Di dalam al-Quran sudah tercatat pada Surah at-Taubah ayat 24 untuk mengiktiraf cinta dalam Islam. Dalam ayat ini dilakarkan bahawa ada 3 peringkat cinta iaitu :
CINTA AGUNG: Cintakan Allah, Rasulullah dan berjihad di jalanNya.
CINTA PERTENGAHAN: Cinta pada ibu bapa, anak-anak, suami isteri, saudara mara dan kaum kerabat.
CINTA RENDAH: cintakan kaum kerabat dan harta benda melebihi cinta pada Allah , Rasulullah dan cintakan jihad di jalanNYA.
Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Rasulullah,
"Seseorang kamu tidak beriman masih tidak sempurna Iman sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya dicintainya daripada apa yang selain kedua-dua Allah dan Rasul-NYA..)"
Jangan Berharap kepada Manusia
Berkata Syeikh al- Syadzili:
"Larilah kamu daripada kebaikkan manusia ,melebihi larimu daripada kejahatan mereka kepadamu, Maka sesungguhnya hanya kebaikkan mereka itu akan membahayakan hatimu,sedang kejahatan mereka itu hanya akan membahayakan jasmanimu.Bahawasanya bahaya yang mengenai jasmani itu lebih ringan daripada bahaya yang mengenai rohani(hati).
Sahabat-sahabat sekalian, kita ini sama sahaja. Ciptaan Allah yang lemah dan tidak ada apa-apa sekiranya nak dibandingkan dengan kuasa Allah itu sendiri. Kita sering melakukan kesilapan. Malah, kadang-kadang kesilapan yang sama kita ulangi. Subhanallah.
Sudah terang lagi bersuluh, sangat sia-sia sekiranya kita meletakkan harapan yang besar terhadap si dia yang belum tentu menjadi milik kita. Allah is the best decider. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Siapa tahu, kekasih yang dikatakan sehidup semati itu, sebenarnya ada udang di sebalik batu. Bukankah sia-sia sahaja kita serahkan hati kita kepadanya.
Lain pula sekiranya hati kita diserahkan 100% kepada Pencipta kita. Sahabat sekalian, Dialah yang menciptakan kita. Sudah pasti, segalanya tentang diri kita sudah pun Dia ketahui. Janganlah kita ini pandai-pandai menjadi hebat. Kononnya, nak decide jodoh.
" ada kalanya kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu"
Secara komprehensifnya, hati kita ini hanyalah kepada Allah. Biarlah Dia yang tentukan masa hadapan kita, jodoh kita, ajal dan maut yang menanti. Ingat Allah is the best Decider. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, kalau nak yang terbaik serahkan kepadaNya. Tentukan masa hadapan itu bukanlah urusan kita tetapi urusan Allah.
Jangan masuk campur urusan Allah. Percayalah firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 26
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
Akhir kalam, saya tahu terdapat kelemahan dari segi gaya penulisan dan gaya saya menyampaikan mesej ini. Namun, ambillah yang baik dan ketepikan yang kurang. Saya berharap agar mesej ini diterima biarpun kepada seorang insan dan diaplikasikan dalam hidup. Insyaallah. Saya juga seperti kalian. Sentiasa dibelenggu dosa. Saya juga masih lagi dalam proses mentarbiah diri. Semoga kita sama-sama mentarbiah diri ke arah yang lebih baik dan semoga iman kita sama-sama dipelihara. Amin :D
Itu sahaja. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Sumber : IluvIslam
No comments:
Post a Comment