Saturday 29 August 2015

Perdana Menteri serah bantuan kepada sekolah-sekolah pondok


Majlis perasmian Tapak Kompleks Nasyrul Quran, pelancaran Tabung Dana Wakaf Kertas dan penyerahan bantuan kepada sekolah-sekolah pondok seluruh negara ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 lalu telah mengumumkan bantuan sebanyak RM25 juta bagi membantu sekolah-sekolah pondok berdaftar supaya dapat dibangunkan serta menyelenggara fasiliti pendidikan.

Sebanyak 116 buah sekolah pondok yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) menerima peruntukan tersebut yang dibahagikan mengikut skala bilangan murid di setiap sekolah pondok.

10 Julai 2015
23 Ramadan 1436H
Tapak Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 Putrajaya
























No comments:

Post a Comment