Tuesday 29 September 2015

Hukum Menyebut “Rest In Peace – RIP” Kepada Bukan Islam Meninggal Dunia


Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai penghormatan sesama manusia?

PENJELASAN:

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Konsep Derhaka Kepada Ibu Bapa


Saya ingin bertanya berkenaan isu "derhaka" yang sering dikaitkan dengan anak-anak terhadap ibu bapa. Saya telah bertanya dengan seorang Ustaz berkenaan perkara ini dan beliau menerangkan bahawa konsep "derhaka" ini sebenarnya lebih merujuk kepada ingkar kepada Allah dan Rasul bukan kepada makhluk walaupun ibubapa sendiri. Ini kerana lafaz derhaka itu adalah terjemahan kepada Bahasa Arab "Asaa" yang hanya dipakai untuk Allah dan Rasul. Orang Melayu telah meluaskan konsep ini kepada ibubapa dan ini kurang tepat. Menurut Hadis, lafaz yang digunakan oleh Nabi bagi hal ini ialah "Uqooq" yang lebih bererti "biadab" bukan derhaka.

Hukum Menderma Organ Setelah Meninggal Dunia


Apakah dibolehkan bagi orang Islam bersetuju untuk menderma organ apabila ia meninggal dunia kelak? Ini melibatkan mayat orang Islam yang perlu dibelah untuk mengambil organ tersebut.

PENJELASAN:

Menderma organ setelah meninggal dunia adalah dibenarkan di dalam Islam tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Keharusan menderma organ untuk dilakukan selepas kematian adalah berdasarkan kepada maslahat dan keperluan yang diraikan dalam Islam. Sebagaimana dimaklumi bahawa kemaslahatan orang yang hidup adalah lebih aula untuk dipelihara berbanding kemaslahatan orang yang telah mati berdasarkan kaedah:

Monday 28 September 2015

Pahala Membantu Tetangga Dan Anak Yatim


Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”

Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”

Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”

Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.” 

Usah Tangguh Apabila Berpeluang Tunai Haji


Setiap Muslim hendaklah menguatkan azam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Memandangkan ibadat haji adalah wajib bagi setiap Muslim, apabila sudah ada kemampuan iaitu perbelanjaan cukup, tubuh badan sihat, tiada sebarang gangguan dalam perjalanan yang perlu dibimbangi, ilmu cukup di dada, maka hendaklah segera menunaikannya tanpa berlengah-lengah lagi.

Pesan Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia masih tidak menunaikan haji (dengan ketiadaan uzur syarie sehingga dia meninggal dunia) maka tiada halangan baginya mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.” ? (Hadis At-Tirmizi dan Al-Baihaqi)

Kebaikan Tunai Haji Ketika Usia Muda

Gambar Hiasan

Ramai dalam kalangan umat Islam memilih untuk menunaikan fardu haji pada usia persaraan iaitu 55 tahun ke atas. Alasan lazim untuk tidak menyegerakan ibadah haji ketika usia muda adalah belum mendapat seru, anak-anak masih bersekolah atau banyak tanggungjawab yang bersifat duniawi perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sejak Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji mengikut jumlah penduduk sesebuah negara ekoran daripada tragedi terowong al-Muassim pada 2 Julai 1990, umat Islam mula mengubah fikiran dan ingin menunaikan fardu haji secepat mungkin. Dalam tragedi itu sebanyak 19 rakyat Malaysia daripada 1,426 jemaah terkorban.

Friday 25 September 2015

Kesusahan Dan Kesenangan Ujian Allah SWT



SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH, 

Alhamdulillah, marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Laksanakan yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang ditegah. Semoga dengan itu kita akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk: “KESUSAHAN KESENANGAN UJIAN ALLAH”. 

Wednesday 23 September 2015

YPPM, YPPB Melawat Madrasah Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan



Program ramah mesra Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bersama Jabatan Mufti dan Mudir-mudir Pondok di Negeri Sembilan ini 
berjalan dengan lancar pada 22 September 2015, bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan.

Hadir sama, Mufti Negeri Sembilan Dato' Hj. Mohd. Yusof Hj. Ahmad, Timbalan Mufti Negeri Sembilan Hj. Nor Azamir Hj. Alias, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Tarekat Tasawwuf Ustaz Syaiful Nizam Mohd Jan, Pengarah Operasi YPPM Hj. Juhaidi Yean Abdullah, Pengarah Strategi dan Perhubungan YPPB Novie Tajuddin dan mudir-mudir pondok di Negeri Sembilan.

Hari Arafah Yang Istimewa


Hari ini, dianggarkan tiga juta umat Islam seluruh dunia yang dijemput sebagai tetamu Allah untuk musim haji kali ini berhimpun di Padang Arafah untuk menunaikan rukun haji paling utama iaitu berwukuf.

Dari segi susunan rukun haji, wukuf adalah rukun kedua selepas niat kemudiannya diikuti dengan bertawaf, saie, bercukur atau bergunting dan tertib di kebanyakan rukun. Persoalannya, mengapa wukuf dianggap sebagai rukun utama atau kemuncak dalam manasik (kerja-kerja) haji?

Tuesday 22 September 2015

Hikmah Di Sebalik Sambutan Aidil Adha


Setiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

Kisah Sri Kandi Islam Di Perang Uhud


Nasibah Binti Ka’b al-Maziniyyah atau Ummu ‘Umarah adalah seorang wanita yang berperanan penting dalam perang Uhud. Di awal perang, beliau bertugas untuk membawakan air dan mengubati pejuang yang luka-luka bersama wanita-wanita muslimah lainnya. Tetapi ketika perang mulai berpihak pada kaum muslimin, para pemanah tidak mematuhi perintah Nabi Muhammad SAW, sehingga kemenangan yang hampir ditangan kembali berpihak pada kaum musyrikin.

Hal ini ditegaskan dalam AlQuran surat Aali ‘Imraan ayat 152

“Dan ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorang pun, sedang Rasul memanggil kamu dari belakangmu, lalu Allah menimpakan kepadamu kesedihan atas kesedihan supaya kamu jangan bersedih hati (lagi) atas sesuatu yang luput dari kamu dan terhadap musibah yang menimpa kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan(3:153)”

Monday 21 September 2015

Infrastruktur Maahad Tahfiz Bakal Dinaik Taraf


Maahad tahfiz bakal menikmati perkembangan yang lebih baik khususnya dari segi infrastruktur dalam Belanjawan Selangor 2016.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, langkah progresif itu selaras dengan kekuatan ekonomi negeri dan hasrat pihaknya untuk memantapkan pembangunan modal insan dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, selain menambah baik pusat pengajian itu, beberapa bangunan baharu akan dibina berdasarkan keperluan semasa.

"Kita mempunyai rizab agak kukuh pada tahun ini yang dapat kita gunakan untuk membangunkan maahad tahfiz di beberapa kawasan pedalaman dalam negeri ini sebab banyak yang uzur dan perlukan diganti.

"Beberapa blok baharu bukan sekadar akan dinaik taraf atau dibaik pulih bahkan ada keperluan untuk blok baru dan asrama pelajar ditambah," ujarnya semasa merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban Sempena Aidil Adha di Bangunan Sultan Idris Shah.

Dalam majlis itu, lebih seribu ekor lembu diserahkan untuk masjid dan surau seluruh negeri.

Dalam pada itu, beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa turut menyatakan komitmen untuk membangunkan semula surau di kampung tradisi dengan reka bentuk yang sesuai dengan pembiayaan penuh kerajaan negeri.

Untungnya Jasad Diuruskan Anak Soleh


Pada saat roh dicabut daripada jasad, dunia sudah tidak ada nilainya dan kita bersendirian menghadap Allah SWT. Beruntunglah jika saat roh dicabut itu kita tergolong dalam kalangan orang Mukmin, kerana mampu melafazkan kalimah tayyibah. 

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menyebut Lailaha illallah pada akhir kehidupannya, aku jamin dia akan dapat memasuki syurga Allah." 

Bahkan Baginda berpesan kepada mereka yang menziarahi orang sakit tenat, apabila sampai saat kematiannya, kita mengajarnya menyebut dan mengulang kalimah tayyibah. Berhentilah berbicara perkara dan urusan lain. 

Pada ketika itu malaikat mencari-cari di manakah kalimah Allah SWT daripada jasad seseorang, di hati, tangan dan seluruh anggota badannya. Jika tiada, malaikat akan menepuk di bawah dagunya menyebabkan lidah bergetar dan menyebut kalimah Allah SWT, maka terkeluarlah roh daripada jasad itu. 

Bau busuk tak dapat dihidu jin, manusia 

Namun, jika ketika roh sedang ditarik, kalimah Allah SWT tidak mampu diucapkan walaupun selepas diajar, maka satu kecelakaan kepada orang itu. 

Barraq bin A'zid menyebut, apabila roh itu keluar daripada jasad, tersembur roh dalam keadaan berbau sangat busuk. Hanya dua makhluk yang tidak dapat menghidu bau busuk ini iaitu jin dan manusia. Lalu dinaikkan roh ini ke langit pertama hingga langit ketujuh dan menghadap Allah SWT. 

Kemudian Allah SWT memerintahkan roh itu ditempatkan dalam neraka Sijjin, seterusnya roh akan pulang dan diletakkan di hujung kepala jasadnya. Begitu juga roh orang Mukmin, selepas diperintahkan rohnya ditempatkan dalam syurga Illiyeen, roh itu dipulangkan ke hujung kepala jasad mereka. 

Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dalam slot Mau'izati di IKIMfm pada Khamis, jam 5.15 petang, diriwayatkan oleh Abu Said al-Qudri, Rasulullah SAW bersabda: "Seorang mayat yang telah terbujur kaku itu, dia akan mengenali siapakah yang akan memandikan jasadnya".

Dalam hadis lain menyebut, ketika memandikan jasad, Rasulullah SAW berpesan supaya menjirus air di telapak tangan dan direnjis kepada jasad kerana sakit yang dirasainya ketika menghadapi saat kematian bagaikan melecur seluruh badannya. 

Pada waktu air dijirus kepada jasad, roh akan berkata kepada mereka yang memandikannya supaya melakukannya secara perlahan-lahan, sakit menghadapi kematian masih belum berakhir. Roh juga akan merasai setiap usapan, sentuhan dan tekanan oleh mereka yang memandikannya. 

Rasulullah SAW juga berkata, roh akan melihat dan merasai ketika jasadnya diangkat dan dikafankan. Beruntunglah pada ketika itu jika mereka yang memandikan jasad terdiri daripada orang salih. Beruntung juga jika ketika menghadapi saat kematian, kita dikelilingi anak salih yang akan menguruskan jasad kita. 

Baginda SAW bersabda, jasad akan sedar siapa yang mengusungnya untuk dikebumikan. Ada sesetengah ulama tidak membenarkan orang lain membawa jenazah ibu bapanya dan akan mengusung sendiri jenazah mereka ke tanah perkuburan. 

Sampai peringkat, jasad akan sedar saat ketika dia diturunkan ke dalam liang lahad, dapat melihat suasana di alam barzakh dan melihat di hujung kakinya, berdiri dua malaikat iaitu Mungkar dan Nangkir yang akan memulakan sesi soal jawab. 

Ketika menghadap Allah SWT, kita mengharapkan doa keluarga dan anak salih kerana ketika itu wang banyak, jawatan besar atau kedudukan tinggi sudah tidak bermakna lagi, hanya roh sahaja. Justeru, bersedialah di dunia ini supaya kita ditemani doa anak yang salih ketika menghadap Allah SWT. 

Apa yang dikesali, jika anak hanya melihat dan berpeluk tubuh tanpa mampu melakukan apa-apa dan tidak berani menyentuh jenazah apatah lagi mengangkat tangan mendoakan kita. Ini menandakan kita tidak melakukan persiapan untuk hidup selepas kematian nanti. 

Jenazah seolah-olah tersenyum 

Ada sesetengah jenazah yang dilihat seolah-olah tersenyum kerana dia sudah dapat melihat tempatnya dalam syurga Allah SWT. Apabila orang Mukmin meninggal dunia dan ditunjukkan tempatnya dalam syurga Allah SWT, dia akan berasa cukup reda di atas apa yang dilalui sepanjang hidupnya di dunia. 

Diriwayatkan oleh Amru bin Abi Dinar daripada Ibnu Abi al-Dunya yang menyebut, tidak ada seorang pun yang meninggal dunia melainkan dia mengetahui apa yang terjadi kepada keluarganya. Apabila meninggal dunia, kita mampu melihat apakah yang dilakukan oleh isteri, anak dan mereka yang berada di sekeliling kita pada ketika itu. 

Rasulullah SAW bersabda: "Mereka mandi dan mengapani, sementara kita melihat keadaan bagaimana mereka mengapan, dan melakukan solat serta penguburan jenazah kita ke dalam kubur." 

Walaupun roh sudah keluar meninggalkan jasad, tetapi kita dapat merasai dan melihat berlakunya kematian kepada diri kita. Bertakwalah kepada Allah SWT dalam urusan ini, dibimbangi apabila tiba masanya menghadapi kematian, kita tidak bersedia melihat keadaan yang lebih buruk daripada itu.

Sumber : BHonline

Hukum-hakam Ibadah Korban


Ibadat korban adalah ibadat yang dituntut pada 10 Zul­hijjah dan juga hari-hari tasyriq. Ramai umat Islam ber­semangat untuk melakukan ibadat ini. Berikut beberapa panduan agar ibadat ini menjadi lebih baik. 

IBADAT KORBAN SYARIKAT.

Terdapat entiti dan badan tertentu turut sama melakukan ibadat korban. Contohnya syarikat perniagaan membuat iba­dat korban di beberapa buah masjid. Begitu juga wakil rakyat, Menteri Besar atau Perdana Menteri. Persoalannya ialah siapakah individu yang melakukan ibadat korban? Apabila syarikat memberi 10 ekor lembu korban, siapakah individu yang membuat ibadat korban? Apabila menteri besar men­yerahkan lembu korban kepada setiap masjid dalam sesebuah negeri, siapakah yang melakukan ibadah korban? Adakah menteri besar yang melakukan ibadah korban? Namun duit untuk membeli haiwan korban bukanlah duit peribadi beliau sebaliknya duit kerajaan negeri. Dalam isu ini, fikah Islam menetapkan bahawa ibadat korban dilakukan oleh individu.   

Thursday 17 September 2015

Kaitan Pokok Semalu Dan Wanita



"Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri Baginda , Syaidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah sebatang pokok Tamar, Fatimah terpijak pohon semalu. Kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah menyatakan kepada ayahandanya , " apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ . 

" Rasulullah dengan tenang berkata kepada puterinya kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu itu daripada 4 aspek : 

Umat ​​Nabi Muhammad SAW Diseru Di Titian Siratul Mustaqim


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi Siratul Mustaqim, iaitu suatu titian atau jambatan yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, Selamatkan, Selamatkan!” (Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.)

Amalan Puasa Bulan Zulhijjah




Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Aurat Dipelihara, Hidup Sejahtera


Wanita merupakan insan istimewa ciptaan Allah. Kehadiran mereka menjadi pelengkap dan penyeri hidup seorang lelaki. Nikmat dikurniakan ibu yang penyayang, isteri peneman hidup dan anak penghibur hati perlulah disyukuri.

Sejajar dengan amanah yang perlu digalas sebagai ketua keluarga, kewajipan tentang penjagaan aurat wanita perlu diterapkan dengan berhikmah. Ini merupakan jaminan untuk mengecapi hidup sejahtera di dunia hingga ke akhirat. Firman Allah dalam Surah al-Tahrim, ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Wednesday 16 September 2015

Utsman Bin Affan Bersahabat Dengan Al-Quran


Para sahabat adalah generasi yang terdidik dengan Alquran. Allah turunkan kitab-Nya yang mulia di masa mereka. Dan Rasul-Nya mendidik generasi mulia ini secara langsung. Menjelaskannya dalam perkataan dan perbuatan.

Di antara sahabat Nabi yang terdidik dengan bimbingan Alquran itu adalah Dzu Nurain, Utsman bin Affan radhiallahu ‘anhu. Kedua telinga Utsman mendengar langsung ayat Alquran yang dilantunkan oleh sayyidul anbiya wal mursalin. Ayat-ayat tersebut meninggalkan kesan yang begitu dalam di hatinya. Terpraktikkan pada kepribadiannya. Menyucikan hatinya dan menahbiskan jiwanya. Kemudian mempengaruhi ruhnya. Jadilah ia manusia baru –karena memeluk Islam- dengan jiwa yang mulia. Tujuan hidup yang agung. Dan perangai yang istimewa.

Kisah Wanita Yang Sangat Sabar



Kisah tentang seorang wanita yang telah kehilangan seisi keluarganya dalam satu malapetaka tetapi masih lagi tersenyum dan tenang.

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain ia pasti kerana wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati”, katanya.

Tuesday 15 September 2015

Kisah Siti Muthi'ah Di Zaman Rasulullah S.A.W


“FATIMAH anakku, maukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan istri yang dicintai suami?” tanya sang ayah yang tak lain adalah Nabi SAW. “Tentu saja, wahai ayahku”.

“Tidak jauh dari rumah ini berdiam seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Namanya Siti Muthi’ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu”.

Abdul Rahman Bin Auf - Saudagar Islam Berjaya Dunia Akhirat



Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman   terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang.

Zikir Dan Harta Saham Akhirat


Dunia semakin sempit, pantas dan sesak. Manusia berpusu-pusu mencari kemewahan sehingga lupa melihat golongan bawahan. Ada segelintir terlupa tanggungjawab pada agama. Ada yang gemar menaburkan kemewahan kepada perkara maksiat dan sia-sia. Sehingga lupa untuk melabur dalam saham akhirat.

Masih ramai lagi umat Islam yang memerlukan bantuan. Banyaknya  pusat dakwah dan rumah anak yatim memerlukan bantuan. Masih ramai ibu tunggal dan orang tua yang sayu memohon pertolongan. Masih ada golongan kurang upaya dan sakit merintih mohon simpati dan bantuan.

Kenali Ibadah Korban



Definisi

Apa yang disembelih daripada unta, lembu, kambing atau kibas semata-mata menghampirkan diri kepada Allah pada hari raya. Asal disyarakkan ibadat korban ini melalui firman Allah dalam ayat 2 surah al-Kauthar yang bermaksud : Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Maksud "nahr" dalam ayat ini mengikut pandangan yang paling ramai dan sohih adalah membawa maksud korban binatang-binatang korban.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud bahawa nabi S.A.W telah mengorbankan dua kibas yang mempunyai tanduk yang besar. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri. Baginda menyebut nama(Allah) dan bertakbir. Baginda meletakkan kedua luntut baginda di atas bahagian (berhampiran) tengkok keduanya.

Monday 14 September 2015

Sejarah Hari Raya Aidiladha


Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya:

Ibadah Haji Uji Minda, Fizikal Perlu Persedian Rapi



Mengikut laporan Lembaga Tabung Haji, tahun lalu sejumlah 2 juta umat Islam terpilih dari seluruh dunia berada di Arafah untuk melaksanakan ibadah wukuf. Daripada jumlah itu, seramai 22,320 adalah jemaah haji Malaysia yang menunaikan rukun Islam kelima itu. 

Semuanya memakai pakaian ihram tanpa mengira pangkat dan darjat. Mereka berkumpul mengelilingi Kaabah dan berarak dari satu tempat ke satu tempat yang telah ditetapkan bersama jutaan manusia sambil melaungkan talbiah dengan ikhlas, tawaduk serta penuh keinsafan.

Aidiladha Disambut 24 September Ini



Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan, umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 Sept,

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 Sept 2015.

Friday 11 September 2015

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah



Tidak berapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Zulhijjah, insya-Allah. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan haji dan sinonim dengan ibadat korban. Bagi jemaah haji, apabila tiba bulan ini semakin hampir mereka dengan kemuncak ibadat itu iaitu wukuf di Arafah.

Bagi kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah kali ini, mari kita rebut peluang 10 hari pertama Zulhijjah dengan melakukan pelbagai ibadat sunat.

Bersatu Mengikat Tambatan Perpaduan



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September akan datang, maka mimbar yang mulia akan membicarakan khutbah bertajuk: “BERSATU MENGIKAT TAMBATAN PERPADUAN”.

Solat Ketika Azan: Masih Ramai Yang Khilaf



Sebagai Islam, mendirikan solat lima waktu adalah hukum yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim yang beriman.

Solat itu tiang agama. Sejak kecil kita diajar untuk mendirikan solat yang akan menjamin kehidupan kita di akhirat nanti.

Walaupun ada sebilangan kita yang alpa, namun kebanyakan dari kita masih teguh mendirikan amal ibadat, buat bekalan di hari mati esok.

Thursday 10 September 2015

Madrasah Ahmadiah, Kota Bharu Perlu Sumbangan Baik Pulih Bangunan


Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan ingin memohon sumbangan bagi membaik pulih bangunan yang telah mengalami kerosakan akibat banjir yang melanda negeri itu pada tahun lalu.

Madrasah yang telah dibina sejak 67 tahun lalu telah menerima sumbangan daripada orang ramai dan berjaya membaik pulih bahagian bawah bangunan. Namun begitu, sebanyak RM200, 000 hingga RM250, 000 lagi diperlukan bagi menggantikan keseluruhan atap bangunan yang bocor.

Pecahkan Stereotaip Tentang Hijab


Ibarat memecahkan stereotaip negatif, seorang wanita Islam British yang bertudung telah mengambil bahagian dalam pertandingan lumba kapal layar terpanjang di dunia. Usaha itu bertujuan membuktikan bahawa hijab tidak pernah menjadi penghadang dalam kehidupan wanita Muslim.

“Saya bertudung, tunaikan solat dan tetap menyahut cabaran dalam kehidupan ini kerana saya ada keupayaan berbuat demikian,” kata Noreen Rahman, 33, kepada NBC, London, baru-baru ini.

Nikmat Syurga Bagi Jiwa Tidak Dijajah Syaitan



Larangan daripada Allah SWT dalam al-Quran mengingatkan manusia bahawa setiap perbuatan yang melanggar batas syariat Allah SWT perlu dijauhkan. Malangnya, manusia sebagai hamba sering kali mengingkari perintah Allah SWT. 

Perbincangan program Ibrah minggu lalu, Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman, membawakan perkongsian penting peristiwa Nabi Adam dan isterinya, Hawa, yang dikeluarkan dari syurga Allah SWT setelah memakan buah larangan di dalam syurga. 

Allah SWT telah merakamkan dalam kitab suci al-Quran mengenai godaan syaitan yang paling awal bermula pada zaman Nabi Adam. 

Jiwa Merdeka Hanya Takut Bala, Azab Ilahi



Islam agama bertunjangkan kedamaian, kesejahteraan, kebahagiaan, keharmonian dan keamanan. Sejarah membuktikan kehidupan manusia sebelum diutuskan Nabi Muhammad SAW yang membawa syiar Islam berada dalam kehidupan jahiliah yang penuh dengan kezaliman, penindasan, maksiat dan kebencian. 

Islam hadir membawa rahmat dan kebaikan untuk sekalian makhluk serta alam, memerdekakan mereka daripada cengkaman kehidupan jahiliah. Ustazah Muzayannah Abdullah menerusi rancangan Tarbiah yang bersiaran di IKIMfm setiap Jumaat, jam 10 pagi menjelaskan merdeka dari konteks perjuangan.


Wednesday 9 September 2015

Imam Perlu Kuasai Pelbagai Ilmu



“Imam tu bacaan fatihahnya tak betul, membaca surah terlalu panjang, imam solat cepat sangat, isteri imam tu tak menutup aurat, imam tak pandai tarik remaja ke masjid”. Demikian antara rungutan yang sering kedengaran di masjid dan surau berkenaan imam dan solat berjemaah.

Pendek kata, tugas imam bukan semudah yang disangka. Banyak cabaran dan ragam jemaah yang perlu dihadapi. Sehinggakan adakalanya timbul polemik, membaca surah pendek pun salah, membaca surah panjang juga dicemuh. Begitulah asam garam apabila berkhidmat dalam masyarakat. Selalunya, imam sahajalah yang silap. Makmum sentiasa betul.

Antara Ujian Allah Kepada Jemaah Haji



Musim haji telah tiba lagi. Ini bermakna sebahagian besar umat Islam dari pelosok dunia amnya dan dari Malaysia khasnya akan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Sudah semestinya dengan kemajuan Malaysia maka orang yang mampu untuk menunaikan haji pun semakin bertambah. Tetapi ujian Allah tidak mengenal waktu di mana pada waktu haji inilah Wabak MERS-CoV telah menyerang jemaah haji seluruh dunia.

Tuesday 8 September 2015

InsyaAllah Bukan Alasan Mungkir Janji



Soalan :

Kita selalu dengar orang berkata “Insya Allah” setiap kali berjanji hendak melakukan sesuatu perkara yang diminta atau menghadiri sesuatu majlis jemputan dan sebagainya. Sesetengah mereka menggunakan ucapan “Insya Allah” sebagai alasan untuk tidak menunaikan janji yang dibuat itu malah kadangkala ucapan itu saja sudah menggambarkan bahawa janji-janji itu tidak mungkin ditunaikan. Apakah pandangan Islam terhadap perkara ini?


Kisah Remaja Yang Bercita-cita Ingin Ke Syurga


Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta’labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.

Batas Aurat Muslimah dihadapan Bukan Muslim



Skop pergaulan pada hari ini sangat luas . Alangkah baiknya jika umat Islam dapat menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai asas kepada ajaran Islam .. 

Pemakaian pakaian yang menutup aurat sepenuhnya sebagaimana diluar rumah sehingga didalam rumah , bilik tidur , asrama dan sebagainya apabila bersama dengan wanita bukan muslim sangat menyusahkan dan menyukarkan kehidupan wanita muslimah . . 

Islam ialah agama yang tidak membebankan ..

Monday 7 September 2015

Kaedah Dan Hukum Bernazar



Nazar hanya sah apabila ia diucapkan dengan lisan. Hal ini menjadi kaedah am dalam hukum dan amalan. Sebagaimana hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengampuni umatku apa yang dibisikkan dalam hati selama mana ia tidak dilaksanakan atau diucapkan” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Beruk Jantan Gemparkan Sesi Pengajian Pondok



Orang ramai gempar selepas seekor beruk jantan masuk ke dalam surau ketika kelas agama sedang berlangsung di sebuah pondok pengajian di Kampung Bukit Teriak di sini.

Kejadian yang menjadi viral di laman sosial itu berlaku pukul 9 pagi Sabtu ketika kira-kira 390 orang sedang mengikuti kelas pengajian agama mingguan di Mahad Dar Muhajirin di Kampung Bukit Teriak.


Kunjungan hormat YPPM ke Pesanteren Qudratullah, Palembang, Indonesia


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) bertandang ke Pesanteren Qudratullah di Palembang, Indonesia pada 5 - 7 September 2015 dalam usaha berkongsi idea berkaitan institusi pondok.

Pengerusi Eksekutif YPPM bersama meraikan Hari Kebangsaan Indonesia yang ke 70


Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim turut bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan Indonesia yang ke 70.

Wednesday 2 September 2015

Mahasiswi USIM Johan Hafazan Mabims



Pelajar Tamhidi Sains dan Teknologi (Prauniversiti), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Putri Nur Nadia Bakri, 18, mengharumkan nama negara apabila muncul johan Musabaqah Menghafaz al-Quran Serta Pemahamannya peringkat negara anggota Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims).

Putri Nur Nadia yang bertanding bagi kategori menghafaz Juz 10 al-Quran serta pemahaman Juz tujuh berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,045 (BND4,000), piala dan sijil penghargaan.

Wanita Dalam Tempoh Edah Harus Tinggal Di Rumah Suami



FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beredah) selama empat bulan 10 hari. 

Kemudian apabila telah habis masa edahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak). Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa juga yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah, ayat 234) 

Tuesday 1 September 2015

Hesa Hantar Tenaga Pengajar Sekolah Pondok Ke Sabah



Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) menghantar seramai lima tenaga pengajar pondok dan sekolah agama di bawah naungannya ke Sabah, baru-baru ini.

Ketua rombongan pendakwah Hesa, Azahari Yusof berkata, program selama lima hari itu adalah bertujuan untuk daurah pengajian kitab agama kepada pelajar sekolah pondok dan masyarakat di sekitar Kota Kinabalu.

“Kami optimis dalam membantu pendakwah di Sabah sebagai usaha menggiatkan lagi dakwah Islam di negeri itu.

“Siri jadual pengajian kitab yang dilakukan ini akan berterusan secara berkala mengikut silibus yang disusun,” katanya.

Menurutnya, penganjuran program itu juga diharapkan dapat menjadikan pelajar berkenaan sebagai pendakwah pelapis di Sabah.

“Antara aktiviti yang dilakukan ialah pengajian kitab, gotong-royong memasak dengan penduduk kampung, praktikal solat bersama mualaf, memenuhi kuliah maghrib dan subuh sekitar Kota Kinabalu serta mengajar bacaan qasidah,” katanya.

Telatah Manusia Melihat Luqman Hakim dan Anaknya



Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."