Wednesday 30 December 2015

Syarat Menyambut Tahun Baru



Antara syarat-syarat menyambut Tahun Baru Masihi :

1. Tidak menganggap ianya adalah satu upacara keagamaan dan tidak dianggap dianggap sebagai ibadat.

Ini adalah kerana perayaan tersebut sempena kelahiran Tuhan Jesus (pegangan Kristian) dan mereka menganggap merayakannya adalah salah satu daripada upacara ibadat dan penggagungan kepada Tuhan mereka.Ini adalah kerana Allah melarang kita menyembah dan beriktiqad sebagaimana iktiqad-iktiqad yang songsang dan batil.

Ini adalah kerana mereka (Kristian) walaupun daripada agama samawi yang dirunkan Allah namun telah dipesongkan. Tapi andainya sekadar menyambut dengan ber mujamalah (dalam bab kesopanan dan kebaikan dalam pergaulan). Firman Allah :“Katakanlah (Wahai Muhammad) : Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah !dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah ! dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah ! dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah ! untukmu agamamu dan untukku agamaku”. (Surah al-Kafirun : 1-6)

Lima Tahun Penjara Jika Orang Islam Sambut Krismas Di Brunei



Orang Islam dilarang menyambut Krismas, termasuk menghias atau mengenakan sebarang simbol perayaan tersebut, di Brunei mulai tahun ini.

Mereka yang melanggar larangan tersebut, yang diumumkan hujung tahun lalu, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, lapor AFP hari ini.

“Menggunakan simbol-simbol keagamaan [Kristian] seperti salib, menyalakan lilin, pokok Krismas dan menyanyikan lagu-lagu agama, menghantar kad ucapan … bertentangan dengan akidah Islam,” agensi berita itu memetik khutbah Jumaat seperti disiarkan dalam akhbar tempatan.

Bengkel Imam Anjuran YPPM Terima Reaksi Positif Ibu Bapa



Bengkel Imam – Malahirkan Qurratu’ Ain Ibu Bapa anjuran bersama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan pihak Masjid Negara dapat reaksi positif daripada ibu bapa peserta yang hadir.

Mereka berharap agar bengkel seperti ini dapat diteruskan bagi mengisi masa anak-anak mereka sekaligus dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai kepentingan mempelajari ilmu fardu kifayah.

Mohd.Razali Harun,bapa kepada Abdul Hafiz,10, berkata, bengkel yang dianjurkan YPPM ini merupakan satu insiatif bagi memberi pengetahuan dalam usaha melahirkan golongan imam pada masa akan datang.

Tuesday 29 December 2015

Bengkel Imam Jadi Tarikan Golongan Remaja



KUALA LUMPUR - Kira-kira 80 orang peserta yang berumur 7 hingga 25 tahun menyertai Bengkel Imam - Malahirkan Qurratu' Ain Ibu Bapa anjuran bersama Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) dengan pihak Masjid Negara sebagai pendedahan untuk menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang.

Bengkel itu diadakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pengetahuan dalam usaha melahirkan golongan imam pada masa akan datang, cabaran selain pendedahan kepada para peserta.

Pengerusi Eksekutif YPPM, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, bengkel yang dianjurkan ini diharap dapat memupuk para peserta untuk menjadi seorang imam bukan sahaja di dalam mengerjakan solat, bahkan mampu menjadi pemimpin dalam keluarga.

Tuesday 22 December 2015

Enggan taja program Maulidur Rasul. Syarikat korporat buat-buat masuk keranda?


Kita mengukir senyuman apabila wujud sebuah syarikat penerbangan yang patuh syariah dalam negara.

Penerbangan Rayani, diambil daripada gabungan nama pemiliknya, Ravi Alagendrran dan isterinnya Datuk Karthiyani Govindan.

Ya, kedua-dua daripada mereka bukan Islam, maaf, belum Islam. Mana tahu suatu masa nanti mereka mendapat hidayah Allah berikutan tindakannya yang lebih Islam daripada orang Islam.

Sepertimana tajuk, artikel ini bukanlah mengenai syarikat penerbangan Rayani.

Apa sudah jadi dengan syarikat-syarikat korporat dalam negara Malaysia terutama sekali melibatkan orang-orang Islam dan Melayu?

Ke mana hilangnya roh Islam di dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan?

Menjelang sambutan Maulidur Rasul diperingkat nasional Khamis ini, 24 Disember 2015... Apakah rasa cinta, kasih dan rindu pada Rasulullah s.a.w semakin pudar dikalangan ummah?

Sebelum ini, pantang ada program hiburan di Istana Budaya, maka berduyun-duyun syarikat korporat berebut menjadi penaja.

Bila sampai saja program berkaitan Maulidur Rasul, mereka seolah-olah buat-buat tak nampak, buat-buat tidur, buat-buat masuk keranda - mati.

Mungkin program-program sempena sambutan Maulidur Rasul ini kelihatan mundur, kolot dan tidak menguntungkan. Iyalah, sekarang sudah tahun 2015. Era moden dan canggih yang hanya berkiblatkan barat barangkali.

DARI kiri ; Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman; penyanyi rock negara, Amy Search; pelukis tempatan, Saiful Kadir dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Professor Datuk Dr. Mazliham Mohd Su'ud bergambar bersama salah sebuah lukisan khat karya Saiful Kadir semasa majlis perasmian pameran 'Cahaya Jiwa' semalam. - Foto BERNAMA

Merujuk kenyataan Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani, pihaknya terpaksa mengeluarkan dana sendiri sehingga RM80,000 bagi membiayai program Malam Kalimah Cinta Opick dan Hafiz Hamidun yang dijadualkan berlangsung esok, 23 Disember 2015.

Ini berikutan keengganan syarikat-syarikat korporat untuk bekerjasama dalam program berbentuk Islamik. Bahkan program keagamaan seperti ini disifatkan tidak mencapai standard bagi melayakkan menerima penajaan.

Hakikatnya, ini bukanlah kali pertama berlaku penolakan mentah-mentah daripada badan korporat untuk program sempena Maulidur Rasul.

Badan-badan korporat ini kelihatan lebih berminat menaja persembahan artis luar yang lebih berpengaruh.

Sedih.

Monday 21 December 2015

Tanda-tanda Kematian Mulia



Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Kehidupan Ini Untuk Apa?



Mak ayah,

Aku menulis khas buat mak ayah yang disayangi. Banyak persoalan yang terbuku dihati. Untuk berterus terang, aku tak punya kekuatan. Untuk berbicara, lidahku kelu dengan kata-kata. Untuk bersemuka, berat untuk ku aturkan sebuah langkah. Yang mampu aku lakukan hanyalah menulis sebuah coretan yang ku hadiahkan khas buat mak ayah tersayang.

Mak ayah,

Aku tertanya-tanya. Daripada masa kecilku, seringkali ku dimarahi. Terkadang bukan atas silapku sendiri. Kesilapan adik-adik, aku yang dipersalahkan. Aku yang dihukum. Aku yang dipukul dengan rotan itu. Rotan yang sama. Dengan alasan aku yang paling sulung. Sedangkan ketika itu aku hanyalah berusia 8 tahun. Masih anak kecil yang membutuhkan perhatian. Apakah silapku menjadi anak pertama? Yang akhirnya jiwa kecilku memberontak. Dari sehari ke sehari aku berkata pada diriku sendiri. Aku ingin menutup telingaku daripada mendengar kata-kata mak ayah. Oleh sebab mak ayah sendiri tak pernah mendengar kata-kataku walaupun yang benar. Jadilah aku seorang anak yang degil.

Mak ayah,

Pada usiaku menginjak 13 tahun, aku dihantar ke sekolah berasrama penuh. Di situ, kami disuruh untuk solat berjemaah pada setiap waktu. Mulanya aku liat. Terasa amat payah lebih-lebih lagi pada waktu Subuh. Di rumah, tak pernah pula aku diajak untuk solat berjemaah pada setiap waktu. Mak ayah sekadar bertanya sama ada aku sudah solat atau belum. Di sini untuk minggu pertama, selalu aku terlambat untuk memulakan solat berjemaah bersama. Jadi, bila jemaah sudah masuk ke rakaat kedua, ketiga, keempat, aku tinggal terpinga-pinga. Bagaimana aku mahu masuk solat jemaah? Kerana mak ayah tak pernahpun mengajarku berkenaan “makmun masbuk”. Sehinggalah aku perlu belajar sendiri di sekolah.

Mak ayah,

Setelah tamat pelajaran di sekolah menengah, aku berjaya masuk ke universiti tempatan. Aku mula bergaul dengan teman-teman yang datang daripada berlainan latar belakang. Di sini aku sudah tidak di”paksa” untuk solat berjemaah lagi. Semua orang hidup dengan cara tersendiri. Pada awalnya aku masih rajin untuk pergi ke surau kolej kediaman. Tapi, lama kelamaan aku sangat sibuk dengan assignments yang bertimbunan. Solat pun makin aku lambat-lambatkan. Terkadang aku cepat-cepat solat untuk mengejar waktu menghadiri kuliah. Bila menelefon mak ayah, mak ayah tak pernah bertanyakan tentang solatku. Jadi tinggallah aku untuk menentukan cara hidupku sendiri. Solatku tetap tak pernah ku tinggalkan, namun hatiku sedikitpun tak terasa bertaut dengan ibadahku. Aku lakukan hanya sekadar untuk melengkapkan rutin harian.

Mak ayah,

Makin lama aku terasa diriku makin kosong. Aku seperti hilang arah tujuan. Aku penat dengan studyku. Aku penat dengan kehidupanku. Aku tiba-tiba bertanya kepada diriku sendiri. Sebenarnya, untuk apa aku hidup di dunia ini? Adakah semata-mata untuk study? Adakah semata-mata untuk mengumpul kekayaan? Adakah semata-mata untuk bekerja? Adakah semata-mata untuk berkahwin, mempunyai anak? Dan selepas tu??

Mak ayah,

Pada suatu hari, aku bertanya kepada seorang kakak yang rapat denganku kerana aku bingung tentang apa makna sebuah kehidupan. Dia yang tersenyum mesra terus menyebut bait-bait ayat Al-Quran yang selalu aku baca, tapi tak pernah sedikitpun aku tahu maksudnya,

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Adz-Zariyat:56)

“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang berada di antara keduanya kecuali dengan Haq” (Al-Hijr:85)

“Bukankah Aku telah mengambil perjanjian (perintahkan) kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan):hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus“ (Yasin:60-61)

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minun:115)

Mak ayah,

Aku kan anakmu. Aku kan adalah amanah Allah untukmu. Tapi adakah kalian telah melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadamu. Di mana janjimu pada Allah tika mana Dia menganugerahkan aku pada kalian berdua? Di mana janjimu pada Allah untuk menunjukkan kepadaku jalan mana yang sepatutnya aku ikuti? Jalan yang akan mendekatkan aku dengan Yang Maha Esa. Aku dibiarkan hanyut dalam gelombang kehidupan, ibadah yang diringan-ringankan, pergaulan lelaki dan perempuan yang tiada batasan, pakaianku yang membalut aurat dibiarkan, cukuplah selagi aku masih bertudung. Adakah sehelai tudung cukup untuk mendefinasikan kehidupan sebenar seorang Muslimah?

Mak ayah,

Aku tak tahu. Tolong, ajarilah aku apa makna sebenar sebuah kehidupan. Dalam neraca Islam.

Salam sayang,

Anakmu.

“Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak adalah anugerah Allah. Yang dilahirkan suci bersih ibarat kain putih. Ibubapalah yang mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mencorakkannya.

Nota yang ditulis di atas adalah sekadar satu rekaan. Tapi jika kita perhatikan secara realitinya, tidak mustahil untuk ada dikalangan anak-anak yang mungkin ingin meluahkan hal yang sama dengan tulisan di atas. Anak-anak yang tertanya-tanya, adakah ibubapa sudah melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah kepada mereka. Tanggungjawab untuk mengajarkan anak-anak tentang ilmu agama yang secukupnya, tentang Islam yang sebenar-benarnya, tentang matlamat kita hidup di dunia.

Dan jika soalan ini tidak ditanyakan di sini, mungkin bakal dipersoalkan di akhirat nanti.

Cukupkah sekadar menyuruh solat lima waktu? Cukupkah sekadar mengajar bagaimana membaca Al-Quran? Cukupkah sekadar mengajak puasa bersama-sama? Cukupkah sekadar menghantar anak-anak menghadiri kelas-kelas agama? Tanpa kita sendiri yang menunjukkan tauladan yang sebenarnya kepada anak-anak. Tanpa diberikan penjelasan yang mendalam tentang Islam, tanpa memberikan kefahaman sejelas-jelasnya kepada anak-anak bahawa Islam itu bukan sekadar sebuah agama semata-mata. Sedangkan Islam yang sebenar-benarnya adalah satu cara hidup. Islam is the way of life.

Saya teringat pertanyaan seorang kakak kepada saya pada awal tahun ini. Persoalannya tentang apakah yang membezakan kita seorang manusia sebagai ibu kepada seorang anak jika hendak dibandingkan dengan seekor buaya yang merupakan ibu kepada anaknya.

Kelu untuk memberikan jawapan selain daripada perbezaan manusia dan seekor buaya, kakak itu tersenyum sambil berkata bahawa perbezaannya adalah di mana seekor ibu buaya hanya mengajar anaknya cara untuk survive di dunia. Cara untuk mencari bekalan untuk hidup supaya tidak mati kelaparan dan juga cara bagaimana untuk melarikan diri daripada pemangsa dan pemburu untuk meneruskan kehidupan.

Berbeza dengan seorang manusia sebagai ibu. Seorang manusia bukan hanya mengajar anaknya bagaimana mencari bekalan untuk meneruskan hidup di dunia, tapi juga bagaimana caranya untuk mencari bekalan yang cukup untuk dibawa ke akhirat sana.

Ini mungkin hanyalah sekadar sebuah perumpamaan untuk membuatkan kita benar-benar berfikir. Untuk kita imbas kembali perjalanan sebuah kehidupan.

Bagi yang sudah mempunyai anak, sebanyak mana sudah ilmu agama telah kita ajarkan kepada anak-anak. Adakah benar cara kita membesarkan anak-anak sudah selari dengan apa yang dituntut Islam?

Bagi yang belum mempunyai anak, sebanyak mana pula persiapan yang ada pada diri sendiri untuk mengajarkan tentang Islam kepada anak-anak yang bakal dilahirkan. Sebanyak mana guidelines yang mampu kita berikan kepada anak-anak untuk menuntun diri mereka dalam misi mencari bekalan secukupnya sebelum pulang ke kediaman yang abadi di akhirat nanti. Jangan kita menyamakan diri sendiri dengan ibu buaya, menunjukkan anak-anak jalan untuk mendapatkan bekalan sekadar cukup untuk hidup di dunia saja.

Benar, jika terdapat kekurangan di mana-mana, kesalahan bukanlah terletak sepenuhnya ke atas ibubapa yang mungkin masih belum menyedari hakikat kehidupan yang sebenar. Namun, bagi kita yang sudah disapa hidayah kesedaran, yang tahu makna sebenar sebuah kehidupan, biarlah kita yang meletakkan diri sebagai peneraju untuk menjadi ibubapa contoh dalam membina generasi harapan seterusnya. Biar si kecil itu tahu apa matlamat hidupnya di dunia. Biar si kecil itu sedar apa agenda yang perlu dia bawa sepanjang hidupnya.

Jadi, dengan waktu yang masih tersisa, mari kita sama-sama memperbaiki diri sendiri untuk memimpin cahaya mata penyejuk hati. Moga mampu kita tersenyum bangga di kemudian hari sambil berkata, “Itulah anak kami.” Satu kata yang bakal dirindui untuk disebut di syurga nanti.

“Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak-anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga jika kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan…” (Imam As-Sajjad ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib)

Sumber :Islamituindah

Cara Menjana Pahala Di Facebook



Beberapa amalan mudah dan mampu dibuat oleh sesiapa sahaja untuk menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook adalah seperti berikut:

1. Update status anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadis, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah.

Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi penyebab kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Tapi awas! jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.

2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda sebarkan status tersebut. Gunakan kemudahan share untuk tujuan perkongsian, atau copy paste sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.

3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang betul-betul), bolehlah mengiklankan program tersebut di laman Facebook masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil faedah dari majlis-majlis yang berkat.

4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika setiap kelurga mempunyai group tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.

5. Jika anda mempunyai komen bernas dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh adab dan sopan seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.

6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Allah SWT supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.

Wallahu a’lam.

Sumber :Islamituindah

Thursday 17 December 2015

Sumbangan peralatan madrasah di perlukan


Madrasah Nur Ikhwan, Keningau, Sabah memohon sumbangan orang ramai untuk mendapatkan peralatan-peralatan bagi melancarkan proses pembelajaran serta keselesaan buat para pelajar.

Akhlak Remaja Melayu Semakin Parah



Proses mendidik dan membentuk anak-anak mengikut acuan ajaran Islam bukanlah perkara mudah. Ini menuntut komitmen serta kesabaran tertinggi daripada ibu bapa.

Terdapat ulama yang berpandangan untuk membangunkan peribadi solehah anak-anak perempuan adalah melalui penghayatan dan pemahaman intipati yang terkandung dalam surah an-Nur.

Surah ini sangat sesuai untuk membangunkan jiwa dan rohani remaja wanita kerana di dalamnya banyak menyebut tentang penjagaan maruah dan hukum-hukum penting tentang kekeluargaan.

Jangan Salahkan Semua Muslim Kerana Sekumpulan Pengganas



“Jangan salahkan seluruh populasi Muslim hanya kerana tindakan sekumpulan pengganas yang mengaku mereka Islam.”

Demikian kata-kata terbaharu aktivis hak asasi manusia kanak-kanak, Malala Yousafzai melalui temu bual bersama Jon Snow di Channel 4 News yang disiarkan pada 14 November lalu.

Menurut Malala, semangat kebencian yang disebarkan secara meluas pada hari ini hanya akan mencipta lebih banyak pengganas.

“Hanya kerana kepercayaan mereka (Muslim) berbeza, ia tidak bermakna mereka pengganas dan hanya kerana ada kumpulan yang mengaku sebagai kumpulan Islam dan melakukan keganasan, tidak sepatutnya semua populasi Islam dipersalahkan.

Kursus tahunan mantapkan jati diri dan iman pelajar


Acara tahunan Kursus Jati Diri dan Bina Iman yang diadakan di Madrasah Nur Ikhwan, Keningau, Sabah memberi penekanan khusus buat para peserta supaya mencintai Allah.

Bukan sekadar melahirkan perasaan cinta semata-mata tetapi juga menanam perasaan kasih yang mendalam seorang makhluk kepada Yang Maha Pencipta.

Taubat, Muhasabah Diri Ubati Penyakit Rohani



Manusia mempunyai dua badan iaitu jasmani (tubuh kasar) dan rohani (tubuh halus). Kedua-dua unsur ini saling melengkapi dan mempengaruhi antara satu sama lain. Demi mendapat kebahagiaan hakiki, rohani dan jasmani perlu diletakkan di landasan diredai Allah .

Rohani atau disebut juga batin, jiwa atau kalbu, sangat berkait rapat dengan tindak-tanduk manusia. Jika rohani tidak sihat atau sakit, sudah tentu tindak-tanduk manusia akan menyeleweng daripada landasan syariat.

Oleh itu, menjadi kewajipan dan tanggungjawab setiap manusia menjaga dan memelihara jiwa supaya tidak dilanda pelbagai penyakit.

Wednesday 16 December 2015

Balasan Syurga Bagi Mukmin Yang Menjawab Azan



Balasan Syurga Untuk Mukmin Yang Menjawab Azan Dengan Hati Yang Ikhlas Dan Akan Mendapat Syafaat Nabi SAW Jika Di Iringi Dengan Doa Selepas Azan.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kalian mendengar seruan (untuk solat), maka sahutlah (kalimat demi kalimat) sebagaimana yang dikumandangkan oleh muazin.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kisah 5 Golongan Yang Disebut Dalam Al Quran



Dalam al-Quran, Allah SWT menceritakan pelbagai jenis kisah untuk kita teladani dan jadikan iktibar sebagai panduan dalam kehidupan sehari-hari. Allah SWT tidak hanya mengisahkan perihal kisah kaum terdahulu, tetapi juga pelbagai bentuk akidah, ibadah, muamalat dan sebagainya.

Allah SWT ada menjelaskan mengenai jenis wanita dalam al-Quran. Allah SWT kisahkan semua cerita ini untuk hamba-Nya, khususnya wanita bagi diaplikasikan dalam kehidupan yang sedang dijalani.

Ada antara yang bersifat positif dan ada yang bersifat negatif. Ada yang patut dicontohi, dan semestinya ada yang harus kita jauhi. Lima jenis wanita diceritakan dalam al-Quran buat panduan kita semua.

7 Tanda Rezeki Diberkati Allah SWT


1) Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita ada. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petandanya sebab orang yang dapat rezeki tanpa keberkatan akan rasa sentiasa dalam kekurangan dan tidak puas dengan apa yang dia ada. Contohnya bila dapat duit, duit tu rasa sekejap saja habis. tapi kalau duit tu ada keberkatan, boleh cukup belanja sebulan dan boleh sampai tahap cukup buat simpanan.

2) Bila perilaku atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia, ia boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup.

3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat dan juga melakukan amal ibadah yang lain, maka boleh lah dikatakan yang rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi boleh melakukan ibadah umrah atau haji. Boleh jadi kenapa sebahagian daripaad kita susah sangat nak solat sebab rezeki kita tak diberkati.

Tuesday 15 December 2015

Ubah Sukatan Pelajaran Tangani Militan


Perubahan besar terhadap sistem dan sukatan pendidikan agama dengan memantapkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) perlu dilakukan dalam usaha menangani ancaman fahaman militan di negara ini.
Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali berkata, sukatan subjek Agama Islam perlu dibersihkan daripada elemen-elemen yang boleh menjadi benih kepada ekstremisme dan sikap takfiri iaitu fahaman yang mudah mengkafirkan umat Islam lain yang mempunyai pandangan berbeza, seperti ajaran tauhid tiga gaya Wahabi.

Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP Semarak Pengajian Islam



Pondok Moden Al-A’baqirah, yang terletak di bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kampung Baru, dengan 44 orang pelajar, mendapat pujian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sekolah pondok tersebut yang telah beroperasi pada bulan Ogos lalu ditubuhkan oleh (MAIWP) menggunakan konsep pembelajaran pondok moden yang berteraskan kitab-kitab turath dan disokong dengan pembelajaran akademik.

Bantuan tambah baik keselamatan pondok


Maahad Tahfiz Annabawi yang terletak di Jerantut, Pahang memohon sumbangan orang ramai, badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun korporat bagi tujuan tambahbaik infrastruktur keselamatan di pusat pengajian mereka.

Persekitaran madrasah yang terdedah itu memerlukan sumbangan bagi membeli keperluan membina pagar.


Madrasah ini memerlukan struktur pagar dengan ketinggian 6f sementara keluasannya 1587f.

Orang ramai yang berhasrat merebut saham akhirat ini bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank CIMB 8602386289  atas nama Maahad Tahfiz An Nabawi Jerantut. Hubungi 0148266 327 untuk keterangan lanjut.

Thursday 10 December 2015

Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

Kisah Seorang Imam dan 20 Sen



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Wednesday 9 December 2015

Asma’ Binti Umais, Muslimah Pilihan

muslimah_pilihan
Ibnu Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah Asma binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.

Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi ]

Perkahwinan dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka Muhammad bin Abu Bakar menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.

Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang pertama. Beliau adalah isteri ke enam bagi Ali ra.

Perkhwinan dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil riwayat ini dari Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari ummul walad [Ummul walad adalah hamba wanita]. Dalam hal ini kita dapati ada perselisihan pendapat penulis sejarah.

FITNAH PERIHAL RENGGANGNYA KELUARGA ABU BAKAR RA. DENGAN KELUARGA ALI RA.

Suatu yang istimewa dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Sitti Fatimah r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan melayaninya dengan penuh kasih-sayang semasa sakit hingga detik-detik terakhir hayatnya.

Kalau demikian rapat hubungan Asma ra dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia. Jadi bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali ra dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah dirahsiakan dari pengetahuan Abu Bakar ra.

Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a hanya ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!

HIJRAH ASMA’ KE MADINAH

PERJALANAN dari Habsyah ke Madinah terasa begitu lama. Rindu pada insan mulia, anak saudara suaminya sendiri, membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta terhindar daripada gangguan kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.

"Jauh lagikah? Saya tidak sabar tiba di Madinah. Inilah yang saya harapkan sekian lama;' kata Asma' binti Umais pada suaminya, Jaafar bin Abi Talib yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.

"Insya-Allah tidak lama lagi;' jawab J aafar lirih.

Jaafar memandang ketiga-tiga anaknya yang dilahirkan di Habsyah iaitu Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih kecil dan belum mengerti apakah yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah mereka. Mereka belum tahu erti perjuangan menegakkan agama Islam.

Namun, di bawah didikan Rasulullah nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar menjadi pejuang-pejuang agama yang memiliki iman yang kental.

Jaafar kemudian menoleh pada isterinya. "Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu Abdullah?" Jaafar cuba menduga hati Asma'.

Asma' termenung mendengar pertanyaan suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke sana bersama segelintir kaum Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri daripada gangguan kafir Quraisy.

Selama tujuh tahun, mereka begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada mereka. Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat tempat yang istimewa dalaM keluarga raja itu.

Ini terbukti apabila Najasyi menamakan puteranya nama yang serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma' menyusukan puteranya bersama-sama anaknya.

"Abdullah anak susuan saya dan bumi Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya pada Rasulullah dan negara Islam Madinah, tidak ada tolak bandingnya;' jawab Asma'.

Jaafar terangguk-angguk mendengar kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar Rasulullah sedang menunggu kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui kita semua kata Jaafar.

Selepas menempuh perjalanan yang lama, akhimya rombongan mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang meraikan kemenangan mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang Khaibar.

"Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.

Muslimah Pilihan

Ketika itulah Jaafar dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.

Sebaik sahaja beliau melihat Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.

"Demi Allah, aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan Khaibar kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.

Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada Rasulullah.

"Isteriku, saya telah mendapat perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke Syam memerangi tentera Byzantine;' ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu hari.

"Siapakah yang memimpin tentera Muslimin?" soal Asma'.

"Zaid bin Harisah. Akan tetapi, sekiranya dia syahid, sayalah yang menggantikan tempatnya jawab Jaafar, "Pergilah suamiku. Semoga Allah memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin” kata Asma' kepada suaminya.

Seluruh umat Islam temanti-nanti kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar berita sama ada kaum Muslim memperoleh kemenangan atau sebaliknya.

Hati Asma' bergetar apabila Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah mendekati ketiga-tiga anak Asma', lalu mencium mereka dengan , mata berlinangan.

"Wahai Rasulullah, apakah yang membuatkan anda menangis? Adakah anda telah mendapat khabar tentang Jaafar dan sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.

"Benar, dia telah gugur syahid hari ini” jawab Rasulullah ringkas.

Mendengar jawapan Rasulullah itu, Asma' tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia menangis teresak-esak di samping anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar demi mengharapkan reda Allah .

ASMA’ MENJADI ISTERI ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Tidak lama sesudah itu, Asma' berkahwin dengan Abu Bakar as-Siddiq selepas isteri beliau, Ummu Rumaan meninggaI. Asma' terus setia di samping Abu Bakar, sehingga beliau dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah wafat. Asma' juga bersabar ketika menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit kuat.

"Asma', apabila aku meninggal dunia, mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu agar dirimu lebih kuat:” pesan Abu Bakar apabila dia merasakan maut semakin menghampirinya.

"Baiklah:” jawab Asma' sambil matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul maut.

Tidak lama kemudian, lnnalillahi wainna ilaihirojiun.

Asma' berasa sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan jenazahnya.

Asma' kembali bersendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.

ASMA’ MENJADI ISTERI ALI BIN ABI TALIB

Sedih yang dialami oleh Asma' segera diubati oleh Ali bin Abi Talib. Beliau datang meminang Asma' selepas Fatimah az-Zahra meninggal.

Ketika Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum muslimin dalam menghadapi peristiwa-peristiwa besar.

Demikianlah Asma' binti Umais, wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin iaitu Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Semoga Allah merahmatinya.

Asma' amat mencintai ketiga-tiga suaminya. Katanya, "Aku tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa Arab yang lebih baik daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya yang lebih baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya dibandingkan kedua-duanya".

Kasihi, Utamakan Anak-anak Yatim



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya. ”[Riwayat Ibnu Majah]

Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira.

Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim dimana bapanya Abdullah meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan baginda ketika usia baginda 8 tahun.

Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : “Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim.

Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya. ”

Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu.

Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firman-Nya dalam ayat 1-2 surah al-Ma'un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !”

Istiqamah Dalam Amalan


Sifat Istiqamah membawa maksud tetap atau berpendirian teguh atas kebenaran. Secara umumnya, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah atau berpaling tadah walau apa jua keadaan. Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan RasulNya dalam Surah Fusilat Ayat 6 yang bermaksud “Katakanlah ( Wahai Muhammad ): “Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya”.

Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah. Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredai Allah SWT.

Ini meliputi sikap dedikasi, rajin, tidak mudah putus asa, sentiasa menegakkan kebenaran dalam perbuatan seharian.

Perjuangan dalam hidup manusia amat luas dan berbeza-beza. Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa. Firman Allah Taala didalam Surah Yusof Ayat 87 ertinya “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

Istiqamah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh seseorang itu,tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian. Ia memerlukan keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang teguh. Apabila kita diberikan kekuatan melakukan sesuatu kebaikan keimanan dan ketakwaan akan memberikan kita kekuatan dan motivasi untuk melaksanakannya secara konsisten. Walaupun adakalanya amalan tersebut nampak kecil, tetapi kebaikan yang dilaksanakan secara istiqamah itu akan memberikan impak tabiat yang baik kepada pelakunya secara berterusan. Menurut Ustaz Muhamad, mereka yang membuat amalan yang istiqamah akan diberikan ganjaran pahala walaupun pada satu-satu ketika mereka tidak mampu melaksanakannya lagi.

Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walaubagaimanapun, sebagai insan yang lemah kita memerlukan syarat-syarat dalam melaksanakan amalan kebaikan agar ianya dapat sentiasa memandu kita dalam jalan yang benar. Ustaz Muhamad berkata ini kerana dalam beristiqamah akan ada cabaran-cabaran yang akan menggangu kita, justeru itu Allah SWT juga memberikan panduan dalam memohon doa-doa untuk beristiqamah untuk memotivasikan diri.

Terdapat tiga syarat dalam Istiqamah. Yang pertama adalah Niat. Niat adalah memasukkan dalam hati untuk beristiqamah. Teguhkan dan ajarkan hati untuk berniat melakukan perkara-perkara baik setiap hari. Ini kerana setiap amalan itu bermula dengan niat dan kita akan diberi ganjaran bersadarkan niat kita. Selain meniatkan hati untuk membuat amalan baik sematkanlah niat untuk beristiqamah juga. Mudahkanlah hati dan fikiran untuk berniat membuat kebaikan dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada diri dan orang lain terutamanya pasangan dan keluarga.

Syarat kedua adalah mengurangkan pilihan dalam membuat amalan. Beliau menjelaskan bahawasanya lumrah manusia sekiranya berhadapan dengan banyak pilihan tugasan, ia akan membuat pilihan yang paling ringan atau mudah sahaja. Maka utamakanlah perkara-perkara yg ‘utama’ dalam membuat amalan. Elakkanlah memilih benda yang ringan sahaja, tetapi pilihlah yang paling utama. Tidak ada manusia yang terlalu sibuk untuk sesuatu, iaadalah satu pilihan seseorang dalam memberi keutamaan terhadap apa yang dilakukannya. Oleh itu tentukanlah keutamaan dalam hidup kita dan ini akan menghasilkan istiqamah dalam amalan-amalan.

Seterusnya syarat yang ketiga adalah memperbanyakkan Doa. Doa itu senjata bagi orang-orang beriman, ia adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon didengar oleh Allah SWT. Allah SWT tidak suka kepada hambaNya yang tidak pernah memanjatkan doa. Ini jelas berdasarkan firmanNya “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. Surah Al-Mu’min Ayat 60. Justeru dalam usaha beristiqamah melakukan ibadah dan kebaikan, mintalah bantuan dari Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran.

Setelah berusaha menunaikan syarat-syarat beristiqamah, seterusnya terdapat beberapa perkara yang boleh membantu kita untuk memudahkan amalan yang istiqamah. Perkara yang pertama adalah memiliki Sahabat Baik. Sahabat yang baik adalah yang mengajak kepada kebaikan. Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.” Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” [Hadis riwayat aTirmizi dan Abu Dawud].

Maka carilah teman baik yang dapat membantu. Teman paling baik juga ialah apabila kita melihat wajahnya, kita akan teringat kepada Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya kita akan mengingati mati. Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Yang kedua yang dapat memandu kita dalam beristiqamah adalah suasana yang bagus. Ini penting kerana suasana sekeliling akan membentuk dan mempengaruhi kita. Bentuk suasana bahagia di dalam rumahtangga kita. Selain memilih sahabat yang baik, dekatkanlah juga ahli keluarga dengan orang yang kita lihat boleh menjadi contoh tauladan yang baik agar dapat bersama-sama berusaha melakukan istiqamah. Melakukan perkara-perkara baik secara berjemaah lebih mudah dan bersemangat daripada berseorangan.

Perkara yang ketiga membantu usaha beristiqamah adalah Ilmu. Sudah seringkali Rancangan Pesona D’Zahra mengingatkan tentang pentingnya ilmu dalam kehidupan seseorang. Seseorang itu akan dibentuk dengan apa yang ada di fikiran mereka. Hanya dengan ilmu, ia merupakan instrument sokongan dalam kita membezakan apa yang baik dan yangg buruk. Hanya dengan ilmu sahajalah kita akan dapat membuat pilihan-pilihan baik. Kerana itulah amat penting untuk sentiasa mencari ilmu dan belajar dengan hadir dimajlis-majlis ilmu. Dengan mengetahui sebab, hikmah dan ganjaran setiap perintah Allah SWT, akan memudahkan kita melakukan perkara kebaikan, ibadah dan menjauhi amalan atau perbuatan yang buruk.

Kita juga perlu sentiasa berwaspada dengan cabaran dalam usaha beristiqamah. Pertamanya adalah Bisikan Syaitan. Bisikan syaitan adalah suara yang berbisik-bisisk didalam hati manusia yang datang dari golongan jin dan manusia. Sudah diketahui bahawasanya dalam kehidupan ini kita mempunyai musuh yang akan sentiasa menggoda kita untuk menjauhi amalan baik dan membuat perkara yang dimurkai Allah SWT. Sifat bisikkan syaitan ialah ‘merancang’. Itulah kerja syaitan yang telah berjanji dengan Allah untuk menyesatkan manusia. Bisikan itu akan membuatkan kita untuk malas membuat amalan, menghilangkan ikhlas dalam hati, dan membuatkan rasa payah dalam membuat amalan. Maka kuatkanlah hati dengan memintalah perlindungan dari Allah supaya dijauhi dari ganguan syaitan.

Cabaran yang kedua adalah nafsu . Jika bisikan syaitan itu bersifat merancang, sifat nafsu pula adalah ‘merengek-rengek’. Ustaz Muhamad berkata Nabi Muhamad SAW bersabda “’NAFSU’ itu duduk diantara dua lambung kamu dan merupakan sebesar-besar musuh kamu. Nafsu itu mengajak kearah kejahatan.”

Yang terakhir disebut sebagai cabaran beristiqamah adalah Mazmumah iaitu kelemahan diri kita. Bagi menghadapi cabaran ini hendaklah kita sentiasa berusaha memperbaiki diri sepertimana kita sering diperingatkan untuk bermuhasabah dari masa ke masa. Berdoalah agar sentiasa diberikan hidayah untuk menilai diri dan memohon kekuatan dalam melaksanakan ketaatan. Ustaz Muhamad turut menganjurkan agar setiap dari kita memperbanyakkan zikir dalam mengingati Allah seperti lafaz “La haulawala quwwataillah billahil aliyyil adzim – dan semoga diberi dua perkara iaitu kekuatan untuk berbuat baik dan kedua diberi pula kekuatan utk Istiqamah.

Oleh : Hajah Mazlina Ismail.
Penulis merupakan penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm).