Madrasah Addiniah Al-Latifiah, PENGKALAN HULU
Usaha Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman menubuhkan pondok pengajian agama, Madrasah Addiniah Al- Latifiah atau Pondok Pak Teh tidak sia-sia apabila mendapat perhatian dan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dan pengajian pertamanya bermula tahun 1967.
Bahkan, Ustaz Abdul Latif yang tinggal di Kampung Kuar Luar, Pengkalan Hulu dijadikan pakar rujuk oleh pihak MAIPk untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung hal-hal agama. Pada tahun 2010 pengurusan pondok ini diberikan kepada anaknya, Ustaz Ishak Shairozi Abdul Latif sebagai mudir.
Jumlah pelajar yang berdaftar di pondok ini melebihi 500 orang berbanding hanya tiga pelajar pada awal penubuhannya pada tahun 1967.
Antara bekas murid pondok ini ialah Ustaz Hanafiah Abdul Razak, Pegawai Falak di Jabatan Mufti Negeri Johor dan Ustaz Ahmad Dali Ghazali, Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak.
Untuk dihubungi
Tel: 019-470 5929 / 04-477 0366
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment