Friday 28 August 2015

Kunjungan hormat YPPM ke pejabat Mufti Terengganu


Pada tarikh 8 April 2015 yang lalu, Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Terengganu bagi mendapatkan sebarang input berkaitan dengan pondok-pondok madrasah yang ada di Terengganu.


Kunjungan itu telah dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato Dr Mashitah Ibrahim dan Pengarah Operasi YPPM, Tuan Hj Juhaidi Yean Abdullah dan telah  disambut baik oleh Mufti Terengganu itu sendiri, Sohibus Samahah Dr Hj Zulkifly bin Muda serta Timbalan Mufti, Tuan Hj Rozi Bidin.

“Saya ada berbincang bersama Mufti Terengganu berkaitan Penganjuran Program Ijtimak Pondok Malaysia 2016 dimana ingin menjadikan Terengganu sebagai tuan rumah program itu.

“Syukur alhamdulillah apabila hasil daripada perbincangan kami ini, Mufti Terengganu telah bersetuju untuk menjadikan Terengganu sebagai tuan rumah tahun depan.” ujar Dr Mashitah ketika itu.

Pada tahun depan dengan persetujuan Mufti Terengganu, Program Ijtimak Pondok Malaysia akan berlangsung di Terengganu dimana program ini melibatkan para ulama’ dan agamawan bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara-negara yang lain juga.

“Kami juga ada mencadangkan untuk melantik penyelaras YPPM di Terengganu yang terdiri daripada guru sekolah pondok kerana dengan cara ini, ia akan menjadi medium untuk pengumpulan data sekolah-sekolah pondok di serata Terengganu.” jelasnya.

Dalam kerjasama YPPM bersama Mufti Terengganu ini juga, tidak dilupakan sekali akan guru-guru sekolah pondok yang akan dipilih serta dilantik menjadi penyelaras YPPM di sana dan itu akan memudahkan kerja pengumpulan info berkaitan jumlah sebenar pondok madrasah yang ada di Terengganu.

No comments:

Post a Comment