Dunia ketika ini menfokuskan pertelingkahan yang berlaku di negara Arab apabila hubungan diplomatik Saudi - Iran telah diputuskan secara rasmi pada Ahad baru-baru ini.
Ia berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran selepas terjadi bantahan hukuman pancung terhadap ulama Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr.
Sementara rakyat dan pemerintah Iran menyifatkan hukuman itu menyalahi undang-undang antarabangsa dan kemarahan itu telah menyebabkan tindakan memprotes serta serangan di kedutaan Arab Saudi di Tehran.
Foto Reuters |
Khabarnya, kebanyakkan negara-negara yang pro-Arab Saudi sedang menyemak semula hubungan negara masing-masing dengan Iran.
Nampak gayanya, usaha memerangi puak Syiah mula memuncak. Sewajarnya empayar pemecah belah umat Islam seperti golongan tersebut tidak perlu diberikan muka lagi.
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah, dan jangan sekali-kali kamu bercerai berai.” (Ali Imran : 102)
“Dari sahabat Mu’awiyah bin Abi Sufyan r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Dan (pemeluk) agama ini akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan akan masuk neraka, dan (hanya) satu golongan yang masuk surga, yaitu Al Jama’ah.” (HRS Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Abi ‘Ashim dan Al Hakim, dan dishohihkan oleh Al Albani)
No comments:
Post a Comment