Ma’ahad Tahfiz Darul Hijrah Al-Islamiah, TEMERLOH


Ma’ahad Tahfiz Darul Hijrah Al-Islamiah atau Markaz Tarbiah Darul Hijrah Al-Islamiah terletak di Kampung Paya Pasir, Batu 18, Jalan Temerloh ini. Diasaskan oleh Ustaz Hj Mohd Alwy dan Hajjah Azizah.

Ustaz Hj Mohd Alwy ialah pelajar lepasan Universiti Al-Azhar. Ma’ahad ini dibuka dengan tujuan hendak melahirkan masyarakat Islam supaya mempunyai akhlak yang mulia, baik, taat dan setia, di samping dapat menjadi penyambung untuk menyampaikan ilmu dan seruan Islam kepada generasi seterusnya.

Pada asalnya madrasah ini ialah rumah pusaka milik arwah bapa Hajjah Azizah yang digunakan sebagai pusat pengajian agama pada 1984. Berikutan sambutan menggalakkan masyarakat setempat, Ustaz Hj Mohd Alwy dan Hajjah Azizah membeli tanah seluas dua ekar berhampiran tapak rumah pusaka itu untuk dijadikan Ma’ahad yang lebih selesa.

Pada tahun 1993, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Tuanku Sultan Ahmad Shah berkenan memberi sumbangan kepada madrasah ini untuk membina sebuah bangunan yang lebih selesa.

Untuk Dihubungi:

Tel / Faks: 09-485 5115
E-mel: mt_dh@yahoo.com
Laman web: www.darul-hijrah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment