Monday 2 November 2015

Apa pengisian kalendar cuti sekolah anak-anak kita?


Cuti sekolah menjelang tiba. Di sini ada disertakan beberapa pondok yang menganjurkan kem sempena cuti sekolah yang boleh memberi manfaat bersama, Insya Allah.


Pondok Tunjung 
Alamat : Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung, KM7, Jln Kuala Krai, 16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan.

Sesi 1 :
21 - 30 November 2015

Sesi 2 :
5 - 14 Disember 2015

Tarikh tutup pendaftaran :
Apabila kouta sudah mencukupi.

Yuran pendaftaran :
RM 250 (termasuk bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Syarat- syarat :
Pelajar lelaki dan perempuan berumur 11 – 24 tahun (terhad 110 orang sahaja)

Tarikh lapor diri :
Setelah sah daftar melalui email atau sms

Pengisian :
1. Pengajian kitab pilihan
2. Kitab Pelita Penuntut
3. Tazkirah dan ceramah motivasi
4. Pengajian Fardhu Ain
5. Program berkumpulan
6. Kursus jenazah lengkap
7. Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
8. Hafalan surah-surah pilihan
9. Tadarrus al-Quran
10. Latihan amali fardhu ‘Ain
11. Latihan khutbah dan azan
12. Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban
13. Sukan

Keperluan yang perlu dibawa :
- Pakaian harian (wajib jubah dan tudung labuh bagi perempuan)
- Pakaian solat (wajib jubah dan serban bagi lelaki)
- Bantal
- Selimut
- Cadar tilam
- Alat tulis

Cara Daftar melalui SMS :
Taip nama <jarak> umur <jarak> sesi dan hantar kepada 0199859887

Hubungi :
Tel : 09-7126708 (P)
Tuan Hj Mohamad Daud (0199815656)
Ustaz Nasharudin (0199859887)



Pondok Pasir Tumboh (Madrasah Diniah Bakriah)
Alamat : 16150, Kota Bharu, Kelantan.

Sesi 1 :
21 November - 4 Disember 2015 (2 minggu)

Sesi 2 :
5 - 19 Disember 2015

Tarikh tutup pendaftaran :
Apabila kouta sudah mencukupi (maksima 80 orang).

Yuran pendaftaran :
RM 250 (termasuk bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tempah dan pendaftaran disahkan melalui telefon / SMS / Whatsapp / Facebook

Syarat-syarat :
Pelajar lelaki berumur 11 – 24 tahun (terhad 80 orang sahaja)

Tarikh lapor diri :
21 November 2015 (Sabtu) jam 2.30 – 4.00 petang

Pengisian :
1. Pengajian kitab pilihan
2. Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
3. Kitab Pelita Penuntut
4. Tazkirah dan ceramah motivasi
5. Kursus jenazah lengkap
6. Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
7. Hafalan surah-surah pilihan
8. Tadarrus al-Quran
9. Latihan amali fardhu ‘Ain
10. Latihan khutbah dan azan
11. Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban
12. Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran diletakkan dalam kelas khusus
13. Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
14. Tekan pembelajaran Iqra’

Keperluan yang perlu dibawa :
- Pakaian harian  dan pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban)
- Bantal
- Selimut
- Cadar tilam
- Alat tulis

Hubungi :
Ustaz Shairazi (019- 9388902)
Hafiz (013-2756400)
Shukri (01129417932)



Pondok Lubok Tapah (Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah)
Alamat : Madrasah Ar-Rahmaniah Ad-Diniah, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Tarikh pendaftaran :
20 - 21 November 2015

Tarikh program :
22 November - 18 Disember 2015 (26 hari)

Yuran pendaftaran :
RM370

Terhad :
Muslimin 80 orang
Muslimat 80 orang

Syarat-syarat :
18 tahun ke bawah

Pengisian program :
1. Musyafahah Al-Quran, hafalan ayat-ayat pilihan dan talaqqi kitab
2. Kelas Tafaqquh Fid Din (Fardhu Ain)
3. Bacaan zikir dan wirid-wirid pilihan
4. Latihan Amali
- Imam dan bilal
-Qiamullai dan munajat
-Tahlil
- Khutbah
- Qosidah
- Pengurusan jenazah

Hubungi :
Hjh Kamariyah (0199371856)
Ustaz Mohd Faizal (0139754428)
Ustazah Sofea (0145124435)



Maahad Tahfiz Daril Naim
Alamat : Mukim Padang Halban, Daerah Peringat, 16400 Melor, Kelantan.

Tarikh program :
22 November 2015 - 22 Disember 2015 (30 hari)

Tarikh pendaftaran :
Sedang dibuka (terhad 100 orang)

Yuran pendaftaran :
RM450 (termasuk makan minum, tempat tinggal dan bahan pembelajaran)

Syarat-syarat :
Khusus untuk pelajar lelaki berumur 10 - 15 tahun.

Pengisian :
1. Padat dengan pembelajaran Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Hubungi :
Tel : 09-7531212
Faks : 09-7531213

No comments:

Post a Comment