Pondok ini dibina di atas tanah seluas lapan ekar di Kampung Padang Luas, Bandar Bera pada tahun 1973. Sebelum itu, pengasasnya, Allahyarham Hj. Abdullah Mohammad ada membuka sebuah pondok pengajian di Kampung Bukit Keledang.
Bagaimanapun, atas inisiatifnya hendak melebarkan syiar Islam, Allahyarham Hj. Abdullah kembali ke Kampung Padang Luas untuk membina sebuah pondok yang dinamakan Madrasah Darul Huda bagi merealisasikan impiannya untuk melahirkan umat Islam yang mukmin dan sejati.
Allahyarham Tuan Guru atau Abah berasal dari Kampung Guai, Kuantan. Beliau pernah belajar agama di pondok pengajian agama di Kampung Lambor, Tumpat, Kelantan dan berguru dengan Tuan Guru Hj. Awang B. Haji.
Selepas Hj. Abdullah meninggal dunia pada tahun 1997, tanggungjawab dan amanah diteruskan oleh anaknya, Hj. Sulaiman Abdullah. Kini, Madrasah Darul Huda telah dijadikan Pusat Asuhan Kanak-Kanak Islam dan Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA).
Untuk Dihubungi:
Tel / Faks: 019-906 7421
No comments:
Post a Comment