Madrasatul Quran Kubang Bujuk, KUALA TERENGGANU
Madrasatul-Quran Kubang Bujuk (MQKB) dibuka secara rasminya pada 22 hb. November 1982. Ia merupakan sebuah pusat pendidikan al-Quran ala tradisional yang terawal didirikan di Negeri Terengganu. Jaraknya dari bandar Kuala Terengganu lebih kurang 14 km. Kini berkembang terus-sejajar dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi al-Quran.
Banyak keunikan terdapat di MQKB. Pengasasan penubuhannya tidak sebagaimana yang terdapat pada madrasah-madrasah atau sekolah-sekolah pondok yang lain di mana kebanyakan pengasas sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada alim ulamak dan tok guru-tok guru.
Sebaliknya MQKB diasaskan oleh seorang hartawan yang terkenal di Terengganu iaitu Haji Muda bin Deraman (semoga di rahmati Allah atas pengorbanannya). Walaupun beliau tidak mempunyai latar belakang agama yang tinggi namun minat serta kecenderungan yang kuat untuk berkorban serta mencari keredhaan Allah telah berjaya menubuhkan sebuah madrasah yang melahirkan ramai hafiz di Negeri Terengganu.
Alamat
Kubang Bujok, Serada, 20050 Kuala Terengganu.
Bilangan pelajar
400 orang
Mudir
Haji Ramli bin Haji Muda
Tel
09-6198591 / 012-921 8701
Subscribe to:
Posts (Atom)
Semoga terus berkembang maju lahirkan generasi Al Quran. Tahniah. alhamdulillah.
ReplyDelete