Monday, 26 October 2015

Kompleks ASWJ - Sebar pemahaman dan pengetahuan akidah


Terletak bersebelah Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di atas sebidang tanah dengan keluasan 2.02 hektar, Kompleks Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) Dar al Baidha dibina bagi memainkan peranan sebagai tempat menyebar secara meluas pemahaman dan pengetahuan mengenai akidah ASWJ.

Dalam masa sama ia dijadikan tempat untuk menghimpunkan institusi pendidikan yang bertunjangkan kepada Al-Quran dengan berteraskan Sunnah Nabawiyyah.


Kompleks ini dilancarkan secara rasmi oleh Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman pada Jumaat lepas di STIAS, Rembau.

Sementara Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) Mohd Amirul Isma Md Yusof memberitahu, penubuhan kompleks itu juga berperanan untuk memupuk pemahaman tentang ASWJ secara jelas.

Tambahnya, kompleks tersebut terbahagi kepada tiga komponen iaitu Maahad Baidha’ yang menjalankan tiga program utama iaitu Takwin Ulama’, Takwin al-Qurra’ dan Kuttab al-Quran.

Menerusi pengajian Takwin Ulama’, pelajar akan mempelajari pengajian kitab dan ilmu-ilmu bagi melayakkan mereka digelar ulama’.

Bagi Takwin al-Qurra’, pelajar akan mengikuti pengajian al-Quran dalam usaha melahirkan para qurra’. Manakala pengajian Kuttab Al-Quran pula merupakan institusi pengajian hafalan al-Quran yang membolehkan kanak-kanak seawal umur 9 tahun menyelesaikan hafazan dalam tempoh empat tahun.

No comments:

Post a Comment