Tuesday, 29 September 2015

Hukum Menyebut “Rest In Peace – RIP” Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia


Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?

PENJELASAN:

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Konsep Derhaka Kepada Ibu Bapa


Saya ingin bertanya berkenaan isu "derhaka" yang sering dikaitkan dengan anak-anak terhadap ibu bapa. Saya telah bertanya dengan seorang Ustaz berkenaan perkara ini dan beliau menerangkan bahawa konsep "derhaka" ini sebenarnya lebih merujuk kepada ingkar kepada Allah dan Rasul bukan kepada makhluk walaupun ibubapa sendiri. Ini kerana lafaz derhaka itu adalah terjemahan kepada Bahasa Arab "Asaa" yang hanya dipakai untuk Allah dan Rasul. Orang Melayu telah meluaskan konsep ini kepada ibubapa dan ini kurang tepat. Menurut Hadis, lafaz yang digunakan oleh Nabi bagi hal ini ialah "Uqooq" yang lebih bererti "biadab" bukan derhaka.

Hukum Menderma Organ Setelah Meninggal Dunia


Apakah dibolehkan bagi orang Islam bersetuju untuk menderma organ apabila ia meninggal dunia kelak? Ini melibatkan mayat orang Islam yang perlu dibelah untuk mengambil organ tersebut.

PENJELASAN:

Menderma organ setelah meninggal dunia adalah dibenarkan di dalam Islam tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Keharusan menderma organ untuk dilakukan selepas kematian adalah berdasarkan kepada maslahat dan keperluan yang diraikan dalam Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa kemaslahatan orang yang hidup adalah lebih aula untuk dipelihara berbanding kemaslahatan orang yang telah mati berdasarkan kaedah:

Monday, 28 September 2015

Pahala Membantu Tetangga Dan Anak Yatim


Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”

Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”

Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”

Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.” 

Usah Tangguh Apabila Berpeluang Tunai Haji


Setiap Muslim hendaklah menguatkan azam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Memandangkan ibadat haji adalah wajib bagi setiap Muslim, apabila sudah ada kemampuan iaitu perbelanjaan cukup, tubuh badan sihat, tiada sebarang gangguan dalam perjalanan yang perlu dibimbangi, ilmu cukup di dada, maka hendaklah segera menunaikannya tanpa berlengah-lengah lagi.

Pesan Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia masih tidak menunaikan haji (dengan ketiadaan uzur syarie sehingga dia meninggal dunia) maka tiada halangan baginya mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.” ? (Hadis At-Tirmizi dan Al-Baihaqi)

Kebaikan Tunai Haji Ketika Usia Muda

Gambar Hiasan

Ramai dalam kalangan umat Islam memilih untuk menunaikan fardu haji pada usia persaraan iaitu 55 tahun ke atas. Alasan lazim untuk tidak menyegerakan ibadah haji ketika usia muda adalah belum mendapat seru, anak-anak masih bersekolah atau banyak tanggungjawab yang bersifat duniawi perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sejak Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji mengikut jumlah penduduk sesebuah negara ekoran daripada tragedi terowong al-Muassim pada 2 Julai 1990, umat Islam mula mengubah fikiran dan ingin menunaikan fardu haji secepat mungkin. Dalam tragedi itu sebanyak 19 rakyat Malaysia daripada 1,426 jemaah terkorban.

Friday, 25 September 2015

Kesusahan Dan Kesenangan Ujian Allah SWT



SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, 

Alhamdulillah, marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Laksanakan yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang ditegah. Semoga dengan itu kita akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk: “KESUSAHAN KESENANGAN UJIAN ALLAH”.