Madrasah Ehya Ulumuddin, ALOR SETAR

Madrasah ini juga dikenali dengan nama Pondok Haji Jab. Ia dibina pada tahun 1970-an oleh Hj Abd. Razak Said atau Tok Guru Haji Jab, seorang ulama yang dihormati di Kampung Bukit, Jalan Naka, Alor Setar kerana ilmu agamanya yang tinggi. Tok Guru Haji Jab pernah belajar di Pondok Langgar.

Pondok ini telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama. Allahyarham Tok Guru Haji Jab juga belajar agama di Masjidil Haram, Sekolah Solatian yang tertua di Mekah. Ketika pondok ini dibuka, terdapat 300 murid. Tok Guru Haji Jab dibantu rakan segurunya, Hj. Saad Awang.

Bagaimanapun, usia mereka tidak panjang. Allah SWT menjemput kedua-duanya kembali ke Rahmatullah. Dengan itu, pengurusan pondok ini diwarisi anak Tok Guru Haji Jab iaitu Abdullah Hj. Abd. Razak bermula tahun 2009.

No tel : 019-4631569

No comments:

Post a Comment