Friday 29 January 2016

Al Quran Jadi Pedoman, Al Fatihah Doa Terhebat


"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang yang sesat. Inilah doa yang wajib diminta daripada Allah SWT sekurang-kurangnya 17 kali sehari.

Kekuatan ayat surah al-Fatihah (juga dinamakan mufassir sebagai surah solat) itu dibincangkan Ustaz Zul Ramli M Razali menerusi Usrah Nurani yang bersiaran jam 5.15 petang, Jumaat lalu, bersama rakan di konti iaitu Heliza Helmi dan Rosli Mohd Nordin.

Perlu RM3.5 Juta Untuk Bina Sekolah Pondok


Seorang guru agama nekad mengembara ke seluruh Semenanjung bagi mengumpul dana untuk menyiapkan Pondok Dar El Mukminin di Kampung Kurnia Batu Tiga di sini, selain menampung pembinaan dua cawangannya di Terengganu dan Kelantan yang dianggarkan kos keseluruhannya berjumlah RM3.5 juta.

Kategori Mati Syahid


Mati syahid di jalan Allah ada beberapa kategori:

  • Syahid di dunia dan akhirat
  • Syahid di dunia, namun bukan syahid di akhirat
  • Syahid di akhirat, namun bukan syahid di dunia

Bagaimana Kita Memandang Dosa?


Dosa. Sesuatu yang pastinya buruk dan yang tidak disukai serta dibenci Allah apabila kita lakukannya. Dosa. Sesuatu yang dicintai syaitan dan Iblis dan mahu nafsu kita turut sama mencintainya. Dosa. Bila kita dah biasa lakukannya, maka, kita akan hilang ‘rasa’ berdosa dalam diri. Dosa. Akan menompokkan kehitaman dan kegelapan dalam hati kita. Akibatnya, kebenaran tak dapat kita lihat. Yang ada, hanyalah kebatilan.

Akidah Utuh, Iman Kukuh, Ummah Teguh


Akidah merupakan tunjang dan asas yang terpenting dalam nadi kehidupan seseorang. Akidah atau ikatan atau kepercayaan kepada Allah ini juga adalah akar umbi dan dasar yang wajib ada dalam hati dan diri kita. Tanpanya, pasti hidup ini tidak ada arah dan tujuannya, terumbang-ambing dan tidak terurus jiwa nuraninya. Tanpanya juga, pasti kita tidak digelar Muslim, apatah lagi Mukmin yang sejati.

Thursday 28 January 2016

Serahkan Hatimu Pada Allah


Di dalam al-Quran sudah tercatat pada Surah at-Taubah ayat 24 untuk mengiktiraf cinta dalam Islam. Dalam ayat ini dilakarkan bahawa ada 3 peringkat cinta iaitu :

CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.

Antara Sembilan Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

Mukhriz Mahathir kongsi peristiwa menarik bersama Tok Guru Pondok di Kedah


Institusi pondok pada suatu ketika dahulu begitu sukar untuk didekati oleh orang-orang politik termasuklah dikalangan pemimpin parti pemerintah.

Ia berikutan, pondok-pondok ini dilabel sebagai kubu kuat parti pembangkang atau lebih tepat, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekaligus menyukarkan penerimaan dikalangan mereka yang berbeza ideologi politik.

6 Tanda Taubat Diterima Allah SWT


Kehidupan manusia di dunia ini tidak luput dari dosa besar dan dosa kecil. Banyak orang yang menyesal atas dosa yang telah ia lakukan. Untungnya, Allah selalu mau menerima taubat dari orang yang bersungguh – sungguh. Taubat yang diterima Allah adalah taubat nasuha. Taubat nasuha adalah taubat seseorang yang benar- benar ingin memperbaiki kesalahannya tanpa mengulangi kesalahan yang sama sedikitpun. Bahkan, Allah telah menjelaskan dalam surat Al-Baqarah ayat 275 bahwa Allah menyukai orang yang bertaubat dengan bersungguh sungguh dan melaknat umat yang mengulangi kesalahan yang sama setelah bertaubat.

10 Punca Sikap Marah


Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sikap marah adalah:
.
1. Rasa bangga diri (sombong)
2. Takjub kepada peribadi sendiri
3. Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
4 Suka bercakap perkara sia-sia
5. Suka membuat fitnah
6. Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7. Berlaku khianat
8. Tamak kepada harta dan pangkat
9. Tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi
10. Dengki dan irihati.

Sultan Abdul Hamid Halim Shah Perluas Institusi Pondok di Kedah



Sehingga penghujung tahun 2015, rekod direktori Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) menunjukkan negeri Kedah merupakan negeri yang mempunyai bilangan pondok terbanyak dalam negara iaitu sebanyak 63 buah pondok.

Angka itu termasuklah pondok-pondok yang berdaftar dengan pihak Jabatan Agama Negeri (JAIN) dan selebihnya, tidak berdaftar. Pondok-pondok ini juga  merangkumi pondok daripada kategori tradisional, moden, akademik, tahfiz dan warga emas.

Kisah Asal Usul Kurma Ajwa


Kurma Ajwa mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri dengan saiznya yang sederhana serta kedutan pada Kurma Ajwa lebih banyak daripada kurma lain dan jika diteliti kedutan pada kulit kurma Ajwa membentuk kalimah Allah.

Kisah dan asal usul kurma Ajwa ini dikatakan bermula selepas buah kurma Ajwa disebutkan oleh Nabi Muhammad dalam sabdanya ketika Baginda berbuka puasa.

Wednesday 20 January 2016

Kisah Pengabadian Rabiatul Adawiyah



Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Petunjuk Solat Istikharah



Soalan : Ustaz. adakah lepas solat istikarah, kita akan nampak petunjuk dalam mimpi? Bukankah mimpi itu mainan tidur. Selain dari mimpi, adakah petunjuk lain? Minta pencerahan dari ustaz. Terima kasih..

Jawapan :

Bukan semua mimpi mainan tidur kerana mimpi itu ada 3 keadaan. Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya ; “Mimpi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi.”

Tuesday 19 January 2016

Soal Jawab Hukum Mencium Jenazah


Menziarahi orang meninggal merupakan satu amalan yang sangat baik kerana terdapat banyak faedahnya; antaranya mengucapkan takziah kepada keluarga si mati, menunjukkan rasa simpati terhadap keluarganya dan menggalakkan amalan tolong-menolong ketika dalam suasana sedih dan musibah. Di samping itu, ianya juga boleh mengingatkan kita kepada kematian. Dalam suasana sibuk menguruskan pengendalian jenazah, seringkali juga terdengar para ahli keluarga, samada yang tua atau yang muda, dipanggil untuk mencium jenazah buat kali terakhir. Maka sebilangan mereka pernah bertanya apakah hukum perbuatan ini?

Qarin : Wujudkah Sebagai Pendamping Manusia?



Qarin yang bermaksud ‘pendamping’ adalah makhluk dari kalangan jin dan juga malaikat yang dicipta oleh Allah untuk mendampingi manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah dari jin kafir telah diislamkan. Manakala pada manusia yang lainnya Qarinnya masih kafir.

Dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang pun dari kalian melainkan dikuasai satu Qarin (pendamping) dari kalangan jin dan malaikat.” Mereka bertanya: “Kepada engkau juga, wahai Rasulullah??” Beliau menjawab: “Aku juga, tetapi Allah membantuku mengalahkannya lalu dia masuk Islam, hingga dia tidak menyuruhku selain terhadap kebenaran.”

Kita Masuk Syurga Hanya Kerana Rahmat Allah


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya.” Para sahabat bertanya; “Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Ya, kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku, oleh kerana itu berlaku luruslah dan bertaqarublah dan janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian, jika dia orang baik semoga saja boleh menambah amal kebaikannya, dan jika dia orang yang buruk (akhlaknya) semoga boleh menjadikannya dia bertaubat.”

Tindakan Dikenakan Jika Buka Maahad Tahfiz Tanpa Didaftar



Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang membuka maahad tahfiz di negeri Perak, dengan tidak mendaftarkannya, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) Datuk Mohd Yusop Husin.

Beliau berkata sekiranya jumlah murid di maahad tahfiz tersebut melebihi 20 orang, ia perlu didaftar di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat 1996.

Asrama Sekolah Pondok Musnah Terbakar



Sebuah asrama di sekolah pondok di Kampung Dato Haji Ahmad Rozali, Dengkil, Sepang, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam tadi. 

Bagaimanapun, tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian itu. 

Jurucakap bomba berkata, 16 anggota dari Balai Bomba Cyberjaya serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam dan tiba kira-kira 10 minit kemudian. 

Monday 18 January 2016

Azan & Muadzin : Sejarah, Kelebihan dan Amanah Rasulullah



Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

Seruan azan mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia tidak didapati pada zaman Nabi-Nabi terdahulu. Begitu juga seorang muadzin, yakni orang yang mengumandangkan azan, apabila dahulu tiadanya azan, maka tiadalah muadzin.

SEJARAH AZAN DAN IQAMAH

Dari Abdullah bin Zaid, dia berkata: “Pada awalnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkehendak cara panggilan solat, dan beliau menyuruh sahabatnya memukul kentongan (batang kayu/tabuh). Lalu aku bermimpi. Aku melihat seseorang mengenakan dua kain hijau membawa kentongan. Lalu aku bertanya: “Wahai hamba Allah, kamu menjual kentongan ini?” Dia bertanya: “Apa perlumu dengan kentongan?” Aku menjawab: “Akan aku pergunakan untuk panggilan solat.” Dia lalu berkata: “Mahukah engkau ku tunjukkan yang lebih baik dari itu?” Aku menjawab: “Apa itu?” Dia menjawab: “Ucapkanlah: ‘Allahu akbar Allahu akbar, Allahu akbar Allahu akbar – Asyhadu an laa ilaaha illallah, Asyhadu an laa ilaaha illallah – Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah, Asyahadu anna Muhammadan Rasulullah – Hayya ‘alas sholaah, Hayya ‘alas sholaah – Hayya ‘alal falaah, Hayya ‘alal falaah – Allahu akbar Allahu akbar – Laa ilaaha illallah’.” Lalu aku mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan mengkhabarkan perihal mimpiku kepada beliau. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Sesungguhnya sahabat kalian telah bermimpi, keluarlah ke masjid bersama Bilal, beritahulah kepada Bilal dan hendaklah dia yang menyerukan hal itu, sebab suaranya lebih kuat daripada kamu.” Maka aku keluar bersama Bilal menuju masjid, aku ceritakan mimpiku hingga dia menyerukannya. Dan Umar Ibnu Al-Khattab mendengar suara itu hingga dia mendatangi Rasulullah seraya berkata: “Wahai Rasulullah, Demi Allah aku juga bermimpi sebagaimana yang dia mimpikan!”

Dari Anas bin Malik, dia berkata: “Ketika manusia sudah banyak (yang masuk Islam), ada yang mengusulkan cara memberitahu masuknya waktu solat dengan sesuatu yang mereka boleh fahami. Maka ada yang mengusulkan dengan menyalakan api dan ada juga yang mengusulkan dengan memukul loceng. Lalu diperintahlah Bilal untuk mengumandangkan kalimah azan dengan genap (dua kali) dan mengganjilkan iqamah (sekali).”

Dari Wahab bin Abdullah, dia berkata; “Aku datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Bilal keluar dan azan. Dia (Bilal) memiringkan badannya ke kanan dan ke kiri.” 

Dari Bilal bin Rabah bahawa dia mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk azan solat Subuh, lalu dikatakan kepadanya: “Beliau sedang tidur.” Maka bilal pun berkata: “As sholatu khairun minan naum, as sholatu khairun minan naum (Solat itu lebih baik daripada tidur, solat itu lebih baik daripada tidur).” Hingga lafaz itu ditetapkan untuk dikumandangkan pada azan Subuh.”

Dari Salim bin Abdullah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Bilal mengumandangkan azan di malam hari, makan dan minumlah kalian (sahur) hingga Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan.” Salim bin Abdullah berkata: “Abdullah bin Ummi Maktum adalah seorang laki-laki buta, dia tidak mengumandangkan azan hingga dikatakan padanya: ‘Subuh telah tiba, subuh telah tiba’.”

Dari Ibnu Umar bahawa dia pernah mengumandangkan azan pada suatu hari yang dingin dan berangin. Kemudian dia berkata: “Solatlah di tempat tinggal kalian.” Dia melanjutkan perkataannya: “Jika malam sangat dingin dan hujan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan seorang muadzin untuk mengucapkan: “Hendaklah kalian solat di tempat tinggal kalian.”

Dari As Sa’ib bin Yazid, dia berkata: “Pada mulanya azan pada hari Jumaat dikumandangkan ketika imam sudah duduk di atas mimbar. Iaitu apa yang biasa dipraktikkan sejak zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, Abu Bakar dan Umar radliallahu ‘anhum. Pada masa Khilafah Uthman bin Affan radliallahu ‘anhu ketika manusia sudah semakin banyak, maka pada hari Jumaat dia memerintahkan azan yang ketiga. Sehingga dikumandangkanlah azan (ketiga) tersebut di Az Zaura (tempat tinggi di pasar Madinah). Kemudian berlakulah urusan tersebut menjadi ketetapan.”

KELEBIHAN DOA SELEPAS AZAN

Dari Abdullah bin ‘Amru bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bila kalian mendengarkan seorang muadzin (azan), maka katakanlah seperti apa yang dikatakan oleh muadzin, kemudian berselawatlah kepadaku, kerana barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat, dan mohonlah wasilah untukku, kerana ia adalah salah satu kedudukan di syurga yang tidak layak diberikan kecuali kepada salah seorang dari hamba Allah dan aku berharap semoga aku menjadi orang tersebut. Barangsiapa memohonkan wasilah untukku, maka dia berhak untuk mendapatkan syafaat.”

Dari Sa’ad bin Abu Waqas bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mendengar azan kemudian mengucapkan: ‘Aku juga bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku juga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, aku redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Nabi’, maka dosanya akan diampuni.”

SUNNAH SETELAH MENDENGAR AZAN

Dari Abdullah bin Mughaffal bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Antara dua azan (azan dan iqamah) ada solat (sunnah).” Kemudian pada ucapan beliau yang ketiga kalinya, beliau menambahkan: “Bagi yang mahu mengerjakannya.”

Dari Anas bin Malik, dia berkata: “Jika seorang muadzin sudah mengumandangkan azan (Maghrib), maka para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berebut mendekati tiang-tiang (untuk solat sunat) hingga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar, sementara mereka tetap dalam keadaan menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum Maghrib. Dan di antara azan dan iqamah Maghrib sangatlah sedikit (waktunya).”

DOA ANTARA AZAN DAN IQAMAH

Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan tertolak doa antara azan dan iqamah.”

Dari Sahal bin Sa’ad bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua perkara yang tidak ditolak atau jarang ditolak, iaitu berdoa ketika azan, dan (berdoa) ketika perang di saat sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain.”

ANJURAN AZAN DAN IQAMAH

Dari Malik bin Al Huwairits, dia berkata: “Dua orang laki-laki datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, keduanya ingin melakukan suatu perjalanan (musafir). Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda: “Jika kalian berdua sudah keluar, maka (bila hendak solat) azan dan iqamahlah. Dan yang menjadi imam hendaklah yang paling tua di antara kalian.”

APABILA SYAITAN MENDENGAR AZAN DAN IQAMAH

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika panggilan solat (azan) dikumandangkan maka syaitan akan lari sambil mengeluarkan kentut agar tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila panggilan azan telah selesai, maka syaitan kembali. Dan bila iqamah dikumandangkan syaitan kembali berlari dan jika iqamah telah selesai dikumandangkan dia kembali lagi untuk mengganggu seseorang di antara dirinya dan jiwanya seraya berkata: “Ingatlah ini dan itu.” Hingga orang itu tidak menyedari apakah tiga atau empat rakaat solat yang sudah dikerjakannya. Apabila dia tidak tahu tiga atau empat rakaat, maka sujudlah dua kali sebagai sujud sahwi.”

TIADA KERINGANAN JIKA MENDENGAR AZAN DARI RUMAH

Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Seorang laki-laki buta pernah menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki seseorang yang akan memimpinku ke masjid.” Lalu dia meminta keringanan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk solat di rumah. Ketika sahabat itu berpaling, beliau kembali bertanya: “Apakah engkau mendengar panggilan solat (azan)?” Laki-laki itu menjawab: “Ya.” Beliau bersabda: “Penuhilah seruan tersebut (hadiri solat jemaah).”

Dari Ibnu Ummi Maktum bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dia berkata: “Ya Rasulullah, saya adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan saya mempunyai orang yang memimpinku tapi dia tidak membantuku, maka apakah saya mendapatkan keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku?” Beliau bersabda: “Apakah kamu mendengar azan?” Dia menjawab: “Ya.” Beliau bersabda: “Saya tidak menemukan adanya keringanan untukmu!”

MELANGGAR SUNNAH RASUL

Dari Abu Asy Sya’tsa, dia berkata: “Kami duduk-duduk bersama Abu Hurairah di dalam masjid, lalu seorang muadzin mengumandangkan azan, dan ketika itu pula ada seorang laki-laki di dalam masjid berdiri kemudian keluar, sementara Abu Hurairah mengikutinya dengan pandangan mata. Setelah itu dia berkata: “Orang ini telah menderhakai Abul Qasim shallallahu ‘alaihi wasallam (tidak menunaikan solat).” (Sahih Muslim, no. 1047, Sunan Abu Daud, no. 451, Sunan At-Tirmidzi, no. 188, hasan sahih, Sunan Ibnu Majah, no. 725, Sunan An-Nasa’i, no. 676, Musnad Ahmad, no. 8947)
Dari Uthman bin Affan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mendengarkan azan di masjid kemudian keluar (dari masjid) bukan kerana suatu hajat, dan dia tidak ingin kembali lagi, maka dia adalah orang munafik.”

KEUTAMAAN DAN KELEBIHAN MUADZIN

Dari Uqbah bin Amir bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Rabb kalian kagum kepada seorang pengembala kambing yang berada di puncak gunung, dia mengumandangkan azan untuk solat lalu dia solat, maka Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: “Lihatlah kepada hamba-Ku ini, dia mengumandangkan azan dan iqamah lalu solat kerana takut kepada-Ku. Aku telah mengampuni hamba-Ku ini dan memasukkannya ke syurga.”

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Muadzin itu mendapat keampunan sejauh suaranya itu (terdengar), dan semua makhluk hidup dan benda mati akan menjadi saksi baginya, dan orang yang menghadiri solat tersebut (ikut berjemaah) dicatat baginya ganjaran dua puluh lima kebaikan dan dihapus darinya dosa antara kedua solat itu.”

Dari Al-Barra’ bin Azib bahawa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Allah dan para malaikat mendoakan (orang-orang) yang berada di saf hadapan. Seorang muadzin akan diampuni sejauh suaranya, dan setiap yang mendengarnya dari semua yang basah dan kering akan membenarkannya, dan dia mendapat pahala seperti pahala orang yang ikut solat bersamanya.”

Dari Abu Sa’id dia berkata kepada Abdullah bin Abdurrahman: “Jika engkau berada di gurun pasir maka keraskanlah suara azanmu, sebab aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah mendengar suara azan itu baik jin, manusia, pohon-pohonan dan batu kecuali ia akan menjadi saksi baginya pada hari Kiamat.”

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mengumandangkan azan selama dua belas tahun, maka wajib baginya syurga. Dan dengan azannya, dalam setiap harinya akan dituliskan enam puluh kebaikan, dan tiga puluh kebaikan untuk setiap iqamah yang dia lakukan.”

Dari Mu’awiyah bin Abu Sufyan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Orang yang paling panjang lehernya pada hari Kiamat adalah para muadzin.”

AMANAH RASUL

Dari Uthman bin Abu Al ‘Ash, dia berkata: “Amanah terakhir yang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berikan kepadaku adalah agar aku mengangkat (melantik) seorang muadzin yang tidak mengambil upah dari azannya tersebut.” Abu Isa berkata: “Hadith Uthman ini darjatnya hasan sahih. Pengamalan terhadap hadith ini menurut ulama’ adalah, bahawa mereka memakruhkan bagi tukang azan mengambil upah atas azannya, dan mereka lebih menyukai jika mereka (muadzin) mengharapkan pahala dari azan yang dia lakukan.”

Bekerja Mencari Keberkatan


Islam menggalakkan umatnya supaya berusaha dan tekun dalam pekerjaan supaya berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Prinsip kehidupan umat Islam adalah kukuh jika mereka bersandarkan kepada pe­rintah Allah dan panduan daripada para nabi dan rasul. Umat Islam sepatutnya memahami bahwa kehidupan di dunia ini satu perjalanan yang berakhir dengan kematian.

Kehidupan di dunia ini adalah terlalu pendek dan pantas sehingga manusia menjadi letih dan penat jika mereka gagal mengimbangi keperluan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Wednesday 13 January 2016

Sa’ad bin Mu’adz : Kewafatannya Menggegarkan Arasy Allah



Sa’ad bin Mu’adz adalah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari kalangan kaum Ansar di Madinah yang menyintai dirinya berada dalam medan jihad. Jabir bin Abdullah pernah meriwayatkan ketika kewafatan Sa’ad bin Mu’adz, dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Jenazah Sa’ad bin Mu’adz berada di antara mereka (para Malaikat) membuat ‘Arasy Ar-Rahman bergegar.” (Sahih Bukhari, no. 3519, Sahih Muslim, no. 4511, no. 4512, Sunan At-Tirmidzi, no. 3783, hasan sahih)

Demi Sepohon Kurma Di Dalam Syurga



Semalam sewaktu kuliyah kitab Riyadhus Sholihin di Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Ustaz Syed Mohd Norhisyam sempat bercerita tentang kisah Abu Dahdah, seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di kalangan kaum Ansar yang mendapatkan sepohon kurma di dalam syurga. Berikut adalah kisahnya yang didapati dari Tafsir Al-Quran dan Al-Hadith.

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud, dia berkata: “Ketika ayat berikut diturunkan, iaitu firman-Nya:

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (membelanjakan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya.” (Al-Baqarah: 245)

Apabila Umat Gila Bergambar


Salah satu fitnah besar di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter ialah ia menjadikan umat ini gila bergambar untuk ditayangkan pada semua orang.

Senarai Pondok Di Kelantan Yang Menerima Muslimat


Berikut merupakan senarai sekolah pondok di Kelantan yang menerima pelajar muslimat.

Jangan lupa, kita sedang diperhatikan!


Jika kita berada di dalam agensi kerajaan, pihak Ketua Audit akan memantau perjalanan sesuatu perbelanjaan.

Jika kita di dalam sebuah syarikat, setiap yang dilakukan pekerja akan dipantau majikan.

Jika kita seorang pelajar, pengawas dan guru akan menjadi tukang pemerhati.

Tidak cukup dengan tangan manusia, mesin seperti kamera litar tertutup (CCTV) terpaksa digunakan bagi membantu operasi pemantauan baik dari aspek tingkahlaku dan seumpamaannya.

Tuesday 12 January 2016

Bercahaya Pada Hari Kiamat Kesan Wuduk Sempurna



Wuduk adalah perbuatan menggunakan air untuk membasuh angota-anggota tertentu dengan niat untuk mengangkat hadas. Adapun wadhu dengan difathahkah huruf waw bererti air yang digunakan untuk wuduk.

Al-Hafiz Ibnu Hajr rahimahullah berkata, “Perkataan wuduk diambil dari pecahan perkataan al-wadha-ah yang bererti bercahaya. Ia dinamakan demikian kerana orang yang mengerjakan solat menyucikan dirinya (dengan wuduk) sehingga menjadi bercahaya.” Hal yang semakna dengannya disebutkan juga oleh Imam Al-Syaukaani rahimahullah dalam Nailul Authar Bab Sifat Wudhu.

KEUTAMAAN WUDUK

PERTAMA: Cahaya pada hari kiamat.

Orang yang berwudhu dengan wuduk yang sempurna akan mendapat cahaya pada wajah, hujung kedua tangan, dan kedua kakinya pada hari Kiamat kesan dari dia berwudhu ketika di dunia.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan wajah dan hujung kedua anggota tangan dan kaki mereka bercahaya hasil daripada kesan-kesan wuduk.” (Bukhari Muslim)

Apabila dikatakan umatku atau umat Nabi Muhammad, ia membawa dua maksud;

Umat Al-Dakwah (umat yang diseru yakni seluruh manusia)
Umat Al-Ijabah (umat yang menerima seruan, yakni kaum Muslimin).
Yang dimaksudkan dengan ‘umatku’ dalam hadis ini adalah umat Al-Ijabah iaitu umat Islam yang telah menerima dakwah Nabi Muhammad.

Pada hari Akhirat kelak, mereka ini yang akan diseru dan mereka akan datang dalam keadaan wajah serta hujung kedua tangan dan kaki mereka bercahaya kerana hasil dari ibadah wuduk yang mereka kerjakan ketika di dunia. Kesan anggota badan yang telah dibasuh dan disapu untuk wuduk itu akan menjadi tanda umat Nabi Muhammad pada hari Kiamat kelak.

Manusia pada hari Kiamat tidak memakai tanda nama yang menunjukkan mereka Muslim, tetapi cahaya kesan dari wuduk ini menjadi tanda yang tidak boleh dipalsukan. Dengan cahaya-cahaya ini umat Nabi Muhammad dikenali pada hari kiamat. Umat yang lain, jauh sekali orang-orang kafir, mereka tidak ada cahaya-cahaya ini.

KEDUA: Setengah daripada iman.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Bersuci (berwuduk) adalah setengah daripada iman.” (Riwayat Muslim)

KETIGA: Menghapuskan dosa-dosa kecil serta meninggikan darjat.

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda, “Apabila seorang hamba Muslim itu berwudhu dan dia membasuh wajahnya, maka keluarlah semua kesalahan-kesalahan hasil daripada pandangan matanya bersama air sehinggalah ke titisan air yang terakhir. Dan apabila dia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dari tangannya semua kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh kedua tangan itu bersama air sehinggalah titisan air yang terakhir. Dan apabila dia membasuh kedua kakinya, keluarlah semua kesalahan kaki yang telah digunakan untuk berjalan bersama air sehinggalah ke titisan air yang terakhir. Sehinggalah akhirnya dia keluar (selesai wudhu) dalam keadaan dia suci daripada dosa-dosa.” (riwayat Muslim)

Uthman radhiyallahu ‘anhu berkata, “Aku melihat Rasulullah SAW berwuduk seperti wudukku ini, kemudian Baginda bersabda, “Barangsiapa berwudhu seperti wudukku ini maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Manakala solat dan langkah kakinya menuju masjid menjadi tambahan (pahala).” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan membaguskan wuduknya lalu mengerjakan solat, melainkan Allah akan mengampuninya antara solat itu dan solat berikutnya.” (Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berwuduk lalu membaguskan wuduknya, nescaya kesalahan-kesalahannya keluar dari badannya hingga keluar dari bawah kuku-kukunya.” (Riwayat Muslim)

Maksud membaguskan wuduk adalah mengerjakannya secara sempurna (mencakupi rukun, kewajipan dan sunnah-sunnah wuduk) sesuai dengan petunjuk Nabi SAW.

Dari Abu Hurairah RA. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahan dan mengangkat darjat?” Mereka menjawab, “Tentu, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Menyempurnakan wuduk pada keadaan yang dibenci (misalnya keadaan sangat sejuk), banyak berjalan ke masjid, dan menunggu solat berikutnya setelah solat. Maka itulah ribath, itulah ribath.” (riwayat Muslim)

Ribath adalah amalan berjaga di daerah perbatasan antara daerah kaum muslimin dengan daerah musuh. Maksudnya pahala amalan tersebut disamakan dengan pahala orang yang melakukan ribath.

KEEMPAT: Wuduk adalah amalan yang membawa ke Syurga.

Dari Umar RA., dari Nabi SAW Baginda bersabda, “Tidaklah seseorang dari kalian berwuduk secara sempurna lalu mengucapkan: Asy-hadu an laa ilaaha illallah wahduu laa syarika lah wa asy-hadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh (Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagiNya dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan Nya) melainkan kelak akan dibukakan untuknya lapan pintu syurga yang kepadanya dipersilakan untuk masuk melalui pintu mana saja yang dia sukai.” (Riwayat Muslim)

Juga dalam hadis lain Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA. setelah solat fajar, “Sesungguhnya aku mendengar suara terompahmu di hadapanku di Syurga.” Bilal berkata, “Tidaklah aku mengamalkan suatu amalan yang lebih aku harapkan di sisiku, melainkan berwuduk pada malam atau siang hari dan terus mengerjakan solat yang dapat aku lakukan setelah itu.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis-hadis yang disebutkan ini jelas menunjukkan kelebihan wuduk. Keutamaan ini hanya dimiliki apabila wuduk dilakukan secara sempurna. Kesempurnaan wuduk ini tentu sahaja dikembalikan kepada dua syarat diterima ibadah secara mutlak; iaitu ikhlas kerana Allah, dan ittiba (mengikuti contoh dari Rasulullah SAW), sebagaimana sabda Baginda, “Barangsiapa yang berwudhu seperti wudukku ini, nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Riwayat Muslim).

Maka wajarlah untuk kita mempelajari serta mengerjakan wuduk itu dengan sebaik dan sesempurna mungkin. Moga-moga kita tergolong di kalangan mereka yang mendapat fadilat-fadilat ini.

PERKARA MEWAJIBKAN WUDUK

Ibadah wuduk hanya diwajibkan dalam dua keadaan;

1. SOLAT.

Wuduk adalah di antara syarat sah solat, di mana solat adalah ibadah yang paling utama bahkan ibadah pertama yang akan disoal kepada seseorang itu pada Hari Akhirat kelak. Sekiranya solatnya diterima dan baik maka baiklah seluruh amalannya, mudahlah urusannya yang berikut. Adapun jika solatnya tidak baik maka sukarlah perjalanan yang akan dihadapi selepas itu di Padang Mahsyar kelak.

Wuduk menjadi syarat sah untuk apa juga solat yang ingin dikerjakan, baik solat fardhu mahupun solat sunat. Hal ini sepertimana keumuman firman Allah, “Wahai orang-orang beriman, apabila kamu bangkit untuk solat maka basuhlah wajah kamu, dan kedua tangan kamu sehingga ke siku, dan sapulah kepala kamu, dan kedua kaki kamu sehingga dua buku lali.” (Al-Maaidah: 6)

Di antara hadis Nabi tentang wudhu sebagai syarat sah untuk solat adalah Baginda SAW bersabda, “Tidak akan diterima solat seseorang yang berhadas sehingga dia berwuduk.” (Bukhari dan Muslim)

Seseorang yang mengerjakan solat dalam keadaan berhadas maka solatnya tidak diterima sehingga dia mengangkat hadas tersebut dengan berwudhu. Bahkan kalau dia sengaja solat tanpa wuduk, dia berdosa kerana solat dalam keadaan tidak suci (berhadas).

Hadas adalah satu sifat berbentuk hukum, di mana keberadaan hadas menyebabkan ibadah yang disyaratkan taharah (bersuci) menjadi tertolak. Jika seseorang melakukan juga ibadah yang disyaratkan taharah dalam keadaan berhadas, maka ibadah itu tidak diterima dan tidak sah.

2. TAWAF DI BAITULLAH AL-HARAM.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW, “Tawaf di Baitullah sama seperti solat, kecuali Allah membolehkan berbicara di dalamnya.” (Sahih. Al-Tirmizi)

Hanya dalam dua keadaan ini sahaja kita diwajibkan berwuduk. Bagaimana pun, umat Islam disunnahkan untuk sentiasa dalam keadaan berwuduk demi meraih kebaikan-kebaikan yang bisa diperoleh kesan daripada ibadah wuduk tersebut.

Bahkan Rasulullah SAW tidak berzikir yakni menyebut nama Allah kecuali dalam keadaan Baginda berwuduk. Dan kita dituntut untuk sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan.

Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Al-Muhajir bin Qunfudz RA, dia pernah mendatangi Nabi SAW ketika Baginda sedang buang air kecil. Dia mengucap salam kepada Baginda namun Baginda tidak menjawab salamnya sehingga Baginda berwuduk lalu Baginda berkata, “Sungguh aku tidak suka menyebut nama Allah melainkan dalam keadaan bersuci.” (Sahih. Abu Daud)

Oleh : Ustaz Idris bin Sulaiman

Dunia Adalah Ladang Akhirat



Dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memegang kedua bahu saya lalu bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau orang yang melewati suatu daerah.” Ibnu Umar berkata, ‘Jika kamu berada di waktu petang jangan tunggu esok pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi hari jangan tunggu sehingga. Gunakanlah kesihatanmu untuk (persediaan) sakitmu, dan kehidupanmu untuk kematianmu’. (HR. Al-Bukhari, Hadith ke-40 Matan Arbain An-Nawawiyah)

Kehidupan di dunia adalah sementara. Sebagaimana diibaratkan oleh Baginda Rasul. Asal anak Adam itu semua memiliki kampung halaman dan istana di dalam syurga.

Monday 11 January 2016

Berpurdah Mengikut Empat Mazhab



TPM : Seragamkan kurikulum maahad tahfiz, tingkatkan kualiti


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru supaya kurikulum di maahad tahfiz di seluruh negara diseragamkan sekaligus meningkatkan kualiti dikalangan pelajarnya.

Katanya, penyeragaman kurikulum itu bertujuan mengelakkan keadaan ‘caca marba’ atau kucar-kacir di dalam sistem pendidikan Islam dan bagi mewujudkan satu silibus berkesan untuk pengajian maahad tahfiz di Malaysia.

Thursday 7 January 2016

Uwais Al Qarni : Tidak Terkenal Di Bumi Tapi Terkenal Di Langit



Mari kita imbau kisah Uwais Al Qorni.. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Detik Rasulullah Hadapi Sakaratul Maut


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Ganti Maki Hamun Dengan Berzikir



Mulai 4 Januari ini, warga Lembah Klang akan kembali mengharungi ‘pesta lampu brek’ semasa pergi dan balik dari bekerja. Ini adalah rutin kehidupan di kota metropolitan selepas keadaan lalu lintas selesa sepanjang cuti penggal akhir persekolahan sejak minggu pertama November lalu.

Yang pasti, kebanyakan warga kota yang tinggal di pinggir ibu negara akan menghabiskan masa paling tidak sejam untuk sampai ke pejabat jika berkereta. Menyebabkan ada yang bergegas meninggalkan rumah sebelum solat Subuh (kini waktu Subuh bagi Kuala Lumpur adalah 5.56 pagi) bagi memastikan punch card tidak merah.

Islam Tidak Diukur Melalui Tingkah Laku Ummah



Di negara-negara Arab khususnya di Timur Tengah yang dihuni bijak pandai agama khasnya ulama-ulama besar, masih menerima-pakai undang-undang dan peraturan manusia yang diistilahkan “man made law”, seolah-olah ia wajar dan tidak bercanggah dengan Islam. Persoalannya mengapa di Malaysia timbul suara yang menuntut undang-undang Islam dilaksanakan?

Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan. Jika Islam hendak diukur dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu. Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.

Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar. Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.

Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.

Perlu kita fahami bahawa negara umat Islam suatu ketika dahulu semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w memerintah Madinah. Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka ditubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabi’en yang digelar Khulafa’ ur-Raashidin, Daulah Umayyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.

Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam. Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.

Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang undang ciptaan manusia diterima pakai. Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.

Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat. Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.

Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal. Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.

Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mcngembalikan pcrundangan Islam asal. Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dahulu dimenangi oleh Parti Pcnyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.

Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikchendaki Allah Taala. Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah mcnerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya), “Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran.”

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah. Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a’lam.

Biodata Penulis

Oleh : Prof. Datuk Dr. Haron Din.
Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cemerlang daripada Universiti Darul Ulum Kaherah (1972-1974). Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

Sumber :IslamItuIndah

Sepuluh Laluan Syaitan



Artikel ini dipetik daripada buku “Apa ertinya saya menganut agama Islam” hasil tulisan Fathi Yakan, yang membicarakan tentang 10 pintu yang patut dijaga dari gangguan syaitan laknatullah:

Beliau berkata: “kurenung dan kufikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba kudapati syaitan memasukinya dari 10 pintu”:

Tuesday 5 January 2016

Masyarakat Islam sedunia mula bangkit menentang Syiah


Dunia ketika ini menfokuskan pertelingkahan yang berlaku di negara Arab apabila hubungan diplomatik Saudi - Iran telah diputuskan secara rasmi pada Ahad baru-baru ini.

Ia berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran selepas terjadi bantahan hukuman pancung terhadap ulama Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr.

Sementara rakyat dan pemerintah Iran menyifatkan hukuman itu menyalahi undang-undang antarabangsa dan kemarahan itu telah menyebabkan tindakan memprotes serta serangan di kedutaan Arab Saudi di Tehran.

Monday 4 January 2016

Kepentingan Masjid Al-Azhar Dalam Islam


Nama al-Azhar amat dikenali sebagai sebuah universiti Islam terkenal yang terletak di Mesir. Universiti ini diasaskan di sebuah masjid yang diberi nama Masjid al-Azhar sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Fatimiyyah di Mesir pada abad ke-10 Masihi. Masjid ini dibina oleh pemerintah Dinasti Fatimiyyah yang bernama Khalifah al-Mu’izzli Din Allah selepas beliau menakluki Mesir.

Ia telah digunakan untuk sembahyang jemaah buat kali pertama pada tahun 972 Masihi dan seterusnya melebarkan fungsinya sebagai pusat pembelajaran teologi bermula pada tahun 989 Masihi. Masjid ini merupakan masjid jamek yang keempat dibina di Mesir selepas Masjid ‘Amr, al-Askar dan Ibnu Tulun.

Friday 1 January 2016

Suburkan Jiwa Sayang Rasulullah Dalam Keluarga


Cinta adalah ungkapan yang sering diucapkan. Kalimah cinta menggambarkan perasaan sangat sayang terhadap sesuatu atau seseorang sama ada antara suami dan isteri; ibu dan anak; sesama kaum keluarga serta kaum kerabat.

Cinta itu bukan sekadar tumbuh subur di dalam jiwa bahkan suatu tindak tanduk yang dapat diukur melalui tingkah laku seseorang. Sebagai Muslim, kita tidak dapat lari daripada membicarakan perasaan kasih dan sayang kepada Allah SWT dan juga rasul-Nya Nabi Muhammad SAW.

Bantuan Pendidikan Untuk Golongan Asnaf


Sumber : Utusan Online

Pendidikan merupakan antara elemen terpenting yang diterapkan dalam ajaran Islam kerana dengan nikmat ilmu yang dimiliki membolehkan manusia membezakan antara perkara hak dan batil.

Islam juga sangat mengambil berat perihal kewajipan menuntut ilmu kepada umatnya bermula dari usia muda sehinggalah ke usia tua. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Dan sesiapa berjalan di jalan menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga,”- Riwayat Ibnu Majah.

Percaya dengan kelebihan ilmu yang dimiliki dapat menjadikan seseorang individu berjaya dalam kehidupan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan bantuan pendidikan kepada golongan asnaf.

Al-Quran, Bible Mengajar Keamanan Bukan Keganasan



Islam tidak pernah mengajarkan keganasan. Dalam aja­ran Is­lam hanya ada fiqh jihad yang jauh sama sekali daripada pengertiaan keganasan. Keganasan dilakukan se­sua­tu kum­pulan atau seorang bagi memenuhi agenda politik mereka.

Orang awam yang tidak berdosa sentiasa di­ja­dikan korban bagi mencapai matlamat mereka. Jihad pula adalah untuk mengekalkan keadilan dan keimanan di atas muka bumi. Jihad dilakukan semata-mata untuk men­cari keredaan Allah SWT, bukan untuk agenda atau ke­pentingan tertentu.

Allah memerintah hamba-Nya supaya mengamalkan tole­ran­si, keamanan, cinta dan belas kasihan se­sama manusia. Allah melarang manusia mengikut langkah-langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia (Surah al-Baqarah: 208).