Madrasah Darul Muhajirin, SEBERANG PERAI
Jika bertandang ke Kampung Pengkalan Sangga, Padang Cempedak, Tasek Gelugor, Seberang Perai, sebut sahaja nama Ustaz Wahab Pondok Jarak, kita akan ditemukan dengan pengasasnya, Haji Abdul Wahab Hussin yang tekun mendidik anak-anak muridnya di pondok moden yang dibinanya pada tahun 1990.
Sepanjang 22 tahun beroperasi, Madrasah Darul Muhajirin mempunyai kira-kira 100 pelajar, berbanding lima pelajar pada awal penubuhannya.
Pondok ini telah melahirkan pelajar cemerlang bernama Hafizullah, 28 tahun. Beliau yang menetap, berkahwin dan tinggal di rumah kelamin di sini selama lapan tahun, menjadi imam jemputan serta antara tiga guru yang diberi kepercayaan mengajar di pondok ini.
Antara mereka yang pernah belajar di Madrasah Darul Muhajirin ini ialah Ustaz Burhanudin yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak dan Ustaz Abdul Halim, Kadi Majlis Agama Islam Bandar Baharu-Kulim, Kedah.
Untuk dihubungi:
Tel: 013-488 5739
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment