Friday, 30 October 2015

Apabila 'budak tak guna' ingat Allah...


Kisah ini boleh dikategorikan ke dalam penulisan ekonomi, suntikan semangat dan malahan secara tidak langsung ia berbentuk keagamaan. Bagaimana?

Remaja berusia 24 tahun, Muhammad Zukermi Bin Edi (nama di Facebook) memuatnaik status yang agak panjang pada 28 Oktober 2015. Sedikit petikan daripada status beliau :

"Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri je, takyah berangan nak berjaya! Budak tak guna!" Aku nak kongsikan satu kisah inspirasi, kisah benar, kisah budak jahat yang suka berangan bernama Zukermi."


Menceritakan bagaimana pengalaman hidup beliau yang terjerumus ke lembah hina sehinggalah berjaya sehingga hari ini. Penulis cuba 'stalk' lelaki yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga sekitar Ogos lepas ini namun gagal menemui kerjaya sebenar melainkan hanya tertera sebagai 'Bekerja sendiri' di ruangan profil Facebook miliknya.

Sekalipun status yang menerima 'likes' mencecah hampir 15 ribu dan 'share' menghampiri 7 ribu, lelaki ini hanya menyebut kerjaya sebagai peniaga atas talian (online) - salah satu cabang perniagaan yang mendapat sambutan hangat dewasa ini terutamanya dikalangan Generasi Y.

Sementara pada tulisan akhir status beliau menulis tentang keagungan Allah S.W.T sekaligus mencerminkan fahaman beliau sebagai insan yang berserah kepada-Nya.

"Alhamdulillah. Semua ni takkan terjadi tanpa bantuan dan keizinan Allah swt. Subhanallah."

Ternyata, tulisan ini wajar dikongsi di laman sosial. Mungkin kelihatan tidak warak tetapi Zukermi berjaya merancakkan agenda 'Dakwah Siber' sepertimana tajuk khutbah Jumaat bertarikh 7 Ogos 2015 yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini.

Siapapun Zukermi atau apapun kerjayanya (mudah-mudahan kerjaya yang baik), status beliau berupaya memberi kesan kepada pengguna media sosial untuk memperteguhkan keimanan kepada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T.

Sebenarnya, kisah Zukermi ini tidak jauh bezanya dengan peristiwa pencuri kain kafan. Pencuri ini diceritakan mencuri kain kafan untuk dijual. Dipendekkan cerita, pencuri itu mendapatkan petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T.

Begitu banyak penemuan mayat yang menginsafkan pencuri kain kafan tersebut. Mayat-mayat yang masih 'segar' ini berubah kedudukan atau posisi, muka mereka berpaling daripada arah kiblat. Allah Maha Besar, setiap yang berlaku ada hikmah-Nya dan bersebab.

Kedua-dua peristiwa yang disebutkan di atas seharusnya dijadikan sebagai iktibar bersama.

No comments:

Post a Comment