Wednesday, 7 October 2015
UPKK dijadual hari ini ditangguh ke tarikh lain
Susulan pengumuman penutupan sekolah di daerah Langkawi oleh Kementerian Pendidikan semalam, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk subjek ADAB I dan II yang dijadualkan pada hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Cuaca jerebu yang buruk sehingga mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras membimbangkan sehingga sekolah-sekolah terpaksa ditutup bagi melindungi kesihatan para pelajar.
"Maka, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negara bagi kedua-dua subjek itu esok (hari ini), adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian."
Demikian kata Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka seperti biasa hari ini kecuali Langkawi yang masih mencatat bacaan IPU tidak sihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment