Friday 30 October 2015

Apabila 'budak tak guna' ingat Allah...


Kisah ini boleh dikategorikan ke dalam penulisan ekonomi, suntikan semangat dan malahan secara tidak langsung ia berbentuk keagamaan. Bagaimana?

Remaja berusia 24 tahun, Muhammad Zukermi Bin Edi (nama di Facebook) memuatnaik status yang agak panjang pada 28 Oktober 2015. Sedikit petikan daripada status beliau :

"Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri je, takyah berangan nak berjaya! Budak tak guna!" Aku nak kongsikan satu kisah inspirasi, kisah benar, kisah budak jahat yang suka berangan bernama Zukermi."

Jihad Ekonomi



SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Pada hari Jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama kita berazam untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan dalam masa yang sama menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mendapat kebahagiaan di dunia dan beroleh kesejahteraan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk: “JIHAD EKONOMI”.

"Ini akan berlalu"


Pada suatu hari, seseorang meminta tukang emas yang tua renta untuk membuat cincin dan menuliskan sesuatu di dalamnya.

Ia berpesan, "Tuliskanlah sesuatu yang bisa di simpulkan dari seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu supaya bisa menjadi pelajaran bagi hidupku".

Setelah jadi, pemesan mengambil emasnya dan ia membaca tulisan kecil di cincin itu. Bunyinya, "hadza sayamurr" ("Ini, akan berlalu").

Thursday 29 October 2015

Pengambilan Guru Tahfiz 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian Pendidikan Islam telah mengeluarkan iklan untuk pengambilan guru tahfiz secara kontrak di sekolah-sekolah menengah KPM ambilan tahun 2016.

Calon-calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi guru tahfiz berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah digalakkan memohon.

Jin masuk Islam selepas dengar Al-Quran


Masih ada dikalangan masyarakat kita yang tanpa sedar telah menyekutukan Allah S.W.T Erti kata lain, menjadikan sesuatu selain Allah S.W.T sebagai tempat berlindung, memohon hajat dan perkara-perkara yang mendustakan Allah S.W.T

Contohnya, menyembah bomoh yang meminta khidmat selain Allah S.W.T adalah kegiatan 'normal' dikalangan masyarakat antara lain bertujuan melariskan perniagaan, ingin kelihatan menawan dan kekal muda. Ia adalah kegiatan yang salah disisi agama Islam. Kegiatan sedemikian berupaya memesongkan akidah umat Islam sekiranya tidak dikawal.

Wednesday 28 October 2015

Malaysia, ajaran sesat dan penguatkuasaan undang-undang


Ramai yang sudah mengetahui bahawa umat Islam akan berpecah belah dalam skala yang besar menjelang hari kiamat. Umat Muhammad S.A.W akan berpecah kepada 73 puak. Daripada kesemua jumlah itu, hanya satu puak sahaja akan mendiami syurga yang indah sementara yang lain akan dicampakkan ke dalam api neraka.

Mungkin ramai juga sedia maklum, siapa golongan yang berada di dalam kelompok satu puak istimewa ini. Sudah tentu golongan yang dimaksudkan adalah golongan yang berada di atas jalan Rasulullah dan sahabat-sahabat.

“Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat.” (Hadith ibnu Majah)

PENGUMUMAN : Karyawan Pondok


Assalamualaikum,

Kami di Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) sedang mencari mana-mana individu samada mudir, tenaga pengajar atau pelajar pondok yang pernah / sedang menerbitkan penulisan / karya berkaitan pengajian Islam atau berbentuk ilmiah.

Hubungi kami ;

Tel / Faks : 03 - 22016711
Email : yayasanpondokmalaysia@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/yppm.org

Tuesday 27 October 2015

Waspada dengan media sosial - Mufti Kelantan


Kandungan di dalam media sosial hari ini dilihat mengundang lebih banyak perkara negatif berbanding hal-hal yang membawa manfaat dan kebaikan.

Sebab itu ummah disifatkan berada dalam keadaan kritikal apabila berita-berita fitnah, aib dan penyebaran video negatif menjadi trend terkini masyarakat.

Monday 26 October 2015

Kompleks ASWJ - Sebar pemahaman dan pengetahuan akidah


Terletak bersebelah Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di atas sebidang tanah dengan keluasan 2.02 hektar, Kompleks Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Dar al Baidha dibina bagi memainkan peranan sebagai tempat menyebar secara meluas pemahaman dan pengetahuan mengenai akidah ASWJ.

Dalam masa sama ia dijadikan tempat untuk menghimpunkan institusi pendidikan yang bertunjangkan kepada Al-Quran dengan berteraskan Sunnah Nabawiyyah.

Friday 23 October 2015

Membudayakan amalan lestari ; Amalan murni


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Allah SWT memberkati kehidupan ini dengan nikmat, taufik dan hidayah yang berpanjangan serta beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia yang diadakan pada setiap 21 hingga 27 Oktober 2015, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: “MEMBUDAYAKAN AMALAN LESTARI; AMALAN MURNI”.

Wednesday 21 October 2015

Didikan Agama : 'Lentur buluh dari rebung'


Pepatah Melayu ada menyebut, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' yang membawa erti mendidik anak sedari kecil. Didikan yang dimaksudkan bukan sahaja mengenai pengajian akademik semata-mata tetapi juga kepada didikan agama.

Selain ibu bapa, masyarakat sekeliling bersama badan-badan bebas (NGO) turut menggalas tanggungjawab sama bagi memantapkan ilmu agama buat generasi muda.

Jerebu : Jaga kesihatan, segera dapat rawatan jika penyakit berlarutan


Orang ramai dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya menjaga kesihatan sebaik mungkin bagi mengelakkan mudarat pada musim jerebu ketika ini. Antara langkah pencegahan awal adalah dengan mengurangkan aktiviti luar dan mengunakan topeng apabila berada di kawasan terbuka.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut menyarankan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan dipusat-pusat perubatan sekiranya mengalami gejala atau tanda penyakit berlanjutan.

Tuesday 20 October 2015

Bank-bank Islam bersatu pasar produk pelaburan


Satu konsortium diperkenalkan dengan nama Raeed Holdings Sdn Bhd (Raeed) dimiliki secara sama rata oleh empat buat bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Maybank Islamic Bhd.

Keempat-empat buah bank tersebut bergabung membentuk konsortium bagi membangunkan platform pelbagai bank untuk memasarkan produk akaun pelaburan.

Sekolah Agama lancar kempen bantah pemaju, majlis perbandaran


Sebuah sekolah pengajian agama berusia lebih 50 tahun iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Kajang menghidupkan semula kempen membantah projek mewah pembinaan 36 tingkat bangunan kondominium dan unit kedai di Jalan Sungai Ramal Luar.

Laman rasmi Facebook 'Selamatkan Maahad Hamidiah Kajang' dalam status yang dimuatnaik semalam memaklumkan bahawa protes berkenaan terpaksa diadakan berikutan aduan yang dilakukan sebelum ini hanya dipandang sepi.

Monday 19 October 2015

KUIM sedia tempat untuk pelajar lepasan pondok



Para pelajar tahfiz di Melaka kini berupaya melangkah dengan lebih jauh apabila berpeluang melanjutkan pengajian mereka sehingga ke menara gading.

Ini berikutan persetujuan kerajaan negeri Melaka menjadikan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka, sebagai pusat pengajian pelajar tahfiz.

KUIM bakal menyediakan kursus pengajaran dan pengajian asas kepada para pelajar lepasan maahad tahfiz di Melaka sebagai persediaan memasuki pusat pengajian tinggi.

Friday 16 October 2015

Akidah Dijulang Ummah Gemilang


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar hari ini mengajak sidah Jumaat sekalian untuk menghayati khutbah yang bertajuk: “AKIDAH DIJULANG UMMAH GEMILANG”.

Berita baik buat pelajar pondok lanjut pengajian


Berita baik buat para pelajar pondok yang berhasrat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi termasuk di luar negara. Bukan sahaja menjurus kepada bidang akademik bahkan juga di bidang kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan.

Thursday 15 October 2015

Ulama dan Profesional perlu tampil bersama-sama perjelas maksud Islam sebenar


Dunia masih lagi dibelengu dengan kegiatan militan 'Negara Islam' (IS) sehingga memberi tanggapan negatif kepada agama Islam. Malaysia, antara negara Islam yang cukup memandang serius berhubung perkara tersebut.

Lantas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru golongan ulama serta profesional Islam supaya dapat menjelaskan maksud sebenar Islam kepada masyarakat. Antara lain ia bertujuan mengelak kekeliruan dikalangan masyarakat sekaligus mengekang dan menepis budaya keganasan atau ekstrem agama daripada merebak ke dalam negara.

Wednesday 14 October 2015

Pondok Terbakar : Sidang Meja Bulat Wajar Diadakan


Satu perjumpaan meja bulat wajar diadakan secara bersama melibatkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan para mudir atau pentadbir bagi membincangkan soal keselamatan di institusi pondok dalam negara.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 1437H


Muharram, bulan yang mulia dan memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan, Muharram ialah bulan Allah, dan berpuasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharram.

Sebelum itu, marilah kita sama-sama hayati Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taubah : 36 yang bermaksud :

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu."

Sabda Nabi SAW sebagaimana Riwayat al-Bukhari bermaksud :

"Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. Tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban."

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah :

"Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas kerana besarnya kehormatannya."

Friday 9 October 2015

Hijrah Mengukuh Solidariti Ummah


SIDANG JUMU’AH YANG DI RAHMATI ALLAH,
Di kesempatan pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “HIJRAH MENGUKUH SOLIDARITI UMMAH”.

Pelajar pondok terbakar cekal tuntut ilmu


Tanggal 6 Oktober 2015 pasti menjadi detik hitam buat penuntut ilmu Allah di Pondok Gelang Mas, Kelantan selepas ditimpa musibah kebakaran sehingga memusnahkan lebih 40 buah pondok mereka.

Bukan sahaja tempat tinggal, tetapi mereka juga kehilangan bahan-bahan pengajian yang menjadi teman sejati pelajar setiap hari.

Thursday 8 October 2015

Jejak Islam dan Melayu di 'Pondok Sala Anak Ayam'


Pondok Ahmadiah Islamiah yang terletak di Bacho, Narathiwat, selatan Thailand mungkin lokasi yang ideal sekiranya anda mahu membuat penyelidikan atau mengumpul pengetahuan berkaitan khazanah serta sejarah Islam. Di sini, pengunjung berupaya melihat secara dekat pelbagai manuskrip yang kini berusia antara 200 hingga 700 tahun.

Wednesday 7 October 2015

UPKK dijadual hari ini ditangguh ke tarikh lain


Susulan pengumuman penutupan sekolah di daerah Langkawi oleh Kementerian Pendidikan semalam, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk subjek ADAB I dan II yang dijadualkan pada hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Madrasah Nur Ikhwan di Keningau mohon sumbangan untuk tenaga pengajar dan infrastruktur


Madrasah Nur Ikhwan yang terletak di Taman Sabana Fasa 3 Blok D1 Keningau, Sabah memohon bantuan kewangan orang ramai atau syarikat-syarikat korporat yang berminat menyalurkan sumbangan untuk tenaga pengajar dan pembangunan infrastruktur di pondok mereka.

Ketika ini mereka sedang dalam pembinaan semula sebuah bangunan madrasah setelah mengalami permasalahan melibatkan tapak dan tanah.