Tuesday 19 January 2016

Asrama Sekolah Pondok Musnah Terbakar



Sebuah asrama di sekolah pondok di Kampung Dato Haji Ahmad Rozali, Dengkil, Sepang, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9 malam tadi. 

Bagaimanapun, tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian itu. 

Jurucakap bomba berkata, 16 anggota dari Balai Bomba Cyberjaya serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam dan tiba kira-kira 10 minit kemudian. 


"Asrama yang berkeluasan 93 meter persegi itu musnah 100 peratus di tingkat atas. Kerja pemadaman masih diteruskan," katanya, di sini, sebentar tadi.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber : Bharian Online.

No comments:

Post a Comment