Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Sembilan pada 16 April 2015.
Rombongan kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah Operasi YPPM Hj. Juhaidi Yean Abdullah dan disambut oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Hj. Mohd Yusof Hj. Ahmad.
Pertemuan itu antara lain adalah bagi mendapatkan maklumat-maklumat serta perbincang berkaitan pondok madrasah di Negeri Sembilan.
Selain menitik-beratkan soal kewujudan pelapisan untuk para pendidik, pertemuan ini juga sedaya upaya mencari jalan ke arah memartabatkan organisasi pondok di negeri tersebut.
Sementara menurut Datuk Hj. Mohd Yusof Hj. Ahmad, pejabat Mufti Negeri Sembilan mengambil penekanan terhadap status para guru yang perlu mendapatkan tauliah dan didaftarkan.
Tegasnya, ia secara khusus dapat memastikan anak-anak didik memperoleh ajaran Islam sebenar mengikut fahaman Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.
Sesi perjumpaan yang berlangsung selama kira-kira dua jam ini turut dihadiri Timbalan Mufti Hj. Nor Azamir Hj. Alias dan ketua-ketua bahagian Pejabat Mufti Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment