Skop pergaulan pada hari ini sangat luas . Alangkah baiknya jika umat Islam dapat menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai asas kepada ajaran Islam ..
Pemakaian pakaian yang menutup aurat sepenuhnya sebagaimana diluar rumah sehingga didalam rumah , bilik tidur , asrama dan sebagainya apabila bersama dengan wanita bukan muslim sangat menyusahkan dan menyukarkan kehidupan wanita muslimah . .
Islam ialah agama yang tidak membebankan ..
Isu berkaitan aurat wanita muslimah dengan wanita bukan muslim , ia sama seperti aurat sesama wanita . ツ
Apa .. ? korang tak percaya .. ?
Ok takpe , ana terangkan yerr . .
Terdapat dalil yang mengatakan bahawa :
" Seorang wanita bukan muslim telah datang berjumpa dengan Aisyah r.a lalu dia memasuki rumahnya . Ketika itu Aisyah r.a tidak menutup auratnya dan tidak disuruh pula untuk menutup aurat . "
"Telah berkata Asma' bahawa beliau telah berjumpa dengan ibunya yang bukan muslim dan Nabi Muhammad SAW membenarkan Asma' duduk dengan ibunya tanpa menutup aurat ."
Prof. Mohammad Ali As-Saayis didalam Kitab Tafsir Ayat al-Ahkam (halaman 164) telah menyatakan ,
"Wanita Muslimah dibolehkan untuk menzahirkan sebahagian auratnya kepada wanita bukan muslim sebagaimana ia boleh menzahirkan auratnya dihadapan wanita muslimah yang lain . "
Ini adalah salah satu pendapat daripada dua pendapat dalam kalangan ulama Hanafiyyah dan Syafiyyah . Imam al-Ghazali juga membenarkan pendapat ini daripada ulama Syafiyyah dan juga Imam Abu Bakar Ibnu al-'Arabiy .
Fatwa Kerajaan Malaysia Mengenai Hal ini :
Tarikh Keputusan : 1 Januari 1970
Keputusan :
Terdapat dua pendapat berkaitan hal ini.:
1. HARUS bagi wanita bukan muslim melihat anggota tubuh wanita muslimah yang terdedah pada kebiasaannya seperti kepala , tengkuk/leher , lengan dan hujung betis ketika menjalankan pekerjaan . HARAM baginya melihat anggota yang lainnya ..
2. HARUS bagi wanita bukan muslim melihat aurat wanita muslimah KECUALI anggota diantara pusat dan lutut .
Namun !
Jika dibimbangi berlaku keburukan yang lain seperti bimbang wanita bukan muslim akan menceritakan ciri-ciri tubuh badan wanita muslimah kepada lelaki ajnabi , maka ketika itu WAJIB keatas wanita muslimah untuk menutup aurat tidak kira dihadapan wanita bukan muslim mahupun wanita muslimah yang rosak akhlaknya ..
Nauzzubillahi min zalik . .
Sumber : Wanahsafwanah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment