Friday 28 August 2015

Majlis Pelancaran Operasi Madrasah Moden MAIDAM


Pada tanggal 8 April 2015, bersamaan dengan 19 Jamadilakhir 1436 Hijrah merupaka tarikh yang direstui Allah S.W.T. dimana telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Operasi Madrasah Moden MAIDAM di Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.


Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Hj Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Exco Pendidikan Terengganu, YB Encik Razali bin Talib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Madrasah Moden MAIDAM, YB Dato Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rozali bin Saleh  dan juga beberapa lagi ahli-ahli pembesar Negeri Terengganu.

Walaupun mempunyai masa yang amat terhad untung mengadakan perbincangan meja bulat sebelum ini, namun akhirnya keputusan diatas beberapa perkara-perkara yang penting telah dipersetujui diantara YPPM dan YAB Dato Menteri Besar Terengganu.

Mufti Negeri Terengganu telah memberikan penjelasan sebelum ini dan telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak YPPM bagi membangunkan serta memperkasakan pengajian dan institusi pondok di serata negeri Terengganu.

Kehadiran Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim bersama rombongan YPPM merupakan manifestasi sokongan YPPM kepada usaha MAIDAM, khususnya YAB Menteri Besar bagi memajukan serta mendaulatkan pengajian pondok di Terengganu.

Walaupun YPPM ialah sebuah yayasan, namun ia juga turut menyokong dan membantu dalam pembangunan pendidikan Islam secara dasarnya termasuk sekali sekolah tahfiz Al Quran dan juga madrasah pengajian Islam.

Pihak YPPM difahamkan bahawa idea penubuhan pondok moden telah dicetuskan oleh YAB Menteri Besar itu sendiri pada bulan Januari yang lalu. Tujuan penubuhan pondok moden ialah untuk menampung pelajar-pelajar lepasan PT3 yang berminat dalam menyambung pengajian ke dalam bidang agama Islam dan kehadiran mereka amatlah dialu-alukan kerana ia akan memberikan peluang kedua kepada pelajar-pelajar ini untuk mencapai kejayaan dalam pengajian agama dan akademik.

Ketika lawatan wakil-wakil MAIDAM ke YPPM pada 29 November 2013, antara beberapa isu telah dibincangkan ialah berkaitan masa depan pelajar pondok dan madrasah pengajian Islam. Perlu diusahakan bahawa suatu tindakan kukuh mesti dilakukan untuk memastikan lulusan pondok terutama yang mendapat keputusan cemerlang, berbakat, serta berpotensi juga patut mempunyai peluang seperti hasil daripada sekolah biasa dalam pasaran kerja dan keusahawanan.

Pelajar yang dihasilkan daripada ajaran sekolah pondok tidak semestinya akan menjadi imam, guru agama atau tok bilal sahaja, mereka juga boleh menjadi golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek dan layak juga menceburi bidang lain sebagai contoh, keusahawanan, kewartanawanan, kulinari, perbankan dan pelbagai lagi seperti apa yang diceburi oleh penuntut dihasilkan daripada sekolah biasa. Dengan pendidikan agama lebih mendalam diperolehi di pondok serta pembentukan nilai sahsiah adalah asas kepada mereka mencapai kejayaan yang lebih baik.

Hakikatnya kini, ramai anak-anak keluaran pondok akhirnya menjadi golongan profesional dan menceburi bidang lain selain daripada bidang agama yang boleh dijadikan contoh atau model terhasil daripada madrasah pondok.

No comments:

Post a Comment