Friday 28 August 2015

YPPM Anjur Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Pondok Bustanul Arifin


Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar-pelajar Pondok Bustanul Arifin anjuran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah diadakan dengan jayanya pada 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadan 1436H bertempat di Kelab Darul Ehsan, Shah Alam.


Majlis ini turut dihadiri kira-kira 50 para pelajar pondok dan juga wakil daripada pihak YPPM.

Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk meraikan para pelajar sekolah pondok sempena bulan ramadan selain melaksanakan matlamat YPPM dalam memberi pengiktirafan kepada institusi pengajian pondok dan warga pondok yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan pendidikan Islam serta melahirkan ramai tokoh ilmuwan agama.


Pondok Bustanul Arifin ini mula diasaskan pada 2003 oleh ustaz Hj. Ahmad Ansory b. Morshid. Pondok Bustanul Arifin terletak di Kg. Labohan Dagang, Banting selangor.

Selepas dua tahun usaha mengasaskan pondok Bustanul Arifin berjalan, Pondok Bustanul Arifin berjaya memulakan sesi pengajiannya secara rasmi pada tanggal 27/8/2004 dengan mendapat pelajar seramai tiga orang dengan tenaga pengajarnya seorang.

Kemudian daripada itu bilangan pelajar semakin bertambah dan beberapa orang guru juga ditambah bagi memenuhi keperluan pengajian.


Jumlah pelajar yang belajar di Pondok Bustanul Arifin selepas 5 tahun pengoperasian ialah seramai 145 orang dan juga bilangan guru dan kakitangannya seramai 12 orang. Dari segi kemudahan penempatan Pondok Bustanul Arifin mempunyai 2 buah asrama, 18 buah pondok, 7 buah rumah dan pondok kakitangan, 3 buah kelas, sebuah dewan dan sebuah surau yang boleh menempatkan 200 jemaah.

Pengoperasian Pondok Bustanul Arifin pada asasnya tidak mendapat mana-mana bantuan secara tetap. Walaupun ada yuran dikenakan sebanyak RM150 sebulan, tetapi hanya sekitar ..% sahaja yang membayarnya secara konsisten. Selebihnya, ditanggung dari derma orang ramai yang kadang-kadang tidak berapa cukup.

No comments:

Post a Comment