Madrasah Nur Ikhwan yang terletak di Taman Sabana Fasa 3 Blok D1 Keningau, Sabah memohon bantuan kewangan orang ramai atau syarikat-syarikat korporat yang berminat menyalurkan sumbangan untuk tenaga pengajar dan pembangunan infrastruktur di pondok mereka.
Ketika ini mereka sedang dalam pembinaan semula sebuah bangunan madrasah setelah mengalami permasalahan melibatkan tapak dan tanah.
Madrasah ini mula beroperasi sejak tahun 2011 serta menjalankan pembelajaran pengajian kitab-kitab lama, moden dan akademik.
Keseluruhan jumlah pelajar di madrasah ini adalah seramai kira-kira 150 orang. Seramai 32 orang daripadanya mendiami asrama lelaki. Selebihnya adalah melibatkan pelajar yang datang dan pulang serta pelajar-pelajar di luar madrasah.
Ini berikutan permintaan daripada beberapa komuniti di kampung-kampung pedalaman yang mahukan pengajian diadakan di kawasan mereka. Jarak dari kampung ke madrasah ini dianggarkan kira-kira 10 kilometer manakala faktor pengangkutan turut menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka menuntut ilmu.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan secara terus ke akaun Madrasah Nur Ikhwan ini :
NAMA : Madrasah Nur Ikhwan Keningau Sabah.
BANK : RHB Bank Berhad Cawangan Keningau
NO AKAUN : 26013500000231
Untuk keterangan lanjut, hubungi :
Puan Rosnani Abdullah (Pengerusi) / Syarbini Kasim (SU) di talian
Tel/Fax : 087-337929 / 014-8504413 / 0135559281
No comments:
Post a Comment