Madrasah As-Sa’adah Al-Islamiah, PENDANG
Namanya Madrasah As-Sa’adah Al-Islamiah, tetapi lebih dikenali dengan panggilan Pondok Gajah Mati. Pondok ini ditubuhkan pada akhir 1920-an oleh Allahyarham Hj. Ismail Cik Dol @ Tok Ayah Dol.
Terletak di Mukim Padang Pusing, Pendang, Pondok Gajah Mati ini mendapat perhatian kira-kira 800 murid yang mendaftar untuk belajar agama dengan Tok Ayah Dol pada awal penubuhannya. Kini jumlah pelajar hanya 10 orang.
Ketika hayatnya, Allahyarham Tok Ayah Dol belajar agama di Pondok Bendang Daya, Wilayah Pattani, Selatan Thailand. Beliau kemudian kembali ke tanah air untuk menyambung pengajian di Permatang Sungai Dua, sebelum mendalami ilmu Allah di Mekah.
Allahyarham Tok Ayah Dol kemudian dibawa ke Kampung Gajah Mati oleh Allahyarham Tok Chegar yang terkenal dengan ilmu perang. Selepas Tok Ayah Dol meninggal dunia, warisannya diteruskan oleh mudir Ustaz Hj. Wan Ibrahim Hj. Abdul Kadir, Ustaz Hj. Mahmud Hj. Yusof dan Ustaz Hj. Mustafa Hj. Ibrahim bersama Ustaz Hj. Wan Muhamad Izudin Hj. Wan Ibrahim.
Antara pelajar pondok ini yang terkenal ialah Ustaz Hasan Hj. Ahmad (Mufti Negeri Pulau Pinang), Ustaz Hj. Salleh Hj. Musa (Mudir Pondok Sik @ Madrasah Rohmaniah), Ustaz Syed Kadir Mandili (penulis kitab) dan Ustaz Hj. Ahmad Mohd Nor (Mudir Pondok Padang Nyiur, Kuala Nerang).
Setiap Jumaat, pada sebelah pagi, kelas agama khusus untuk golongan wanita diadakan.
Untuk dihubungi:
Tel: 019-572 3757
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment