Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah, ALOR SETAR
Institusi pengajian agama ini ditubuhkan pada 2009 dan telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri sebagai kelas tadika. Kini sedang dalam proses pendaftaran di bawah Majlis Agama Islam Kedah.
Lebih dikenali sebagai Pondok Darul Hidayah, pondok moden ini yang diasaskan oleh Ustaz Hj. Johari Morad terletak di Kampung Sungai Mati, Mukim Lepai, Alor Setar. Ustaz Hj. Johari ialah mudir dan pendakwah yang mengembangkan ilmu agama di kawasan sekitar.
Sebelum membuka pondok ini, beliau yang berkelulusan B.A. UKM pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam (14 tahun), bekerja swasta (lapan tahun); belajar ilmu agama di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan (1999-2004); memasuki Pondok Seligi, Pasir Puteh, Kelantan (20042005); menyambung pengajian universiti di Yaman dan Syria (2006-2008); sebelum membina Madrasah Darul Hidayah (2008) dan Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah (2010).
Jumlah pelajar yang menuntut ilmu di sini ialah seramai 120 orang dengan 10 guru. Bagaimanapun, pengurusan pondok ini masih memerlukan dana untuk menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan pemasangan pencawang bekalan elektrik.
Untuk dihubungi:
Tel: 012-944 6025
Laman web: www.kompleksdarulhidayah.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment