Friday 31 May 2019

Ramadan Satu Rahmat


Oleh: Mohd Shahrizal Nasir
Ramadan datang saban tahun bagi membuka peluang kepada umat Islam melipat gandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan-Nya.
Apabila diri kita dipilih untuk berada dalam bulan Ramadan, ia sesuatu perkara yang perlu disyukuri.
Sehubungan itu, rasa syukur itu perlu dizahirkan dengan melaksanakan amal ibadat wajib dan sunat sepanjang Ramadan.
Usah jadi orang yang rasa biasa dengan kehadiran Ramadan. Ia seolah-olah Ramadan datang bagi memenuhi kalendar Hijri pada setiap tahun.
Lebih malang lagi jika ada yang menganggap keadiran Ramadan membebankan diri kerana perlu menahan daripada makan dan minum sepanjang waktu siang.
Ramadan perlu disambut dengan penuh kegembiraan. Orang yang berasa gembira dengan kehadiran Ramadan membuktikan dirinya tahu kelebihan bulan Ramadan berbanding bulan lain.
Ramadan dipilih Allah SWT sebagai bulan yang difardukan padanya ibadat puasa. Puasa pula dikaitkan dengan takwa.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Terdapat larangan ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia. Mereka dilarang mencuri, mengaibkan orang lain, bersengketa sesama manusia, makan riba, membunuh nyawa yang tidak berdosa, berzina dan sebagainya.
Larangan itu jelas dinyatakan dalam al-Quran dan sunah. Namun, pada bulan Ramadan, manusia dilarang melakukan sesuatu yang hukumnya halal pada bulan selain Ramadan.
Manusia boleh makan dan minum pada waktu siang sepanjang 11 bulan, tetapi perbuatan itu dilarang pada bulan Ramadan.
Itulah yang membuktikan ketakwaan diri seseorang apabila berjaya meninggalkan perkara yang biasanya halal, tetapi diharamkan pada bulan Ramadan.
Bukankah itu menunjukkan ketakwaan seorang hamba terhadap perintah Allah SWT?
Ramadan juga dimuliakan Allah SWT kerana ia menjadi bulan pilihan diturunkan al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Ibnu Kathir dalam Tafsir menafsirkan ayat 185 Surah al-Baqarah mengatakan: “(Dalam ayat ini) Allah SWT memuliakan bulan puasa iaitu bulan Ramadan daripada bulan-bulan yang lain. Allah SWT memuliakan Ramadan kerana memilihnya sebagai bulan untuk diturunkan al-Quran daripada bulan-bulan lainnya. Sebagaimana pada bulan Ramadan ini juga Allah menurunkan kitab-kitab yang lain kepada para nabi.”
Bukan itu sahaja, Ramadan juga dimuliakan kerana padanya ditetapkan satu malam lebih baik beramal padanya daripada seribu bulan.
Rasulullah SAW turut menjelaskan keistimewaan bulan Ramadan menerusi sabdanya yang bermaksud: “Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan dibelenggu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis itu sepatutnya dijadikan motivasi oleh setiap Muslim untuk menggandakan amalan mereka.
Pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya dengan gandaan pahala ditawarkan kepada mereka yang melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan.
Sebarang bentuk kemungkaran perlu dijauhi kerana umat Islam perlu memberi fokus kepada pelaksanaan amal ibadat yang disyariatkan dalam Islam sepanjang Ramadan.
Ibadat fardu seperti solat dan zakat fitrah perlu ditunaikan dalam bulan Ramadan. Begitu juga dengan amalan sunat seperti tadarus al-Quran, zikir dan doa, solat Tarawih, qiamullail, sedekah dan menjamu orang berbuka puasa perlu dilaksanakan bagi meraih keberkatan Ramadan.
Ulama salaf sentiasa teruja ingin berada dalam bulan Ramadan. Mereka memahami keistimewaan yang disediakan Allah SWT dalam bulan Ramadan kepada hamba-Nya.
Salaf as-soleh berdoa kepada Allah SWT enam bulan sebelum datangnya Ramadan agar mereka dapat bertemu dengan bulan yang mulia ini.
Kemudian setelah berakhirnya Ramadan, mereka berdoa agar amalan yang mereka kerjakan sepanjang bulan Ramadan diterima Allah SWT.
Begitulah sifat salaf as-soleh yang mendahului kita. Mereka memandang tinggi terhadap bulan Ramadan kerana memahami hakikat bulan Ramadan adalah satu rahmat besar daripada Allah SWT kepada manusia.
Ayuh kita zahirkan kegembiraan ketibaan Ramadan dengan mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan puasa dan ibadat lain yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan.
Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2019 @ 9:03 AM


Thursday 30 May 2019

Keunikan Negara Islam Menyambut Ramadhan (Bahagian 2)

1. Liberia

Masyarakat muslim Liberia menyambut bulan suci Ramadan dengan memainkan alat muzik yang dibuat dari kayu. Alat muzik ini dimainkan selama beberapa jam sebelum memasuki bulan suci Ramadan. Selama bulan Ramadan, Liberia memiliki petugas untuk membangunkan umat muslim saat waktu sahur yang disebut PapallPapall ini bertugas mulai jam tiga pagi dengan cara menyanyikan lagu-lagu keagamaan setiap rumah yang disinggahi.


2. Sweden
Umat muslim di Sweden, mengadakan suatu kegiatan yang disebut Feeding Fasting Palestin untuk menyambut Ramadan. Kegiatan ini merupakan kegiatan amal untuk mengumpulkan sumbangan yang akan diberikan kepada warga Palestin yang memerlukan. Tidak dapat dipastikan bila tradisi ini bermula, yang pasti kegiatan ini masih dilakukan sehingga kini.

3. Qatar

Di Qatar selepas berbuka puasa dan solat Maghrib setiap tanggal 13, 14, dan 15 bulan Ramadan, berlangsung sebuah festival khusus anak yang bernama Garangaou. Di festival ini anak lelaki akan tampil dengan baju arab hitam berkopiah merah bersulam emas. Sementara, anak perempuan akan berbalut pakaian tradisional disdaashas berwarna cerah lengkap dengan ikat kepala bukhnig atau hijab hitam  berhias benang emas. Mereka kemudian akan menari dan menyanyi di sepanjang jalan sekaligus berkunjung ke rumah-rumah penduduk untuk meminta juadah dan kuih muih.


4. Jepun

Saat Ramadan, umat Islam di Jepun akan saling berkongsi kebahagiaan dengan sesama Muslim. Tempat yang cukup ramai dan popular untuk melihat suasana itu adalah Japan Islamic Centre . Umat Islam di Jepun akan membentuk sekumpulan kecil jawatankuasa bulan puasa yang bertugas menyusun kegiatan yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan, mulai dari dialog keagamaan, majlis taklim, solat terawih berjemaah, hingga penerbitan buku-buku keislaman, dan masih banyak lagi. Jawatankuasa juga membuat jadual puasa dan diedarkan ke masjid, rumah keluarga Muslim, dan restoran halal yang ada di seluruh Jepun.


5. Singapura
Pusat kemeriahan Ramadan di Singapura berada di kawasan Masjid Sultan yang sejak tahun 1960-an selalu menyediakan Ramadan Bazaar Masjid Sultan. Masjid ini selalu ramai dikunjungi oleh penduduk muslim di Singapura mahupun pelancong dari berbagai belahan dunia. Di Bazaar ini, pengunjung boleh membeli aneka makanan dari pelbagai negara untuk berbuka puasa. Ada makanan ala Timur Tengah, India, hingga Malaysia. Peniaga bazar memulakan jualan dari pukul 3.00 petang - 8.00 malam waktu Singapura. Puncak kemeriahan adalah menjelang berbuka puasa, iaitu sekitar pukul 7.00 petang waktu setempat. Harga makanannya pun berpatutan.
Singapura menyambut datangnya bulan suci Ramadhan dengan keadaan bercahaya. Caranya, negara ini telah memasang lebih dari 50  lampu hias yang menerangi Jalan Sims Avenue, Jalan Geylang dan Jalan Changi di Singapura. Lampu hias ini dipasang sepanjang 2.25 km.


6. Russia

Umat Muslim di Rusia umumnya berpuasa selama 17 jam penuh dan ini merupakan salah satu durasi puasa terlama di dunia. Di Rusia kini terdapat sekitar 8000 masjid dan 20 juta umat Muslim serta dua juta diantaranya tinggal di Kota Moscow. Selain berbuka puasa dengan kurma dan buah-buahan lain, umat Muslim di Rusia juga berbuka puasa dengan makanan berupa roti yang diperbuat dari tepung yang diisi berbagai aneka masakan. Jika isinya labu atau keju, maka disebut khingalsh dan jika diperbuat dari gandum, maka disebut galnash. Sementara untuk penghilang dahaga, biasanya orang memberikan kvass, iaitu sebuah minuman tradisional Rusia tanpa alkohol yang dihasilkan dari proses fermentasi yang dicampur dengan perasa buah.
MOSKOW memiliki tradisi Ramadhan yang unik. Setiap tahun Dewan Mufti Rusia dan Pemerintah Kota Moskow mendirikan "Tenda Ramadhan" di kawasan taman Poklonnaya Hill, dekat Memorial Mosque, selama sebulan penuh hingga aidilfitri. Tenda dibuka setiap petang menjelang waktu berbuka puasa tiba. Makanan-makanan khas setempat disajikan secara besar-besaran dan siapa saja dapat menikmatinya, termasuk warga bukan muslim.



7. Perancis
Di Couronne, Perancis, yang merupakan daerah yang banyak didiami oleh penduduk asal Arab terdapat tradisi berbelanja berbagai macam kuih manisan untuk menyambut kehadiran bulan Ramadan. Anda dapat menemui banyak penjual pkuih manisan ini di Jalan Pierre Tumbot.
Masyarakat Muslim di Prancis juga banyak menghabiskan waktu 10 hari terakhir mereka dengan beriktikaf untuk meraih malam penuh kemuliaan atau lailatul qadar. Banyak masjid membuat jadual untuk membantu kumpulan jemaah berdoa dengan khusyuk sehingga terbebas dari godaan duniawi pada perburuan malam seribu bulan itu.
Iktikaf adalah ibadah sunah dengan cara berdiam diri di masjid. Kegiatan ini selalu dilakukan Nabi Muhammad SAW pada 10 hari terakhir Ramadhan


8. Bangladesh

Ramadan adalah perayaan penting bagi warga Bangladesh kerana ini kesempatan mereka saling mengunjungi sanak saudara dan makan bersama. Makanan khas buka puasa di negara ini adalah jilapi (sejenis manisan). Sering juga masyarakat menyediakan bazar menjelang buka puasa untuk menjual pelbagai jenis makanan.Di Dhaka, bazar bertempat di Old Dhaka atau di Chakbazar. Sebahagian besar makanan yang dijual adalah makanan tradisional seperti kebab, domba panggang, chicken bhunna curry, dan menu lain yang umumnya terbuat dari daging domba dan kambing dicampur nasi dan kacang.


9. Jerman

Sebahagian besar dari umat Islam di Jerman berasal Turki. Oleh kerana itu, tanah air Turki akan sangat terasa saat Ramadan. Tradisi unik saat Ramadan di Jerman berupa hadirnya suus (minuman berbahan gula hitam), dschellab (gula dan sirap kurma), qamruddin(jus aprikot), qata’ef (kuih kering yang direndam sirap gula), dan kalladsch (adunan isi kekacang).
Selain itu, di Jerman juga terdapat kebiasaan bagi wanita dan anak-anak yang akan melaksanakan ibadah puasa pertamanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatannya sebelum memulakan puasa.



Sumber:















Wednesday 29 May 2019

Nasihat Syaikh Shalih Al Fauzan Dalam Menyambut Ramadhan

   Satu masa, Syaikh Shalih Al Fauzan hafizhahullah mendapat pertanyaan, “kami mengharapkan dari anda suatu bimbingan dan arahan yang berkaitan dengan kedatangan bulan Ramadhan? Apa yang wajib dilakukan oleh seorang muslim dalam menghadapi hal itu?”

Beliau menjawab :

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

   Segala puji bagi Allah Rabb menyeru sekelian alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan pengikutnya, dan segenap para sahabatnya. Amma ba’du.
Tidak lama lagi, hilal bulan Ramadhan yang diberkati akan muncul dengan membawa berbagai kebaikan dan keutamaan bagi umat Islam. Inilah bulan yang Allah jadikan penuh dengan keberkatan, dimana pada bulan ini [dahulu] diturunkan al-Qur’an.

   Allah menetapkan pada bulan itu ada Lailatul Qadar/malam kemuliaan. Allah mewajibkan puasa pada bulan ini kepada segenap kaum muslimin. Dan Allah mensyari’atkan puasa Ramadhan ini bagi seluruh umat Islam.

   Siang harinya diwarnai dengan puasa. Malam harinya diisi dengan solat malam. Dan apa-apa yang ada diantara waktu-waktu itu dihiasi dengan zikir kepada Allah ‘azza wa jalla serta mendekatkan diri kepada-Nya dengan pelbagai jenis ketaatan.

   Oleh sebab itu, semua waktu yang ada pada bulan itu penuh dengan keberkatan, semuanya mengandungi kebaikan. Dan semuanya merupakan nikmat dan harta yang sangat berharga bagi seorang muslim.

   Maka sudah semestinya bagi setiap muslim untuk bergembira dengan datangnya bulan ini, kerana pada bulan ini dia akan mendapatkan jalan keselamatan dari pelbagai kebinasaan dan kehancuran.

   Hal itu disebabkan bulan ini menyajikan untuknya terlalu banyak kebaikan dan sebab-sebab keselamatan, iaitu apabila dia benar-benar memahami agungnya kedudukan bulan ini dan memetik faedah darinya dengan sebaik-baiknya.

Adapun orang yang tenggelam dalam kelalaian atau diliputi kebodohan terhadap keagungan bulan ini, maka sesungguhnya orang seperti itu tidak akan ‘mampu’ membezakan antara bulan ini dengan bulan-bulan yang lain.

   Bahkan, boleh jadi dia akan menganggap bulan Ramadhan adalah bulan untuk bermalas-malasan. Bulan untuk menyantap pelbagai makanan dan minuman.

   Bulan untuk tidur di siang hari dan berpesta di malam hari tanpa faedah sehingga dia tidak mendapatkan manfaat apa-apa darinya. Bahkan terjatuh dalam dosa.

   Kerana keburukan/dosa pada bulan itu akan dilipatgandakan dosanya daripada di bulan-bulan yang lainnya dan diberikan ganjaran hukuman yang lebih berat, sebagaimana pula pada bulan itu kebaikan akan diperbesar pahalanya.
Amal kebaikan pada bulan itu akan diperbesarkan pahalanya di sisi Allah jauh lebih banyak daripada amal kebaikan serupa yang dilakukan pada waktu-waktu selainnya. Demikian pula perbuatan-perbuatan maksiat maka dosanya jauh lebih berat, dan itu semuanya adalah disebabkan kemuliaan waktu yang ada pada bulan ini.

Penterjemah: Abu Mushlih Ari Wahyudi

Sumber:



Thursday 23 May 2019

Fatwa Ramadhan: Hukum Menentukan Ramadhan Dengan Kaedah Pengiraan

Tidak boleh memulakan ibadah puasa bulan Ramadhan kecuali dengan melihat bulan, hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,
صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته، فإن غم عليكم؛ فاقدروا له‏
“Berpuasalah kalian kerana melihatnya (bulan) dan berbukalah (laksanakanlah Aidilfitri) kerana melihatnya.” (HR. Bukhari pada kitab shahihnya, 2/229)

Dan juga tidak boleh bersandar pada pengiraan kerana pengiraan bertentangan dengan hukum syariat dan sering keliru. Akan tetapi orang yang tinggal di negara bukan Islam dan di sana tidak ada sekelompok kaum muslimin yang arif terhadap ru’yah hilal maka ia mengikuti negara Islam yang terdekat dengannya dan yang lebih dipercayai dalam penyelidikan bulan. Namun jika ia tidak mendapatkan berita yang dapat ia gunakan sebagai sandaran tentang hal itu maka tidak mengapa jika ia bersandar pada kalendar, hal ini berdasarkan firman Allah Taala:

‏فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ‏
“Maka bertakwalah kalian kepada Allah sekuat kemampuan kalian.” (QS. At-Taghabun: 16)
Alhamdulillah sekarang ini teknologi komunikasi sangat lengkap dan kedutaan negara-negara islam telah tersebar di seluruh dunia, demikian juga pusat-pusat kegiatan keislaman dapat dijumpai di sebagian besar negara-negara di dunia. Sehingga wajib atas setiap muslim untuk mengenali hal ini serta perkara-perkara agama yang lain. [Fatwa Syaikh Shalih Al-Fauzan dari kitab Al Muntaqa Min Fatawa Asy Syaikh al Fauzan]



Penterjemah: Sigit Hariyanto



Rujukan: