Saturday 29 August 2015

Perdana Menteri serah bantuan kepada sekolah-sekolah pondok


Majlis perasmian Tapak Kompleks Nasyrul Quran, pelancaran Tabung Dana Wakaf Kertas dan penyerahan bantuan kepada sekolah-sekolah pondok seluruh negara ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Friday 28 August 2015

YPPM Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Pondok Bustanul Arifin


Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar-pelajar Pondok Bustanul Arifin anjuran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah diadakan dengan jayanya pada 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadan 1436H bertempat di Kelab Darul Ehsan, Shah Alam.

Kupasan ‘Pondok : Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah’


Program Wacana Ilmu bertajuk ‘Pondok : Benteng Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah’ anjuran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) semalam, berjaya dikupas dengan mendalam oleh
barisan tiga panel berpengetahuan luas.

Kunjungan Hormat YPPM Ke Pejabat Mufti Johor


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang diketuai oleh Pengarah Operasi YPPM, Juhaidi Yean Abdullah dan turut diiringi oleh dua orang pegawai YPPM telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Johor pada 27 April lalu.

Kunjungan Hormat MAIDAM & YPPM Ke Yayasan Al-Jenderami


DENGKIL – Bagi menjalinkan hubungan baik dan semangat kerjasama, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Yayasan Al- Jenderami di sini baru-baru ini.

YPPM Terima Kunjungan Hormat MAIDAM


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Rombongan seramai 10 orang yang diketuai oleh Yang DiPertua MAIDAM Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail ini disambut oleh Ketua Pengarah Operasi YPPM Juhaidi Yean Abdullah.

Kunjungan Hormat YPPM Ke Pejabat Mufti Negeri Pahang


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang diketuai oleh Pengarah Operasi YPPM, Juhaidi Yean Abdullah dan turut diiringi oleh dua orang pegawai YPPM telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Pahang ada 22 April lalu.

Kunjungan Hormat YPPM ke Pejabat Mufti Negeri Sembilan


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Sembilan pada 16 April 2015.

Kunjungan hormat YPPM ke pejabat Mufti Terengganu


Pada tarikh 8 April 2015 yang lalu, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Terengganu bagi mendapatkan sebarang input berkaitan dengan pondok-pondok madrasah yang ada di Terengganu.

Majlis Pelancaran Operasi Madrasah Moden MAIDAM


Pada tanggal 8 April 2015, bersamaan dengan 19 Jamadilakhir 1436 Hijrah merupaka tarikh yang direstui Allah S.W.T. dimana telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Operasi Madrasah Moden MAIDAM di Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Gambar : Pengerusi Eksekutif YPPM ziarah penduduk di Kg. Tanah Periuk

Gambar : Majlis Menandatangi MoU YPPM-KUIN serta Perasmian Pusat Kajian Pondok

Gambar : Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Pembagunan Pondok Malaysia Berhad (KPPMB)

Misi Banjir YPPM @ Madrasah Raudhah Al Muhibin (Pondok Pak Kob), Seberang Chenor


Misi Bantuan Banjir YPPM yang diketuai oleh Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif YPPM bersama En.Juhaidi Yean, Pengarah Operasi YPPM ke Pondok Pak Kob. Turut serta bersama pelajar Sekolah Tengku Ampuan Afzan, Chenor.

Misi Bantuan Banjir : Kenyataan Pengerusi Eksekutif YPPM


HARI INI, saya dan beberapa staf Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YYPM) akan menjalankan misi bantuan ke beberapa pondok yang terjejas teruk akibat banjir sekitar Temerloh, Pahang. Mengikut perancangan, kami akan ke Madrasah An-Najjah atau Pondok Bukit Keledang di Bera dan Madrasah Raudhah Al-Muhubbin atau Pondok Pak Kob, di Seberang Chenor.

Bengkel Makmal Semakan Teks Al-Hadith, KDN 2015


Mesyuarat Penyelarasan Semakan Teks Al-Hadith, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim.Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Datuk Dr. Mashitah Ibrahim turut terlibat dalam “Bengkel Makmal Semakan Teks Al-Hadith, Kementerian Dalam Negeri” bagi tahun 2015.

Sekitar Tinjauan Awal Bantuan Kepada Pondok Sekitar Negeri Pahang


Senarai Pondok Terlibat Banjir 2014

Perbincangan Bersama “Misi Bantuan Banjir YPPM”


Perbincangan antara YPPM dengan yayasan salam, Auto Prima College dan Dato’ Abu Hanipah.

Lawatan Kerja YPPM Ke Pejabat Mufti Wilayah

Pengerusi YPPM bersama Mufti Wilayah

Hadir sama Pengarah YPPM dan Pegawai Mufti Wilayah




Siri Bicara Pondok- Episod 1(Pondok Madrasah Addiniah Al-Latiffiah Pengakalan Hulu Perak)


Siri Bicara Pondok- Episod 1(Pondok Madrasah Addiniah Al-Latiffiah Pengakalan Hulu Perak)

Lawatan Kerja YPPM Ke Atas Pelajar Malaysia Di Luar Negara



Perbincangan Meja Bulat UPSI Capai 33 Resolusi


Oleh Ibrahim Muhamad

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), buat julung kalinya menganjurkan Perbincangan Meja Bulat mencapai kejayaan yang sangat memberangsangkan dengan yang dihadiri oleh lebih 50 orang ahli panel terdiri daripada pelbagai agensi antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Negeri, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, wakil-wakil IPTA/IPTS, wakil beberapa buah Institusi Pondok dalam dan luar negara dan wakil NGO.

Thursday 27 August 2015

Ucapan Pengerusi YPPM Dato’ Dr Mashitah Di Ijtimak Ulama Pondok 2014


Program Ijtimak Pondok Malaysia 2014, yang diadakan di di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah, yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Perasmian Penutup di sempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, berkakhir dengan sangat berjaya dan mencapai matlamat.

Dato’ Dr Mashitah Beri Ucaptama Perbincangan Meja Bulat UPSI


Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, telah menyampaikan ucaptama dam merasmikan Perbincangan Meja Bulat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada Khamis (22 Mei), di Dewan Konvensyen, Aras 5,  Bangunan E-Learning Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak.

Dato’ Dr Mashitah Tetamu Khas Menteri Dalam Negeri


Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, dijemput menjadi tetamu khas kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Gambar sekitar Lawatan Majlis Agama Islam Terengganu Ke Pejabat YPPM 29 November 2013









Program Ijtimak


Bersama Guru Pondok, Guru Kafa, Guru Takmir, Pegawai Penyelia Masjid Daerah dan Imam Masjid Daerah Baling 2013 di Dewan Masjid Kampung Tok Bandar, Baling, Kedah. Majlis berlangsung pada 16hb Februari 2013. Dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mencetak Direktori Pondok


Aktiviti awal yayasan ialah mewujudkan pangkalan data mengenai pondok-pondok di Malaysia. Justeru, pada Ogos dan September 2012, satu bancian telah diadakan di seluruh negara bagi mengumpul maklumat terkini mengenai pondok. Jumlah pondok yang berdaftar di Malaysia ialah sebanyak 110 buah dan semuanya dimasukkan dalam sebuah direktori bergambar yang dicetak. Pondok yang tidak berdaftar tidak dimasukkan dalam direktori ini. Di dapati semua negeri ada pondok yang masih aktif kecuali Perlis, Sabah dan Sarawak.

Tuesday 25 August 2015

Pengenalan



PENGERUSI EKSEKUTIF YPPM
Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) adalah idea YAB. Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak. Justeru itu Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim mengambil inisiatif menubuhkan yayasan ini dan didaftarkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan  pada 1 Ogos 2012. , Dato’ Dr Mashitah selaku Pengerusi Eksekutif YPPM.

Visi dan Misi

Matlamat utama penubuhan YPPM adalah untuk memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama. Ia juga bagi mengiktiraf jasa dan bakti para ulama, tok guru dan tok mudir dalam melahirkan generasi pelajar yang mahir dalam ilmu agama dan pengajian Al-Quran.

Yayasan akan membantu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk memaju, membangun dan mengembangkan institusi pengajian pondok bagi memastikan kelangsungannya. Imej sistem pengajian pondok yang mundur dan terpinggir mesti diperbaiki, manakala persepsi pelajar pondok sebagai pelajar kelas kedua, golongan taksub atau pelampau mesti dikikis sama sekali.

Misi YPPM adalah memartabat dan memastikan institusi pondok di negara ini lebih berdaya maju dan dapat mempertahankan kelangsungannya. YPPM akan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kejayaan institusi pondok melaksanakan tanggungjawab melahirkan warga yang berilmu dan berwasatiyah.

Carta Ogranisasi

Pengerusi Eksekutif : 
Y. Bhg Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim

Ketua Pegawai Eksekutif :
Tuan Haji Juhaidi Yean Abdullah

MUSTASYAR

Pengerusi :
Y.Bhg Tan Sri Prof Ulung Dr. Kamal Bin Hassan (Prof Ulung Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam – ISTAC)

Ahli :
Y.Bhg Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Bin Abdul Halim (Mantan Mufti Kedah)
Ust Zakaria Othman
Prof Madya Dr Shukri Ahmad


AHLI LEMBAGA PENGARAH

Y.Bhg Dato’ Dr Mashitah Binti Ibrahim
Y.Bhg Datuk Abdul Shakor Bin Abu Bakar
Tuan Haji Juhaidi Yean Bin Abdullah