Friday 28 August 2015

YPPM Terima Kunjungan Hormat MAIDAM


Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Rombongan seramai 10 orang yang diketuai oleh Yang DiPertua MAIDAM Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail ini disambut oleh Ketua Pengarah Operasi YPPM Juhaidi Yean Abdullah.




Selepas pertemuan pertama mereka di Terengganu pada 8 April lalu, perjumpaan kali ini dilihat memberi fokus terhadap perlaksanaan dalam penganjuran Ijtimak Pondok yang akan diadakan di negeri itu selaku tuan rumah.

Menurut Shaikh Harun, ia bagi memastikan supaya apa yang dirancang sebelum ini dapat ditambahbaik.




Selain itu, pelbagai perkara turut dibincangkan terutamanya berkaitan pembangunan pondok dalam negara khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.

Dalam perjumpaan yang juga dihadiri oleh wakil daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDEC), ketiga-tiga pihak dilihat bersungguh-sungguh mencari penyelesaian dan melontarkan buah fikiran masing-masing mengenai isu-isu yang melibatkan pondok-pondok dalam negara.

Bukan sahaja soal fizikal sesebuah pondok, tetapi juga cenderung ke arah pembangunan pelajar dan umat Islam secara keseluruhannya. 18/5/2015.




No comments:

Post a Comment