan ke atas kamu berpuasa seperti mana umat sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa.”

    Daripada ayat tersebut dapat difahami bahawa puasa telah dilakukan sebelum masa kerasulan Muhammad SAW. Hanya saja praktiknya tidak seperti yang kita lakukan sekarang ini.
Setelah turun ayat tersebut, puasa Ramadan menjadi kewajipan yang harus dilaksanakan oleh umat Muslim selama satu bulan dengan memenuhi syarat dan dan rukun yang disyariatkan dalam surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui.”

    Terdapat perbahasan terperinci berkaitan maksud ayat ini dalam kalangan ulama, namun secara ringkasnya Ibn Katsir mengambil pandangan beberapa sahabat seperti Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas yang merumuskan bahawa di peringkat permulaan disyariatkan puasa Ramadan, sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu berpuasa diberi dua pilihan sama ada ber puasa atau menggantikan puasa dengan membayar fidyah sahaja.
    Sebaliknya orang yang sakit ataupun bermusafir pula boleh berbuka pada bulan Ramadan dan menggantikannya selain bulan Ramadan.

    Selepas itu Allah mewajibkan puasa untuk setiap orang yang mampu berpuasa (tidak sakit dan musafir) dan mereka tidak dibenarkan menggantikan puasa dengan membayar fidyah lagi. Hukum musafir dan orang sakit dikekalkan seperti asal.

    Puasa kali pertama dilaksanakan Rasulullah SAW adalah puasa bulan Asyura, iaitu puasa yang dilakukan masyarakat Quraisy ketika itu dan setibanya di Madinah, Nabi pun memerintahkan berpuasa pada bulan Ramadan.

    Setelah turun perintah berpuasa pada bulan Ramadan, Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya untuk berpuasa bagi siapa saja yang mengkehendakinya. Saat itu, umat Islam boleh berpuasa dan boleh juga tidak. Bagi mereka yang tidak berpuasa diwajibkan untuk membayar fidyah.
Selanjutnya puasa Ramadan menjadi kewajipan bagi setiap Muslim, kecuali bagi mereka yang mempunyai uzur syarie. Yang membezakan puasa umat Islam dengan umat yang lain antaranya adanya perintah makan sahur sebelum terbit fajar.

    Di dalam hadis riwayat Amr bin Ash, Rasulullah SAW bersabda: “Perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah pada makan sahur.” (Hadis Riwayat Muslim).

    Selain itu, puasa yang dilakukan kaum Muslimin pada bulan Ramadan berlangsung selama satu bulan penuh, berbeza de ngan ahli kitab yang melaksanakan puasa di luar bulan Ramadan.
Dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh telah datang bulan Ramadan, bulan yang diberkati. Allah telah memerintahkan kepada kalian untuk berpuasa di dalamnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Nasa’i).

    Persamaan puasa umat Islam dengan umat-umat terdahulu adalah dalam hal kewajipan, bukan pada tatacaranya.

PENULIS ialah Felo Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).


Sumber:
Akhbar Utusan Online
17 Jun 2015