Dunia masih lagi dibelengu dengan kegiatan militan 'Negara Islam' (IS) sehingga memberi tanggapan negatif kepada agama Islam. Malaysia, antara negara Islam yang cukup memandang serius berhubung perkara tersebut.
Lantas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru golongan ulama serta profesional Islam supaya dapat menjelaskan maksud sebenar Islam kepada masyarakat. Antara lain ia bertujuan mengelak kekeliruan dikalangan masyarakat sekaligus mengekang dan menepis budaya keganasan atau ekstrem agama daripada merebak ke dalam negara.
"Golongan ini (ulama dan profesional) perlu tampil mengetengahkan bukan sahaja pelan tindakan, tetapi juga strategi dan program yang boleh dilaksanakan kerajaan bertujuan merawat serta mematikan ideologi ekstremis seperti yang berlaku di Syria dan Iraq.
"Gerakan (militan) seperti ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada dunia Islam, bagaimana umat Islam yang seakidah boleh dihalalkan pembunuhan seperti yang berlaku di Asia Barat sekarang ini."
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1437 Hijrah di Masjid Negara, semalam.
Gambar Ihsan NSTP / Saddam Yusoff |
Oleh yang demikian, kekuatan negara yang terbina sejak merdeka ini perlu dipertahankan, selaras dengan tema sambutan Maal Hijrah yang julung kali diadakan ini iaitu, Perpaduan Nadi Transformasi Negara'.
“Inilah kebanggaan kita, jangan biarkan ia hancur, jangan biar sesiapa bersekongkol dengan pihak dalam dan luar negara untuk menghancurkan apa yang dicapai sebagai satu kejayaan. Kita terkehadapan membela dunia Islam.
"Kenapa kita boleh buat demikian? Kerana Malaysia ini aman. Kerana apa? Kerana Malaysia ini makmur. Kerana apa? Kerana kita mempunyai kekuatan iaitu perpaduan sebagai nadi transformasi negara. Jangan nanti, kita kehilangan mutiara yang menjadi kebanggaan dunia Islam ini akibat perbezaan sesama kita,” tegas beliau.
Apa yang diungkapkan Najib dapat dibuktikan dengan keberanian Malaysia berucap ketika berpijak di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terutamanya mengenai pembelaan rakyat Palestin.
Malaysia tanpa berselindung berdiri dan akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang ditindas secara zalim oleh regim Zionis. Tambahan lagi, Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang menzahirkan sokongan kepada rakyat Palestin, di bumi Gaza ketika mengadakan lawatan rasmi pada bulan Januari 2013 lalu.
PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1437H PERDANA MENTERI - KLIK DI SINI
No comments:
Post a Comment