Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah, JITRA
Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah atau Pondok Tanjung Kapur diasaskan oleh Ustaz Hj. Sobri Osman pada November 1991.
Ustaz Sobri mendapat pendidikan daripada sekolah rendah dan menengah bantuan penuh kerajaan serta Madrasah Misbahul Falah, Banggol Berangan; Madrasah Addiniah Al-Bakriah, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan dan Pondok Haji Zakaria di Alor Janggus.
Sehingga kini, madarasah ini mempunyai 200 pelajar dengan lapan orang guru. Syarat kemasukan ialah setiap pelajar mesti mempunyai sahsiah diri yang baik, lepasan sekolah rendah bantuan penuh kerajaan dan mematuhi program serta aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, yuran kemasukan juga dikenakan. Bekas pelajar yang berjaya ialah Hanapiah Abu Hasan dan Asri Ismail yang kini masing-masing dilantik sebagai pembantu mudir.
Untuk dihubungi:
Tel: 019-494 9310 / 019-494 9314
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment