Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian Pendidikan Islam telah mengeluarkan iklan untuk pengambilan guru tahfiz secara kontrak di sekolah-sekolah menengah KPM ambilan tahun 2016.
Calon-calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi guru tahfiz berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) adalah digalakkan memohon.
Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Umur tidak melebihi 35 tahun
Memiliki sekurang-kurangnya :
1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan. Rujuk laman web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), http://app.mohe.gov.my/iktiraf/
2. Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada KPT sekiranya memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau ijazah daripada IPTS tempatan.
3. Diploma Tahfiz daripada institusi-institusi yang diiktiraf oleh KPT atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
4. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat / Tahfiz Wal Qiraat daripada institusi dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh KPT dikecualikan daripada syarat ke 3.
5. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pemohon boleh membuat permohonan atas talian dengan melayari laman web Kementerian Sumber Manusia, http://www.jobsmalaysia.gov.my mulai 26 Oktober 2015. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 November 2015 sehingga jam 11.59 malam.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Bahagian Pendidkan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8321 7300 / 7299 / 7322 / 7366 / 7282.
No comments:
Post a Comment