Madrasah Ahmadiah, ALOR SETAR


Setelah Tuan Guru Hj. Ahmad meninggal dunia pada 1969, pengurusan pondok ini diberikan kepada Ustaz Hj. Ismail Hj. Ahmad. Beliau sempat menyebarkan ilmu agama kepada pelajar dan penduduk sekitar selama 20 tahun, sebelum pentadbiran pondok ini diserahkan kepada anaknya, Ustaz Zubaidi Hj. Ismail pada 1989.

Ahli keluarga Allahyarham Hj. Ismail tinggal di Kampung Chenak, Selatan Thailand, tetapi sentiasa berulang alik ke Kota Rentang, Alor Setar mengajar agama. Mereka kemudian berpindah ke Bukit Pinang untuk membina kawasan pondok yang baharu bagi meneruskan kesinambungan institusi pondok peninggalan datuknya.

Pondok Kepala Bukit didaftarkan di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah. Ia mempunyai sembilan kakitangan termasuk guru yang mendidik 200 pelajar secara Umumi, belajar kitab-kitab tua dan kitab pondok.

Untuk dihubungi:

Tel: 019-431 1020

No comments:

Post a Comment