Thursday 10 September 2015

Madrasah Ahmadiah, Kota Bharu Perlu Sumbangan Baik Pulih Bangunan


Madrasah Ahmadiah, Pondok Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan ingin memohon sumbangan bagi membaik pulih bangunan yang telah mengalami kerosakan akibat banjir yang melanda negeri itu pada tahun lalu.

Madrasah yang telah dibina sejak 67 tahun lalu telah menerima sumbangan daripada orang ramai dan berjaya membaik pulih bahagian bawah bangunan. Namun begitu, sebanyak RM200, 000 hingga RM250, 000 lagi diperlukan bagi menggantikan keseluruhan atap bangunan yang bocor.





Pengerusi Jawatan Kuasa madrasah, Mustafa Apipi Hassan Hilmi berkata, pihaknya telah berjaya mengumpul sebanyak RM72,000 hasil daripada sumbangan orang ramai,namun jumlah tersebut masih belum mencukupi.

"Pihak kami ingin memohon sumbangan bagi menjayakan tujuan di atas. Madrasah ini masih digunakan lebih 450 orang pelajar bagi menjalankan setiap aktiviti harian mereka," katanya.

Setiap sumbangan boleh dibuat melalui Bank Muamalat yang bernombor 0302000122178 (Madrasah Ahmadiah).


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi :
Haji Mustafa Apipi - 0139199666
Muhd Amin Redhu - 0199134594

No comments:

Post a Comment