Tuesday 15 December 2015

Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP Semarak Pengajian Islam



Pondok Moden Al-A’baqirah, yang terletak di bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kampung Baru, dengan 44 orang pelajar, mendapat pujian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sekolah pondok tersebut yang telah beroperasi pada bulan Ogos lalu ditubuhkan oleh (MAIWP) menggunakan konsep pembelajaran pondok moden yang berteraskan kitab-kitab turath dan disokong dengan pembelajaran akademik.


Memberitahu Buletin IKIMfm, Datuk Seri Jamil Khir berkata beliau sangat berbangga dengan pencapaian murid-murid pondok berkenaan yang telah berjaya menghafaz kitab matan al-Ajrumiyah dan matan hadith 40 imam nawawi dalam tempoh yang singkat.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan logo dan laman web rasmi Pejabat mufti Wilayah di kuala lumpur.

Sementara itu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, selain yuran pendaftaran berjumlah RM500, segala kos pembelajaran untuk murid-murid sekolah pondok itu dibiayai oleh MAIWP, termasuk penginapan dan makanan.

Dalam perkembangan lain, Pejabat Mufti Wilayah telah membuat penjenamaan semula laman web rasmi mereka untuk memberi ruang yang lebih meluas kepada umat Islam mendapatkan pencerahan tentang sebarang kemusykilan agama.

Datuk Seri Jamil Khir berkata, melalui konsep Bayyan Linas, Pejabat Mufti Wilayah telah Berjaya merungkai pelbagai isu agama termasuk tentang isu MH17, terorisme dan isu-isu lain yang berbangkit.

Sumber :Ikimfm.my

No comments:

Post a Comment