Friday 28 August 2015

Kunjungan Hormat YPPM Ke Pejabat Mufti Johor


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang diketuai oleh Pengarah Operasi YPPM, Juhaidi Yean Abdullah dan turut diiringi oleh dua orang pegawai YPPM telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Johor pada 27 April lalu.




Tujuan utama pertemuan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan dua hala diantara pihak YPPM dan Mufti Negeri Johor selain untuk memaklumkan mengenai hasrat YPPM yang akan mengadakan Ijtimak Pondok Malaysia 2016 di Terengganu.

Kunjungan hormat tersebut juga membincangkan mengenai hasrat YPPM yang ingin melakukan bancian pondok di seluruh Johor dalam usaha mengemaskini direktori YPPM sekaligus dapat mengetahui status sebenar pondok yang berada di negeri tersebut.

Sesi kunjungan hormat yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut dihadiri oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Mohd.Tahrir Datuk Samsudin, Timbalannya, Datuk Yahya Ahmad serta beberapa wakil daripada bahagian pendidikan Jabatan Mufti negeri.


Hasrat YPPM untuk turun dari pondok ke pondok di Negeri Johor mendapat reaksi positif daripada mufti negeri yang berpendapat pelajar pondok perlu diberi pendedahan yang sebenar dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang.

YPPM turut rasa berbesar hati kerana dalam kunjungan hormat tersebut, pihak YPPM turut mendapat reaksi yang tindak balas positif daripada wakil-wakil jabatan yang hadir yang turut memberi pendapat bagi melancarkan lagi tujuan tinjauan pondok di negeri Johor.

No comments:

Post a Comment