1. Liberia
Masyarakat muslim Liberia menyambut bulan suci Ramadan dengan memainkan alat muzik yang dibuat dari kayu. Alat muzik ini dimainkan selama beberapa jam sebelum memasuki bulan suci Ramadan. Selama bulan Ramadan, Liberia memiliki petugas untuk membangunkan umat muslim saat waktu sahur yang disebut Papall. Papall ini bertugas mulai jam tiga pagi dengan cara menyanyikan lagu-lagu keagamaan setiap rumah yang disinggahi.
2. Sweden
Umat muslim di Sweden, mengadakan suatu kegiatan yang disebut Feeding Fasting Palestin untuk menyambut Ramadan. Kegiatan ini merupakan kegiatan amal untuk mengumpulkan sumbangan yang akan diberikan kepada warga Palestin yang memerlukan. Tidak dapat dipastikan bila tradisi ini bermula, yang pasti kegiatan ini masih dilakukan sehingga kini.
3. Qatar
Di Qatar selepas berbuka puasa dan solat Maghrib setiap tanggal 13, 14, dan 15 bulan Ramadan, berlangsung sebuah festival khusus anak yang bernama Garangaou. Di festival ini anak lelaki akan tampil dengan baju arab hitam berkopiah merah bersulam emas. Sementara, anak perempuan akan berbalut pakaian tradisional disdaashas berwarna cerah lengkap dengan ikat kepala bukhnig atau hijab hitam berhias benang emas. Mereka kemudian akan menari dan menyanyi di sepanjang jalan sekaligus berkunjung ke rumah-rumah penduduk untuk meminta juadah dan kuih muih.
4. Jepun
Saat Ramadan, umat Islam di Jepun akan saling berkongsi kebahagiaan dengan sesama Muslim. Tempat yang cukup ramai dan popular untuk melihat suasana itu adalah Japan Islamic Centre . Umat Islam di Jepun akan membentuk sekumpulan kecil jawatankuasa bulan puasa yang bertugas menyusun kegiatan yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan, mulai dari dialog keagamaan, majlis taklim, solat terawih berjemaah, hingga penerbitan buku-buku keislaman, dan masih banyak lagi. Jawatankuasa juga membuat jadual puasa dan diedarkan ke masjid, rumah keluarga Muslim, dan restoran halal yang ada di seluruh Jepun.
5. Singapura
Pusat kemeriahan Ramadan di Singapura berada di kawasan Masjid Sultan yang sejak tahun 1960-an selalu menyediakan Ramadan Bazaar Masjid Sultan. Masjid ini selalu ramai dikunjungi oleh penduduk muslim di Singapura mahupun pelancong dari berbagai belahan dunia. Di Bazaar ini, pengunjung boleh membeli aneka makanan dari pelbagai negara untuk berbuka puasa. Ada makanan ala Timur Tengah, India, hingga Malaysia. Peniaga bazar memulakan jualan dari pukul 3.00 petang - 8.00 malam waktu Singapura. Puncak kemeriahan adalah menjelang berbuka puasa, iaitu sekitar pukul 7.00 petang waktu setempat. Harga makanannya pun berpatutan.
Singapura menyambut datangnya bulan suci Ramadhan dengan keadaan bercahaya. Caranya, negara ini telah memasang lebih dari 50 lampu hias yang menerangi Jalan Sims Avenue, Jalan Geylang dan Jalan Changi di Singapura. Lampu hias ini dipasang sepanjang 2.25 km.
6. Russia
Umat Muslim di Rusia umumnya berpuasa selama 17 jam penuh dan ini merupakan salah satu durasi puasa terlama di dunia. Di Rusia kini terdapat sekitar 8000 masjid dan 20 juta umat Muslim serta dua juta diantaranya tinggal di Kota Moscow. Selain berbuka puasa dengan kurma dan buah-buahan lain, umat Muslim di Rusia juga berbuka puasa dengan makanan berupa roti yang diperbuat dari tepung yang diisi berbagai aneka masakan. Jika isinya labu atau keju, maka disebut khingalsh dan jika diperbuat dari gandum, maka disebut galnash. Sementara untuk penghilang dahaga, biasanya orang memberikan kvass, iaitu sebuah minuman tradisional Rusia tanpa alkohol yang dihasilkan dari proses fermentasi yang dicampur dengan perasa buah.
MOSKOW memiliki tradisi Ramadhan yang unik. Setiap tahun Dewan Mufti Rusia dan Pemerintah Kota Moskow mendirikan "Tenda Ramadhan" di kawasan taman Poklonnaya Hill, dekat Memorial Mosque, selama sebulan penuh hingga aidilfitri. Tenda dibuka setiap petang menjelang waktu berbuka puasa tiba. Makanan-makanan khas setempat disajikan secara besar-besaran dan siapa saja dapat menikmatinya, termasuk warga bukan muslim.
7. Perancis
Di Couronne, Perancis, yang merupakan daerah yang banyak didiami oleh penduduk asal Arab terdapat tradisi berbelanja berbagai macam kuih manisan untuk menyambut kehadiran bulan Ramadan. Anda dapat menemui banyak penjual pkuih manisan ini di Jalan Pierre Tumbot.
Masyarakat Muslim di Prancis juga banyak menghabiskan waktu 10 hari terakhir mereka dengan beriktikaf untuk meraih malam penuh kemuliaan atau lailatul qadar. Banyak masjid membuat jadual untuk membantu kumpulan jemaah berdoa dengan khusyuk sehingga terbebas dari godaan duniawi pada perburuan malam seribu bulan itu.
Iktikaf adalah ibadah sunah dengan cara berdiam diri di masjid. Kegiatan ini selalu dilakukan Nabi Muhammad SAW pada 10 hari terakhir Ramadhan
8. Bangladesh
Ramadan adalah perayaan penting bagi warga Bangladesh kerana ini kesempatan mereka saling mengunjungi sanak saudara dan makan bersama. Makanan khas buka puasa di negara ini adalah jilapi (sejenis manisan). Sering juga masyarakat menyediakan bazar menjelang buka puasa untuk menjual pelbagai jenis makanan.Di Dhaka, bazar bertempat di Old Dhaka atau di Chakbazar. Sebahagian besar makanan yang dijual adalah makanan tradisional seperti kebab, domba panggang, chicken bhunna curry, dan menu lain yang umumnya terbuat dari daging domba dan kambing dicampur nasi dan kacang.
9. Jerman
Sebahagian besar dari umat Islam di Jerman berasal Turki. Oleh kerana itu, tanah air Turki akan sangat terasa saat Ramadan. Tradisi unik saat Ramadan di Jerman berupa hadirnya suus (minuman berbahan gula hitam), dschellab (gula dan sirap kurma), qamruddin(jus aprikot), qata’ef (kuih kering yang direndam sirap gula), dan kalladsch (adunan isi kekacang).
Selain itu, di Jerman juga terdapat kebiasaan bagi wanita dan anak-anak yang akan melaksanakan ibadah puasa pertamanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatannya sebelum memulakan puasa.
Sumber:
No comments:
Post a Comment