Thursday, 17 December 2015

Kursus tahunan mantapkan jati diri dan iman pelajar


Acara tahunan Kursus Jati Diri dan Bina Iman yang diadakan di Madrasah Nur Ikhwan, Keningau, Sabah memberi penekanan khusus buat para peserta supaya mencintai Allah.

Bukan sekadar melahirkan perasaan cinta semata-mata tetapi juga menanam perasaan kasih yang mendalam seorang makhluk kepada Yang Maha Pencipta.


Antara pengisian yang terdapat di dalam kursus tahunan ini adalah seperti pengurusan diri, ujian keimanan dan pengurusan jenazah.


Seramai 25 orang melibatkan pelajar lelaki dan perempuan ketika ini sedang berusaha untuk menghabiskan kursus tersebut yang berlangsung dari 8 - 23 Disember 2015.

Sebelum ini seramai 30 orang pelajar menyertai program sama pada tahun 2012. Sementara seramai 20 orang pelajar mengikutinya pada tahun 2013 manakala 35 peserta bagi tahun 2014.


Kursus Jati Diri dan Bina Iman ini kemudiannya diserikan dengan acara kemuncak menjelang Sambutan Maulidur Rasul seterusnya program Malam Penghayatan yang dijadualkan pada 30 Disember 2015.

Madrasah Nur Ikhwan yang mula ditubuhkan sekitar tahun 2011 ini pernah mencipta kejayaan apabila memperoleh keputusan kelulusan terbaik Sijil Rendah Agama bagi kawasan pedalaman.

Bahkan turut mencipta rekod sebagai kontinjen terbaik dalam majlis selawat peringkat daerah Keningau dua tahun lepas.




No comments:

Post a Comment