Friday 28 August 2015

Kunjungan Hormat YPPM Ke Pejabat Mufti Negeri Pahang


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) yang diketuai oleh Pengarah Operasi YPPM, Juhaidi Yean Abdullah dan turut diiringi oleh dua orang pegawai YPPM telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Negeri Pahang ada 22 April lalu.


Tujuan utama pertemuan ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan dua hala diantara pihak YPPM dan Mufti Negeri Pahang selain untuk memaklumkan mengenai hasrat YPPM yang akan mengadakan Ijtimak Pondok Malaysia 2016 di Terengganu.


Kunjungan hormat tersebut juga membincangkan mengenai hasrat YPPM yang ingin melakukan bancian pondok di seluruh Pahang dalam usaha mengemaskini direktori YPPM sekaligus dapat mengetahui status sebenar pondok yang berada di negeri tersebut.



Sesi kunjungan hormat yang berlangsung kira-kira tiga jam itu turut dihadiri oleh Bekas Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), wakil-wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pahnag, serta wakil daripada Pejabat Mufti Negeri Pahang.

Hasrat YPPM untuk turun dari pondok ke pondok di Negeri Pahang mendapat reaksi positif daripada mufti negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang berpendapat pelajar pondok perlu diberi pendedahan yang sebenar dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang.


YPPM turut rasa berbesar hati kerana dalam kunjungan hormat tersebut, pihak YPPM turut mendapat reaksi yang tindak balas positif daripada wakil-wakil jabatan yang hadir yang turut memberi pendapat bagi melancarkan lagi tujuan tinjauan pondok di negeri Pahang.

No comments:

Post a Comment