Madrasah Al-Hidayah Al-Hukumiah, JITRA


Pondok Madrasah Al-Hidayah Al-Hukumiah telah dibina pada tahun 1964 oleh Hj. Osman Lebai Teh.

Madrasah ini terletak di Mukim Jeram, Jitra dan lebih dikenali dengan nama Pondok Haji Awang dalam kalangan masyarakat Jitra. Golongan sasarnya ialah warga emas, dewasa dan remaja.

Hj. Osman Lebai Teh atau dikenali dengan nama Haji Awang ialah seorang guru agama yang banyak mengembangkan ilmu di kawasan sekitar. Beliau telah menuntut di Padang Lalang Alor Janggus dan Pondok Merbok sebelum mendalami agama di Pasir Tumboh, Kelantan.

Sepanjang kehidupannya, Hj. Osman Lebai Teh telah mendalami agama di beberapa negara seperti Thailand (Pattani), Arab Saudi (Mekah) dan Syria. Beliau menjadi mudir di pondok ini sehingga tahun 1990. Kemudian pentadbiran pondok disambung pula oleh anaknya, Ustaz Hj. Rauf.

Ketika mula diasaskan, bilangan pelajar ialah 80 orang. Pada hari ini, jumlahnya hanya 40 orang. Seperti beberapa pondok tradisional yang lain, penurunan pelajar disebabkan oleh penubuhan pondok-pondok yang lebih moden dan juga saingan daripada institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan formal.

Untuk dihubungi:

Tel: 019-392 2639

No comments:

Post a Comment