Monday 7 September 2015

Pengerusi Eksekutif YPPM bersama meraikan Hari Kebangsaan Indonesia yang ke 70


Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim turut bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan Indonesia yang ke 70.


Majlis ini berlangsung di Hotel Royal Chulan, Indonesia pada 3 September 2015 baru-baru ini.

Tarikh keramat 17 Ogos merupakan hari manis buat negara Indonesia apabila mencapai kemerdekaan pada tahun 1945.

Kedua-dua negara Malaysia - Indonesia telah menjalin hubungan dua hala sejak sekian lama. Ia termasuklah hubungan akrab melibatkan institusi pondok yang kini diperhebatkan hasil inisiatif YPPM.

Kunjungan hormat dan lawatan kerja YPPM ke pondok-pondok di Indonesia sering diadakan sebelum ini dengan membawa agenda perbincangan serta bertukar buah fikiran dalam usaha memartabatkan institusi pondok.

No comments:

Post a Comment