Fauzi Tempat Pengajian Islam, YAN
Mengambil sempena namanya, Pondok Fauzi di Kampung Yan Kechil, Yan ini Kebanyakan bangunan lama pondok di sini telah dibaik pulih ditubuhkan pada 1971 yang didaftarkan atas nama persendirian di Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Kedah.
Pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Ahmed Fauzi Hj. Mustafa. Sepanjang hayatnya, beliau sering menyampaikan kuliah dan pengajian agama kepada masyarakat sekitar.
Allahyarham ialah pengasas bersama Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah Kangkong pada awal 1960-an, selain mengajar kitab Tasawwuf di Masjid Zahir Alor Setar dan menyambung legasi Allahyarham Tuan Guru Hj. Nawawi iaitu pengasas Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah.
Selepas Tuan Guru Hj. Ahmed Fauzi meninggal dunia pada 1987, pengurusan Pondok Fauzi diserahkan kepada anaknya Ustaz Hj. Ahmad Shazali pada tahun 2000.
Pondok ini menerima 20 pelajar pada awal penubuhannya dan kini telah bertambah kepada 130 pelajar dengan dibantu oleh empat orang tenaga pengajar. Pelajarnya terdiri daripada warga emas dan dewasa yang datang untuk belajar ilmu Tasawwuf, kitab tua dan kitab pondok, selain Bahasa Arab dan Ilmu Mangkulat Asyaroh (Mantiq).
Untuk dihubungi:
Tel: 04-465 5486
Faks: 04-465 5486
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment