Monday 14 September 2015

Aidiladha Disambut 24 September Ini



Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan, umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 24 Sept,

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 Sept 2015.


"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 Sept 2015," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini.

Sumber : Bernama.

No comments:

Post a Comment