Madrasah Darul Muttaqin, TANAH MERAH

Madrasah Darul Muttaqin atau Pondok Lepan Bola dibina di atas tanah seluas 3/4 ekar di Kampung Lawang, Batu Gajah, Tanah Merah.
Pengasasnya ialah Ustaz Hj. Mahmood Tuan Yusuf atau Ayah Su pada tahun 1998.

Bermula dengan 10 orang pelajar pada awal penubuhannya, kini madrasah ini mempunyai kira-kira 200 pelajar. Ayah Su pernah mendapat didikan agama di Pondok Pasir Tumboh, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan dan di Mekah.

Madrasah ini yang didaftarkan menerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) menekankan pembelajaran Fekah, Tafsir, Sejarah Islam, Usul, Nahu, Qiraat, Soraf, Tajwid, Sirah dan semua kitab tua. Bilik bacaan dan rujukan yang menyediakan pelbagai jenis kitab.

Untuk dihubungi:

Tel: 013-374 0914

No comments:

Post a Comment